Monday, April 26, 2010

Sehari di Kuantan..

Ahad, 25 April 2010, jam 9 pagi, Linda dan famili Suria fm bertolak dari KL ke Kuantan utk menjayakan Suria fm Rancak Tour.

Kali ni, Suria fm bawa ramai artis2 hebat utk menghiburkan pendengar2 Suria di Kuantan. Antaranya Joey BPR, Zamani Slam, Azlan & The Typewriter, Saleem, The Lima (dari Indonesia) dan Noraniza Idris...

Jom! Ikut Linda ke Kuantan Parade!

Bawah: Kak Vee (produser Breakfast @ Suria) menemubual Noraniza Idris di belakang pentas.


Giliran Linda naik ke pentas.. Linda cakap, "Kalau u all terhibur dengan persembahan Saleem, cakap TERIMA KASIH SALEEM !!!"



Ya! Terima kasih Saleem! Memang best! Semua terhibur dengan nyanyian Saleem. Selepas tu, Linda menemubual Saleem untuk rancangan radio Linda..dan abang Saleem kata, sekarang dia pun dah dengar Suria fm ! Terima kasih braderrrr !!!!



Di belakang pentas..bersama dengan Rina (penyanyi baru) , Zamani dan Zizi...



Zamani..walaupun senyap seketika di persada hiburan, ternyata peminat menantikan kehadirannya.. Suara tetap memukau !

Bawah: Joey BPR ... You rock, bro !!!!


Linda tak lepaskan peluang utk interview 'otai' rock kita.. Abang Joey BPR !



Bawah: Bersama penyampai Suria, MYRA dan kumpulan The 5 ..

...bersama kawan baik Linda, Mona dan penonton2 Suria fm Rancak Tour..



...ada satu persembahan yang buat Linda terpaku.. iaitu Azlan & The Typewriter ! Nak tau kenapa? ...sebab vokal Azlan gilerrrrr tinggi !!! Takut tak sampai.. tapi dia pro.. sampai bro !!!



Bawah: Di tepi pentas...


Mula-mula diorang 'behave'... tapi bila abang Joey buat persembahan, diorang dah tak boleh dikawal !! Behave boys!! Behave !!



Bila semua penyampai di atas pentas... Acara dah selesai.



Beginilah 'crowd' di Kuantan Parade...



Antara penonton yang sempat Linda temubual utk rancangan Linda...


Ok... "Awak suka persembahan yang mana satu?"


Selesai acara, selesai interview... Acara amik gambar plak... :-) Bukan selalu jumpa pendengar di Kuantan, kan ? " Senyum Linda...senyum ! "

Bawah: Siapa kata Linda tak ingat nama pendengar? Kalau dah pendengar tu ikut Linda dari radio pertama hingga radio kedua..dan sekarang Suria fm... Mustahil untuk Linda lupakan pendengar setia tu.. dan setiap kali suara ceria " Hai Kak Linda! Ni Izzad dari Kuantan! " ...Linda dah tau siapa dia. Akhirnya kita berjumpa Izzad... :-) Nice meeting u! Terima kasih atas sokongan tanpa henti terhadap Linda..



Selepas penat bekerja, kita enjoy pulak !! Kami dibawa ke sebuah restoran di tepi laut..
Linda? Jumpa laut? Tak sentuh air, tak sah !! Kalau tak banyak, sikit pun mesti nak kena sentuh jugak ! Airnya tak lah jernih macam kat pulau.. walaupun airnya color kopi susu, Linda sentuh sikit je laa... :-p

Bawah : Kumpulan Panca Suria feat LO ... y'all !!


Linda bersama semua penyampai Suria kecuali Lin, Myra dan Zaff ( yg mabuk laut..hehe.. )

Bawah: Cuba teka siapa? Dari kiri ke kanan...


