Semalam Linda terbaca artikel ni dalam Harian Metro . Disebabkan ramai yang bertanya dan hantar sms di studio Sinar fm , Linda mengambil keputusan untuk menjawab gosip ini melalui blog Linda..
Harian Metro - 12 Februari 2009 : Ruangan Soseh-Soseh
"SELEPAS isu tidak puas hati kerana dipindahkan ke stesen radio Sinar FM reda, nama Linda Onn sekali lagi menjadi hangat dalam kalangan teman media.
Kali ini bukan membabitkan hal kerjaya Linda yang juga popular sebagai pengacara menerusi program Sehati Berdansa itu sebaliknya kisah cintanya yang turut menjadi perhatian umum.Ia juga bukan perkara baru kerana kisah cintanya bersama pelakon Fahrin Ahmad sebelum ini juga jadi perhatian walaupun pasangan ini menafikan mereka bercinta sebaliknya lebih kepada teman tapi mesra.
Sejak berpisah dengan Fahrin, Linda juga dikaitkan dengan beberapa lelaki hingga disebut-sebut sebagai pengganti Fahrin. Menurut cerita teman yang terserempak dengan Linda di majlis persandingan Mawi di Palace Of Golden Horses Januari lalu, bekas penyampai radio Era itu kembali menjalin hubungan dengan aktor Hans Isaac.
Mendengarkan cerita teman ini membuatkan SS terkejut 'badak' kerana sebelum ini apa yang SS nampak, kemesraan Linda dan Hans tidak lebih hubungan rakan sesama artis.Bukan itu saja, Linda juga dikatakan mempunyai ramai rakan lelaki yang rapat dengannya sekarang ini. Antara yang pernah dikaitkan termasuk seorang jurutera dan lelaki Inggeris malah gambar mereka pernah disiarkan media.Kata seorang teman, apa yang berlaku antara Linda dan Hans ibarat cinta lama bertaut kembali. Cerita teman itu, sebenarnya sebelum Hans menjalin hubungan dengan Erra Fazira, aktor itu sebenarnya terlebih dulu bercinta dengan Linda.Tapi tidak ramai yang tahu hubungan akrab Linda dan Hans kecuali teman rapat.
Begitupun, SS musykil dengan cerita yang disampaikan ini kerana kalau hendak diikutkan dari sudut kronologi hubungan cinta Linda, bukankah waktu itu dia sudah berkenalan rapat dengan Fahrin?Perkara ini sebenarnya hanya Linda sendiri yang boleh menjawab bagi mengesahkan kedudukan sebenar mengenai hubungannya dengan Hans. Namun, jika benar mereka bercinta, pada SS ia tidak salah kerana masing-masing masih bujang dan sudah tiba masanya untuk memikirkan soal teman hidup."
So,jawapan Linda ialah.....
Tidak. Linda dan Hans Isaac tidak bercinta. Sebelum ni pun kami tidak pernah bercinta.
Hans adalah kawan baik. Tak termasuk kategori kekasih. Sekali-sekala kami berbual bertanya khabar melalui telefon. He’s a good listener. Kalau jumpa pun samada terserempak kat mana-mana majlis. Kalau ada masa lapang,kita jumpa, dok lepak2 dengan kawan2. Tu pun sekali sekala,boleh hitung dengan jari... Takde babitkan feeling2 k..
So,to all the girls..jangan risau ye.. Linda bukan dengan Hans.. :-)
Tak salahkan kalau perempuan berkawan baik dengan lelaki ? Sekadar berkawan... Tak babitkan hati dan perasaan. Sangat berbeza antara kawan baik dan kekasih. Kadang2 Linda heran..kenapa bila seorang perempuan berkawan baik dengan lelaki...ia dianggap bercinta? Berkawan biar beribu..Berkasih biar satu... tetapi kekasihku bukan Hans.. hehe..
Hans pun terkejut dengar berita ni. Siap tanya Linda "Bila masa kita bercinta beb?"... Linda jawab "Entah!".
Linda sebenarnya teringat satu surat yang dihantar peminat ke akhbar harian tahun lepas. Tajuknya ‘Sudah sudahlah Linda’. Kalau u all lupa , u all baca kat blog lama Linda ye. www.lindaonn77.blogspot.com . Kakak tu cakap sudah-sudahlah Linda sebab banyak sangat kisah 'cinta' Linda ditulis di media.. walaupun diluar kemahuan Linda..
Kali ni , Linda yang mintak kepada semua.. sudah sudahlah bercerita tentang hal peribadi Linda ye. Dengan siapa Linda keluar,dgn siapa Linda bercinta,putus ke apa ke...semua tu adalah hal peribadi Linda. Taknak lah nanti orang lain yang kecohkan hal Linda , datang satu lagi surat dari kak Temah tajuknya - ‘Sudah sudahlah Linda oii’... Linda jugak yang kena... :-p
p/s : Cinta adalah yg tersirat di dalam hati kecil kita. Tak perlu diluahkan dengan kata-kata. Satu hari nanti,dua hati pasti bersatu. Yang penting hanya tuhan yang tahu... :-)