Friday, February 26, 2010

L.O.O.K Hi Tea...

OK.. Sebelum Linda mulakan cerita.. Kita tengok gambar dulu ye.. :-)




Yes... I got a kiss from a very cute little boy.. Comel kan adik ni? Dia adalah salah seorang anak kepada ahli LOOK. Sporting sangat! Namanya Ariff.. Nice meeting u, Ariff ! :-)
Sebenarnya acara Hi Tea LOOK ( Linda Onn's Orange Klub) ni dah lama berlalu...
Pada 17 Januari 2010, LOOK menjemput ahli-ahlinya melalui kiriman sms untuk ke restoran Linda, My Mom's Chicken Rice di cawangan Ampang Point bagi acara Hi Tea...
Ramai yang datang dan petang tu , kita enjoyyyyy !!!
Makan dulu eh...


Macam2 game diadakan... Antaranya, cari barang misteri, jawab soalan dan yang paling best bila game 'dj seminit' ni...
Macam ni.. Ahli LOOK yang dipilih mesti tiru gaya & style penyampai keudara di radio Suria selama beberapa saat... Hahaha...waktu ni lah baru Linda sedar yang jadi penyampai ni bukan mudah rupanya... bukan boleh main hentam keromo je... keke...
....tapi....yang hentam keromo tu lah yang menggelikan hati...di bawah ni merupakan percubaan terbaik ahli-ahli LOOK utk jadi penyampai radio... hehe..


"Macamana ni Lindaaaaa ??!!"
..eh eh? main pukul-pukul pulak...
Linda bersama dengan sebahagian ahli LOOK... Yatie (AJK LOOK) tengah buat lawak lah tu...
Yeayyyy!! Dapat hadiah T-shirt Suria fm !!
Ala..ala ciannyaaaa... baby tido... shhh....
Bergambar dengan AJK LOOK... Cuba tengok betul-betul.. sorang tengah tidur..sorang tengah berangan,dua orang lagi tengok tah kamera mana...so,soalannya,berapa ramaikah yang sedang tengok kamera Linda ?
Selepas tamat semua acara , ahli-ahli LOOK bergambar kenangan...


OK terima kasih kepada semua ajk LOOK kerana berjaya menngadakan Hi Tea dengan penuh keceriaan dan kepada semua ahli LOOK , nantikan lebih banyak aktiviti selepas ni ok !
Ciao !

Wednesday, February 24, 2010

Camping..

OK.. Ni satu lagi aktiviti yang tak boleh Linda lupakan untuk dikongsi dengan y'all. Mesti orang ingat Linda ni lasak,kan? Tapi percayalah...Linda mula berani sejak kebelakangan ni je.. Dulu penakut! Linda dah cuba ATV dalam hutan,Paintball,Big Bike.. dan yang paling latest... CAMPING !

Sebelum ni,dah banyak kali kawan2 ajak berkhemah dalam hutan. Setiap kali orang ajak Linda camping,Linda jawab, "Gila ke?. Dah baik2 ada semuanya kat rumah sendiri,ada tv,ada air,ada katil, buat apa nak camping kat hutan pulak...?"

Rasanya waktu tu Linda takutkan cabaran. Linda takutkan perkara baru dalam hidup. Linda tak berani mencuba kelainan...

Tapi ini Linda yang baru.. dengan tema 'Hidup Mesti Berani'.. hehe.. Beranilahhhh sangat!

Minggu lepas , kami mengembara ke Bukit Tabur di Kemensah menaiki ATV melalui liku-liku jalan yang tidak rata dan berbahaya... Silap langkah , jatuh gaung!



Inilah kami di atas Bukit Tabur... Tinggi !



Pemandangan dari atas... Dari sini,boleh nampak KLCC ! Very small laaa..



Bersama dengan guide kami... Thank u guys!



Bergambar dengan ATV guide... Linda punya color merah...



Lepas tu,kita teruskan lagi pengembaraan ke empangan ... Cantikkan empangan ni?



Tak payah pergi jauh-jauh... Kat KL pun boleh jumpa pelbagai keindahan alam...
Lek lu... !!


