Monday, August 31, 2009
Derma sempena Ramadhan..
Kalau u all nak menderma apa-apa utk anak2 yatim yg memerlukan.. eg: Baju kanak2,kasut,selimut atau wang ringgit, sila tinggalkan di mana2 cawangan MMCR atau MAPS sebelum 8 Sept '09. Alamat restoran ada di sebelah kanan blog ni ------>
Sila jumpa 'captain' restoran & isi borang. Barang2 derma anda tu akan Linda salurkan pada anak2 yatim pada majlis berbuka puasa nanti,InshaAllah..
Anything,call Yati 014- 9333306. Semoga niat ikhlas anda diberkati Allah.. Terima kasih.
Salam, Linda .
Gambar,gambar,gambar....
OK,pertama sekali,Linda nak ucapkan terima kasih kpd u all kerana tinggalkan soalan di dalam ruangan 'comment' dalam entri blog yg sebelum ni "TANYA LINDA". Harap berpuas hati dengan semua jawapan Linda.. :-)
Kali ni, Linda nak share dengan u all aktiviti Linda minggu lepas.. Linda dijemput dalam rancangan AC? musim baru. Tetamu undangan yang lain ialah Hafiz dan Diana Danielle...

Mulut AC ni memang macam bertih jagung... pot pet pot pet.. Tapi syok..enjoy.. Tak kering gusi kita dibuatnya..

Then Linda dijemput untuk menjadi pengacara bagi forum Nespray One Plus di Carcosa Sri Negara..
Bawah ni , Linda tengah discuss dengan Datuk Sheila Majid sebelum forum bermula..

Sewaktu forum sedang berlangsung...

Linda bergambar kenangan dengan ahli panel forum setelah selesai acara..

Selain aktiviti2 di atas, Linda jalani beberapa photoshoot utk akhbar ..Tunggu ye paper mana yg akan keluar story :-) Sorry takde amik gambar waktu photoshoot...so,takleh nak share ngan u all..
Hmmm...sebut2 tentang gambar , waktu Linda godeh2 laptop ni, ada beberapa gambar yang Linda nak kongsi ceritanya dengan pembaca blog Linda ni...
Tengok gambar bawah...
Gambar ni dirakam waktu Linda ke Muar utk majlis persandingan sedara Linda. Anak sedara Linda (Fifiq) punyalah romantis...dia kiss seorang budak perempuan kat pelamin.. Baby girl tu kira sedara jauh Linda lah.. So cute :-)

Eh... ke budak perempuan ni yang kiss Fifiq ? Who kissed who????

Comel betul melihat gelagat bebudak ni.. Sayang menyayang...
Bawah ni pulak , Linda bergambar dengan pengantin ...Baby tu pun kira anak buah juga lah..

Then...Dah alang2 kat Muar.. kawasan kampung.. Kita pun ke kebun 'grape' pakcik Linda.. Hehe.. Rambutan daaaa....
Fifiq , si budak comel dari bandar kaku KL ni agak terpegun bila dapat petik sendiri rambutan dari pokok.. Sekurang2nya dia dapat merasa suasana hidup di kampung.. best!

OK... gambar apa lagi ek Linda nak share ngan u all..?

More pictures ? Adaaaaa....
AMARAN : Perbuatan ini adalah merbahaya. Jangan amalkan ini di rumah..

Hehehe.. nyenyak betul kucing ni tidur.. Paparazzi amik gambar pun dia tak sadar.. :-) Don't worry,lepas amik gambar , Linda dah kejutkan dia dan Linda suruh dia tidur kat tempat lain.. Dia kata "Ngeowwww"... Maknanya "Thank U"...
Wednesday, August 26, 2009
Tanya Linda..
OK.. apa sebenarnya Tanya Linda ni?
Untuk entry blog kali ni, Linda beri peluang kepada semua untuk menanyakan apa-apa soalan kepada Linda. Idea ni Linda dapat dari seorang peminat blog Linda.. Katanya,mintak Linda beri ruang dalam salah satu entry blog Linda untuk peminat ajukan soalan...dan Linda JAWAB !! Hehe..
InshaAllah.. :-p
So, just klik dan tinggalkan soalan u all kat ruangan 'comment' di bawah ni ye..
p/s : ...tanyalah apa yang terbuku di hati...
Monday, August 24, 2009
Ramadhan dan Restoran..

