Pada hari Ahad lepas, Linda dijemput ke majlis persandingan Datuk Paduka Khairuddin dan Datin Paduka Umie Aida...atau lebih mesra dengan panggilan K.U
...tapi sebelum Linda ke majlis kedua-dua mempelai ini, Linda penuhkan dulu aktiviti pagi Linda ke kelas motor di Metro Driving Academy... dan selepas tu, Linda berkejar ke restoran Linda - My Mom's Chicken Rice di Ampang Point utk menyambut tetamu yg datang dari jauh..iaitu bintang terkenal Indonesia, Intan Nuraini.
Kebetulan Linda temubual Intan di radio Suria fm dan Intan cakap yg dia suka nasi ayam.. So, Linda jemput Intan makan nasi ayam sebelum dia berangkat ke Jakarta. Cantik Intan ni..baik dan ceria orangnya.. Kalau u all rajin tengok sinetron Indonesia spt Karena Cinta & Cinta Sinderella, sure u all kenal siapa Intan Nuraini. Dia datang ke KL utk mempromosikan album terbarunya - Seperti Coklat.
Linda dan Intan di MMCR..

Terima kasih ya Intan! Nanti saya ke Jakarta, saya bbm kamu ya!
Selepas Maghrib, Linda bersiap untuk ke persandingan K.U di One World Hotel, Damansara. Entah kenapa,waktu Linda nak keluar rumah, hujan turun selebat2nya, kilat berdentum2, penglihatan pun jadi kurang jelas dan trafik perlahan sebab jalan licin.. Hujan rahmat agaknya.. So, Linda akhirnya sampai ke dewan lewat 5 minit. Acara baru saja bermula dengan bacaan doa.
Bawah ni, Linda tengah mengaminkan doa ustaz utk kesejahteraan Tun Mahathir yg merupakan tetamu khas majlis ini...

(thank u Sam Kassim kasi gambar ni!)
Ameen..Ameen.. Moga Tun dan isteri sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah swt selalu.. Di akhir majlis, Linda tak berkesempatan bersalam dengan Tun sebab ditahan peminat untuk bergambar.. Aduhhh sayangnya.. Tau tak? Tun adalah idola Linda selama ni.. Linda nak sangat berjumpa, berbual dengan Tun..kerana bagi Linda, perspektif dan pandangan Tun adalah lain daripada yg lain.. He's a great leader!
Bawah: Inilah dia.. Bila hati berkata 'ya'...Bila minda menjawab 'inilah orangnya'...Maka,dialah yg dipilih utk duduk bersama di atas pelamin.. Kedua-dua mempelai di atas pelamin yg sangat gah..

Nanti Linda kahwin esok, taklah buat grand macam ni.. Linda buat ala kadar je.. :-) Cehhh! Dah plan nih !! :-p Pasangan pun belum ada! Adey cittt!
Ramai kenalan artis yg hadir malam tu tapi Linda tertarik utk bergambar dgn Ziana Zain.. Rasanya Ziana nampak cantik sangat malam tu... Hmm...artis lain pun cantik jugak.. cuma, 'aura' itu perlu utk kelihatan 'extra' cantik.. dan Ziana Zain ada 'aura' itu. I like!

(thank u Sam Kassim lagi..hehe..kasi gambar ni!)
Ziana juga membuat persembahan di majlis tu...
Akhir sekali, bila tetamu melangkah keluar dari dewan, yang menanti di muka pintu adalah pengantin untuk mengucap terima kasih.

Thanks Mr Red for the picture!
Linda pun sempat jugak ucapkan tahniah kepada Umie.. "Moga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat...Ameen". Yes Umie, I'm so happy for you. Doakan temanmu ini ye.. :-)
OK, ini ada cerita disebalik cerita. Sebelum Linda terima undangan drpd Umie, Linda sebenarnya dah confirmkan satu aktiviti pada hari Ahad tu. Aktiviti tu ialah Linda join lebih kurang 50 bikers berkumpul untuk berkonvoi pergi makan di tepi laut...tapi apa nak buat...jemputan perkahwinan harus didahulukan.. So,Linda ter'miss' lah konvoi dgn teman bikers ku...
Hmmm...sebut2 tentang bikers... Minggu sebelum ni, Linda sempat test ride motor kenalan Linda. Model BMW. Woooo... I tell u.. Motor ni best gilerrr...

Dah jadi confuse dah Linda.. nak minat superbike ke atau easy rider.. pastu mcm2 pulak jenis motor yg ada.. naked bike lah..sportster lah...Pening Mummy!
Cehhh....Padahal, lesen pun belum dapat.. hehe..
Posing jap...

Kalau u all dengar Halim Othman dan Zizi waktu pagi kat Suria fm , mesti u all perasan yg Zizi ada cabar Linda.. Dia kata, Linda takkan lulus amik lesen motor B full minggu depan.. Hishhh Zizi ni... Dah ku kata, aku ini jangan dicabar.. takut kamu (lelaki) menangis nanti...
OK, kita tengok je minggu depan macamana eh.. Nantikan pengumuman oleh abang JPJ kepada Halim dan Zizi nanti .. Kalau lulus, yeayyyyy!! Kalau tak lulus, apa ada hal...repeat test lerrr! hehe.. but this is a new challenge for me.. InshaAllah I can make it happen!
Chalo! :-)