Selepas berehat sekejap di empangan , kita ke tapak perkhemahan untuk persiapan bermalam.



Bergambar dengan kawan-kawan baik Linda di dalam khemah. Cuba tengok kat belakang tu..banyak buluh kan ? Hutan ni dipenuhi buluh ! ....seram... :-)



Alhamdulillah... tidur malam tiada gangguan makhluk halus mahupun makhluk buas.. semuanya ok ! berkat kursimu, ya Allah.. :-)
Bawah ni ... dah nak balik ke pangkal jalan dah... posing dengan curut and tongkat brother..


Dibelakang Linda adalah deretan ATV yang menunggu tuannya untuk ditunggang pulang.

Pengalaman yang lain daripada yang lain dan seronok bagi Linda.. Masa dan jadual kerja yang padat buat Linda tak sempat menjalankan pelbagai aktiviti riadah.. Mujur di Kemensah yang dekat dengan rumah ada sediakan aktiviti begini.. dapatlah rasa 'back to nature' sekejap...setelah rimas dengan udara yg tercemar di kota. Hmmmm...segar!!
Lepas ni , Linda akan adakan aktiviti ATV bersama dengan ahli LOOK pula ye.. See u guys!

Monday, February 22, 2010

LOOK's Hawaiian Nite..

Minggu lepas , L.O.O.K (Linda Onn's Orange Klub) menganjurkan Hawaiian Nite di kediaman Linda. Lebih kurang 15 ahli L.O.O.K hadir. Mereka adalah yang bertuah dari acara Hi Tea sebelum ni dan pemenang melalui peraduan sms "soal jawab LO" yang terpilih.

Tak sangka Linda... dari pelbagai jenis tema,Hawaiian Nite yang menjadi pilihan AJK L.O.O.K. Bertungkus lumus AJK 'menjadikan' rumah Linda ala Hawaii...dengan musiknya...dengan pelepah kelapanya...bunga-bungaannya... hehe... Great job guys! Thank u!

So,inilah jadinya rumahku setelah ditransformasikan....



Terasa macam kat Hawaii kejap....

Bersama dengan ahli-ahli L.O.O.K ...



Malam tu macam2 makanan yg disediakan... antaranya Nasi Goreng Hawaii dalam nenas..



....ada jagung bakar...ayam bakar....

Bawah - Diorang bakar ayam ke main-main...? Sebab tu lah dapat ayam lambat.. hehe..


Bersama dengan ahli LOOK cilik... Niya , Chacha dan ibunya...



posing lagi...



Macam2 game yg L.O.O.K adakan malam tu... Antaranya hulahup,cari barang misteri,bikin air ala cocktail dan......Sehatiiii Berdansaaaa!! Linda tengah berdansa dengan ahli LOOK... lagu Hawaii tau...



Kalau ada game... mesti ada hadiah lah kan ? Di bawah ni merupakan pemenang ke acara ATV bersama Linda bulan Mac depan .... Tahniah !! Voucher hadiah disampaikan oleh Encik Mas.. Bos ATV Kemensah... Terima kasih :-) Huhhhh tak sabar nak pi ATV dengan ahli L.O.O.K ...



bergambar dengan AJK... yang bertungkus lumus nak jadi orang Hawaii.. haha..



Acara dah habis , baru Linda sedar yang Linda tak sempat minum air kelapa.. uhuks..



OK... Tengok camera!! Snap snap!!



Acara tamat tengah malam... Sebelum semua pulang , kami sempat bergambar kenangan...


Kalau nak diceritakan sepenuhnya keseronokan malam tu dalam satu blog ni,rasanya tak dapat Linda luahkan tapi Linda pasti mereka yang datang malam tu saja yang tau apa rasanya malam tu... Makan..lepak2...chit chat...swim...makan lagi... Pendek kata.. That nite was FUN !

Linda harap ahli L.O.O.K semuanya enjoy! Kalau ada terkurang , maaf ye.. Lain kali kita jumpa lagi, InshaAllah. Kepada u all yg nak jadi ahli L.O.O.K , daftar di restoran My Mom's Chicken Rice k atau ke Facebook L.O.O.K yg diuruskan oleh AJK L.O.O.K.