Bawah: Dek kerana terlalu lapar dan makanan tak sampai2 lagi, inilah yang terjadi pada kami... Dari kiri - Halim Othman, Zizi, Bob Ringgo, LO, Naim, Kak V dan Tuah ! Yeayyyyyyy!!!!


OK..OK... Kak V cedera... Bantuan.. Bantuan... Oppps kejap! Tuah!!! Berhenti melompat!!!



OK.. Kerja sudah...Enjoy sudah...Makan pun sudah... Sekarang ni, dan tiba masa untuk balik ke pangkal jalan... hehe...

Bawah : Aittt? Ingatkan dah habis enjoy? Kat dalam bas pun masih nak enjoy gaks? Persembahan daripada pasangan serasi bersama Zizi dan produsernya Marzuki..err...Kak V! Sambil diperhatikan oleh Rina dan Bob...


Wooooo..... Abang Joey BPR memang 'sporting' ! Sudi menghiburkan kami dalam bas.. U memang best laaaa bang !!!!



Eh eh.. Kalau atas pentas tak boleh.. tapi kalau mintak Linda nyanyi dalam bas ke..dalam toilet ke.. aaaaa...tu boleh !!! Nyanyi lagu Yuna...dan penyedia lirik expres ke telinga Linda ialah Rina di sebelah.. Almaklumlah...Linda ni 'fail' bab-bab hafal lirik lagu !! :-)



Kami sampai KL lebih kurang 12 tengah malam.. Penat tapi enjoy! Bila dah enjoy, hilang rasa penat..

That's all ! Terima kasih sekali lagi kepada semua pendengar setia di Kuantan.. InshaAllah lain kali kami datang lagi k!! Kalau nak tau kami kemana selepas ni, dengar Suria fm k !! Chalo !

Anugerah PPMH

Beberapa hari lepas, Linda dijemput menghadiri Anugerah PPMH (Pilihan Pembaca Media Hiburan) di Saloma Bistro. Bukan saja sebagai jemputan tetapi sebagai calon untuk kategori Artis Wanita Bibir Seksi..

Pada mulanya, bila Linda dapat tahu yang Linda tercalon dalam kategori ni, Linda ketawa dan langsung tak percaya! Perkataan 'seksi' dan 'linda' sangat jauh berbeza.. Entah apa yang dilihat seksi pada bibir Linda ni.. hehe.. tapi disebabkan dah tercalon, Linda hargai pencalonan itu. Mungkin ada sesuatu pada bibir ni yang Linda sendiri tak nampak.. (ada ke?)

...dan yang paling memeranjatkan ialah bila Linda tiba di majlis ini dengan sambutan ucapan 'tahniah..tahniah!'. Jawapan Linda agak tergamam - 'What?'. Rupa-rupanya Linda telah dipilih oleh pembaca Media Hiburan sebagai pemenang untuk kategori ni.. Sungguh tak ku sangka! Sebelum Linda ke majlis ni, ada beberapa ucapan yg Linda terima katanya "Harap Linda menang!!" ... dan jawapan Linda "Yelahhh tu!"


Atas: CD keputusan yang dibacakan oleh penyampai anugerah.. :-)

Masin mulut orang yg beri ucapan tu. Oleh kerana ini adalah undian daripada pembaca MH, maka Linda terima dengan rasa gembira dan terharu. Terima kasih pembaca Media Hiburan!



Seksi ke bibir? Adeh deh..seganlah... Sepanjang hari tu,Linda dok muncungkan bibir (gambar atas)..saja je gurau..

Dalam masa yang sama , Media Hiburan menyambut ulang tahun yang ke 25. Wooo...waktu MH mula keluar, umur Linda baru 7 tahun.. Linda pernah beberapa kali jadi cover MH dan banyak kali jadi inside story MH. So far, Alhamdulillah, MH banyak menyokong Linda, tiada artikel yang menyakitkan hati Linda...kalau ada pun kisah panas yang ditulis mengenai Linda, ianya cukup beralas dan tidak mengaibkan..