- Buat pertama kali, MAPS beroperasi dari 6 petang hingga 5.30 pagi untuk berbuka puasa dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan.
Thursday, August 20, 2009
Konsert R&R MBPJ
Kali ni,konsert diadakan di dataran MBPJ depan Amcorp Mall , PJ. Kalau konsert di Penang dihadiri lebih kurang 30,000 penonton, di PJ pulak lebih kurang 20,000 penonton katanya...
Malam tu memang happening.. Persembahan pembukaan adalah Sinar Band .. Kalau u all tengok video dalam entry blog yang sebelum ni kat bawah,sure u all dah tengok performance kitorang (penyampai Sinar). Yang tang Linda main drum sambil berdiri di penghujung video itu adalah kerana dah naik sheikh ye.. hehe..
So, kepada u all yg tak dapat hadir ke konsert ni,jom Linda bawak ke Konsert R&R dgn gambar2 yg sempat Linda rakamkan dari kamera tercintaku...
Bawah : Sebelum konsert bermula jam 9 malam , kitorang adakan sesi latihan dulu... Praktis! Praktis! .. Posing !!

Bawah: Selepas tu... Briefing... Chehhh.. Paktam serius seh..

Bawah : Tak tahu macamana nak gambarkan betapa ramainya pendengar Sinar fm yang hadir..Linda hanya dapat menunjukkan gambar di bawah ni... Ramai..kan?

Sepertimana yg Linda katakan tadi.. Persembahan pembukaan adalah dari penyampai2 Sinar.. Bila dah tengok penonton punya ramai macam ni.. Wa jadi cuak bro.. tangan pun menggeletar nak pegang drum stick .. hehe.. kebas... Ni buat senaman tangan jap sebelum perform.. :-p

Bawah: Nasib baiklah asap kat pentas tu kepul-kepul.. Kabur sikit pandangan Linda pada penonton.. Tak lah gabra sangat..

Antara artis2 yg buat persembahan ialah... MAY !

Huhhh... memang rock habis.. Sampai Khairil pun panjat tepi stage nak rakam video persembahan MAY...

Bawah: Dato' Khatijah Ibrahim sempat mengeluarkan dialog ini sebelum menyanyikan lagu nostalgia Linda..
"....Lagu ini saya tujukan khas utk Linda Onn... Ku Pendam Sebuah Duka..."

Thanks Dato'! U r the best! Lagu ni memang favourite Linda.. Sedih tapi ... hmmm panjang cerita...
Eh melalut pulak... OK , next pic please !
Othman Hamzah... Persembahan memang mantap... Lagu Gadis Melayu - I like !!

Hattan... Memburu Rindu... Huhhh... terangkat ! Eh... terduduk !!

Ni Linda bergambar dengan penonton.. Rockers otai.. Nama abang yg rambut putih ni Awie (katanya..).. Siap buat head banging lagi u allz... Cayalahhh !

Linda pun rasa macam dah jadi rocker lah plak.. Aduhh.. so not my music.. tapi layannnnnnn je lah!
Ramlah Ram... Seperti di Penang, di PJ sekali lagi kejutan.. Rocker-rocker yg datang yg ala-ala ganas semua jadi mat bunga-bunga cinta bila Ramlah Ram buat persembahan.. Semua ikut nyanyi beb... Cair beb kena penangan Ramlah...