Ciao for now !

Friday, February 19, 2010

Motor oh motor !




Hi! Blog Linda kali ni, Linda nak kongsi pengalaman Linda yang lain daripada yang lain iaitu belajar menunggang motorsikal berkuasa tinggi.

Nak tau tak? Waktu Linda di sekolah menengah dulu,Linda pernah jatuh motor.. hehe.. waktu tu ada seorang brother ni,dia ajar Linda bawak motor kapcai...Linda pun bawak lah (tanpa pengetahuan mak).. Sekali boleh terjatuh belakang restoran mak! Mak Linda punyalah bising... Linda pitam kejap...bukan sebab jatuh motor tapi sebab dia bising. Hehe... Terus Linda takut nak bawak motor sampai sekarang.

Minggu lepas, Linda ke Metro Driving Academy untuk belajar dan kemudian ambil lesen motor B full. Fuhhh! Ini antara cabaran baru dalam hidup Linda... Tak sangka,entah dari mana timbul keberanian Linda ingin menunggang motor besar ni. Kalau motor kapcai ok lah.. hehe..

Sebelum Linda diberi motor besar,Linda disuruh praktis dulu dengan kapcai... elehhhh kacang.. hehe...



Kacang eh? Nahhhh!! Motor besar!!

Pelatih sedang memberi tunjuk ajar tentang gear,clutch,brake,balancing etc... huh! waktu ni,ah berdebar ah jantungku !



OK ready ?



Yeayyyyy!! Look daddy!! I can ride the bike !!



Fokus Linda...fokus...



Oooppppssss daddy! Bike terjatuh ... errr...



Well... no pain, no gain... kan? Macam budak baru belajar nak berjalan...jatuh dulu,baru boleh jalan lepas tu boleh berlari !

Tayar motor ada dua je... kalau lari fokus,lalai sikit,jatuh laaa... kan? So,fokus dan konsentrasi mesti baik ...

Thanks Abang Onn! Penat abang kerja dok angkat motor Linda je.. hehe...



Eh eh ? Macamana nak fokus ni...? ada kamera...terpaksa posing... kekeke... Terjumpa penggemarku.. Thanks y'all !



Terima kasih kepada Metro Driving Academy atas latihan yang cukup bagus ... bak katanya dalam iklan radio... belajar sampai lulus !! InshaAllah lepas ni , Linda taknak jatuh lagi...
Ciao ! Vroooooooooooooooooommmmmmmmmmmm!!!

Happy Birthday Murai.com !

Bulan lepas , Linda dijemput oleh Murai.com untuk ke majlis meraikan ulangtahun kedua Murai di Palace of The Golden Horses..

Tema malam tu ialah 80-an... Aduh.. pening kepala Linda nak cari fesyen 80 an... Akhirnya , Linda tiru gaya 80 an dari internet..

Sebelum acara bermula.. Linda catatkan sedikit ucapan buat Murai.. "Semoga secerah Suria.." ... Lupa lak nak tambah... Dengarlah Suria fm !!





Majlis malam tu dihoskan oleh Reza... oooo miss u ! (sebelah kanan - Ella)



Kak Engku pun ada... make up ala 80-an... & Kak Engku nyanyi lagu Raja Ema.. very 80's !! :-)



Linda diminta untuk sertai game - make over seorang geng Murai... kira acara mekap mekap lah ni.. hehe.. my favourite! Tepukan paling kuat ...menang !!



Yes! we won! :-) Nanti Linda make up kan u betul2 ye... Yang ni mekap kelam kabut..


Bergambar dengan Ramlah Ram (yg buat persembahan sempena tema 80an) dan Roslen (editor Murai...sekarang dah jadi editor Harian Metro)


Selepas acara , Linda sempat bergambar dengan adik beradik... Izwan Pilus dan Aril AF7...

OK... sekian saja.. Tahniah kepada Murai.com.
Banyakkanlah berita2 dan cerita2 yang meningkatkan industri hiburan kita dari berita kontroversi yang menimbulkan banyak fitnah.. Hidup Murai !! Happy birthday !!