Dari kiri : Abby Fana , Shida, Linda , Nila dan isteri Khairil Ivy..
Linda the drummer... :-)
Sebelum Linda update blog mengenai Konsert R&R Sinar , ada 3 perkara yg Linda nak beritau..
Pertama sekali,syukur sebab drum stick tak tercampak (spt yg terjadi di Konsert di Penang) waktu Linda main drum . Hehe...
Kedua,Linda enjoy giler malam tu...persembahan drpd artis semua best2 dan penonton pun sporting!
Ketiga,saksikan dulu rakaman yg Linda ambil dari Youtube ni. Band Sinar fm (yg digelar oleh Saleh Yacob sbg Panca Sinaran) membuat persembahan pembukaan di Konsert R&R (Rock & Retro) Sinar di Dataran MBPJ , Sabtu lepas. Kitorang perform lagu Apa Nak Dikata..
Penyampai Sinar fm yang membuat persembahan ialah ;
Khairil - Lead Guitar
Jamal Jamaluddin - Rhythm Guitar
Paktam - Bass Guitar
Linda Onn - Drum
Zaidi,Najman,Nila,Abby - Penyanyi
Thanks for watching ! :-)
Tuesday, August 18, 2009
Linda rindu atok... :-(
OK,nanti Linda update blog tentang Konsert R&R Sinar di PJ ye.. Linda tengah kumpul semua gambar2 dan cerita utk blog ni..
Tapi hari ni,Linda cuma nak kongsi kesedihan... Semalam,Atok kesayangan Linda meninggal dunia di JB..jam 8.30 pagi.
Lepas selesai forum dgn Datuk Sheila Majid di Carcosa Sri Negara,Linda bergegas ke JB... Supaya Linda dapat kiss atok buat kali terakhir sebelum dia dikebumikan.. Alhamdulillah,Linda sempat cium atok beberapa minit sebelum kafannya disempurnakan. Laju sangat Linda bawak kereta dari KL ke JB...semata-mata nak 'jumpa' atok...
Linda tengah sedih sangat sekarang ni.. Lepas ni,dah takde atok lagi yg Linda nak salam pada hari raya.. Tahun lepas,waktu Linda salam atok,atok cakap "..tahun depan kita tak jumpa lagi,Linda.." . Linda cakap "..jangan cakap macam tu,tok.." . Agaknya dia dah dapat rasa pemergiannya... Atok selalu doakan Linda berjaya dalam perniagaan,karier dan kehidupan.. Sayang sekali Linda tak dapat bersama atok di saat2 akhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir..
Linda rindu atok... Allahyarhamah seorang yg sangat baik. Moga atok ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan damai di sana.. Ameen. Al Fateha..
Thursday, August 13, 2009
Al-Fateha buat Ustaz Asri (Rabbani)..
First of all , Linda ucap terima kasih kepada Umie kerana tak lupa nama Linda dalam senarai pemberitahuannya selama ni. Umie selalu sms utk beritahu berita2 yang penting begini. Thanks again Umie.
Kedua , Linda betul2 terkejut. Innalillah.. Takziah Linda ucapkan kpd famili Ustaz Asri dan moga dia ditempatkan bersama org2 yg beriman, Ameen. Kita kehilangan seorang insan yang mempunyai hati yg mulia,berjasa tinggi,tenang, suka senyum dan rendah diri.
Al- Fateha...

Beliau 'pergi tak kembali'...
Selepas ni,Linda akan merindui suara merdunya ketika melaungkan azan dan takbir Raya. Linda pernah menemubual Ustaz Asri dulu dan Linda pernah menjemput Allahyarham membaca doa sempena pembukaan restoran My Mom's Chicken Rice di Tesco Ampang tapi beliau tak dapat hadir dan digantikan dgn adiknya.
Ini blog Allahyarham yang Linda tahu - http://asrirabbani.blogspot.com/
Selepas seorang...seorang lagi insan yang Linda hormati pergi meninggalkan kita buat selamanya.. Allahyarham Shukri Hashim (pelakon) , Allahyarham Mikail (Michael Jackson) , Allahyarham Aniff Ghani (wartawan Media Hiburan), Allahyarham Yasmin Ahmad (pengarah) ,Allahyarham Khairil Khamis (penyanyi senior) & Allahyarham Asri Ibrahim (Rabbani) ...
Al- Fateha... Moga mereka damai di alam sana dan moga roh mereka dicucuri rahmat... Ameen...
Monday, August 10, 2009
Hi all...
Harap pembaca blog Linda semuanya sihat. Maklumlah cuaca tengah tak elok sekarang ni. Sebab jerebu,Linda juga jadi tak sihat. Sakit tekak & kulit pun tak segar... Kalau u all tak sihat,banyakkan minum air ye..
Linda busy sangat..sampai tak tau nak update apa dlm blog ni. Rasa macam nak cerita semua tapi tak tau nak start dari mana. Sekarang ni,Linda sibuk praktis main drum dgn team Sinar utk Konsert R&R (Rock & Retro) di depan Amcorp Mall , PJ Sabtu 15 Ogos , 8.30 mlm... Datang eh..masuk percuma! Bukan terrer pun main drum..asal ada bunyi cukup lerrr.. :-)
Pastu sibuk pulak dgn photoshoot,meeting sana sini... dan ...
InshaAllah akan ada dua foodcourt cawangan restoran My Asam Pedas Shop akan dibuka di sekitar Shah Alam dan Cheras . Tunggu pengumumannya ok!
Sementara tu,kalau u all nak berbuka puasa di My Asam Pedas Shop bulan Ramadhan ni, cepat2 buat tempahan buffet ye... Ada lebih 50 juadah berbuka disediakan... Di My Mom's Chicken Rice pulak , ada hidangan istimewa Ramadhan. MMCR pun dah mula jual Asam Pedas Kepala Ikan sekarang. So,sudilah kiranya singgah ke restoran Linda Ramadhan nanti ye..InshaAllah Linda akan 'turun padang' nanti... I serve u k.. :-)
Selain tu,Linda pun tengah sibuk nak menyiapkan rumah baru Linda. Mcm2 jugak eh nak buat...dan beli! Hmm..I wonder how my parents did all this before... Tapi Linda buat perlahan-lahan... manman...slow and steady. InshaAllah kalau takde aral melintang,hari raya nanti , dapatlah Linda beraya di rumah baru..
Di rumah , antara ruang yg paling Linda suka ialah 'garden'... Bila garden cantik.hati pun jadi tenang... Bab gardening ni,Linda serahkan bulat2 pada ibu ayah Linda... Diorang professional bab ni..hehe.. Linda cuma boleh susun batu macam kat bawah ni je...
Tuesday, August 4, 2009
Konsert R&R Sinar - Pulau Pinang !
Sabtu lepas , Sinar fm mengadakan Konsert R&R (Rock & Retro) di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang.. Huh.. Memang fantastic bombastic sambutan pendengar2 Sinar fm di Penang. Dah lama Linda tak tengok orang ramai macam tu sejak Pesta Bola Era duluuuu...
Walaupun hujan renyai2 pada mulanya tapi penonton sikit pun tak berganjak. Basah lencun pun tetap setia dengan Sinar fm.. Setelah dianggarkan , lebih kurang 30.000 penonton yang datang ke Konsert ni..
Sebelum konsert start , band Sinar praktis dulu...hehe..Khairil on lead guitar , Pak Tam bassist , Jamal Jamaluddin on rhythm guitar dan Linda.. tukang lepas geram... - drummer.
Abang Saleh Yacob rocks mannnn pada malam konsert tu!! Memang enjoy gilerrrr !!
Bawah : Band Sinar ..

Antara banyak2 persembahan , persembahan papa rock Ramli Sarip antara yang buat Linda tergamam.. He rocks !
Artis yang lain pun hebat tak terkata..
Rusty Blade , Wings , May , Hattan , Ramlah Ram , Dato' Khatijah Ibrahim , Othman Hamzah , Ruhil.. semuanya memang cukup berpengalaman dan dapat 'tawan' konsert R&R dgn hebatnya.
Sepanjang konsert tu , team Sinar fm pun enjoy gilerrr.. Lagu2 yang artis nyanyi semuanya lagu2 hit !
Next , jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert R&R di hadapan Amcorp Mall , Dataran MBPJ , Petaling Jaya , Selangor.. Sabtu (15 Ogos) , 8.30 pm . Jangan lewat..nanti terlepas Sinar fm buat performance.. hehe.. Ahauuww..
C U PJ !! Penang , I love u !!