Terima kasih Media Hiburan.. Semoga terus berjaya dan menjadi majalah terhangat di pasaran dengan kualiti yang tinggi dalam mewarnai dunia hiburan tanahair... Mesti ada klass ,k!


Tema petang itu ialah Giler Glamor VS Glamor Giler.. Hehe.. renung-renungkanlah...



Anugerah PPMH ni lain sikit.. Tak macam anugerah2 biasa.. Anugerah PPMH lebih kepada anggota badan seperti mata menawan, hidung cantik, kulit cantik (kalau tak silap,Dato Siti menang kulit cantik) dan sebagainya.. Unik, kan ?

Anugerah khas pula dimenangi oleh Ramlah Ram !! Always the best RR !



Tahniah kepada semua pemenang..

Khas untuk Media Hiburan...



Chalo !

Tuesday, April 20, 2010

Pulau Redang, Ganuuu!!

Ganuuu bebeh!!!

Hujung minggu lepas, Linda dijemput oleh Halim Othman utk sama-sama menjayakan seminar untuk pelajar dan lepasan SPM di Kuala Terengganu. Alang-alang ke Terengganu, pada hari sebelumnya iaitu Sabtu,Linda singgah ke Pulau Redang dengan tujuan melihat potensi perniagaan dan sambil2 tu...ambil kesempatan utk menikmati keindahan pulau..

Awal2 lagi dari KL dah siap sediakan pakaian dan barang2 utk snorkeling.. hehe.. Linda memang suka pergi laut.. terutama pulau.. Bila tengok air jernih..bersih...rasa tenang hati ni. Rasa macam nak selalu je pergi ke pulau..tapi apakan daya,kerja dan waktu membataskan Linda utk selalu ke pulau.. tapi walaupun dapat sehari dua saja di pulau Redang, Linda gunakan sepenuh kesempatan utk ENJOY !

Jom! Ikut Linda ke Redang!

Bawah : Baru sampai Redang..



Round round pulau dulu sebelum mandi manda... Cantik betul pemandangan...

Ini bukan kali pertama Linda ke Redang.. Sebelum ni,Linda pernah bawa semua staf Linda dari My Mom's Chicken Rice untuk company trip ke sini... disebabkan Redang ni best sangat, Linda memang teruja untuk datang ke Redang lagi...
Yang seronoknya, waktu di atas feri, Linda nampak beberapa ekor penyu yang berada di dalam laut..sesekali penyu tu naik ke permukaan air... satu pengalaman yang cukup menarik!

Trip ke Redang kali ni lain sikit.. Linda dapat pergi ke banyak tempat untuk 'survey' pulau ni.. Biasanya kalau pergi bercuti ke resort...sampai je kat resort, mesti nak rehat atau tidur dalam bilik..lepas tu barulah mulakan aktiviti sampai ke malam.. tapi disebabkan trip Linda kali ni "pergi pagi balik petang", Linda tak sempat berehat..dan Linda pastikan setiap saat cukup berharga...
Walaupun cuaca panas, Linda tak peduli... Tengok gambar bawah ni.. berpeluh-peluh! Basah lencun satu badan! Haaa... bawah ni adalah anak-anak penyu yang dipelihara supaya kepupusan penyu tidak berlaku...


...tempat telur penyu diramkan...


Linda berharap penyu2 ini tidak pupus. Ada juga khabar yg Linda dengar bahawa segelintir nelayan yang tidak bertanggung jawab yang membunuh penyu yang tersangkut di jala mereka.. hmm... Kesian penyu... Penyu adalah salah satu khazanah negara kita...

OK.. Kita tinggalkan kisah penyu (org Ganu sebut piun)..

Sekarang ni, kita ke alam ikan plak.. Jom ikut Linda snorkeling !! Gedebushhhhh!!!

Di bawah ni adalah sekumpulan ikan2 yang berwarna warni yang berkerumun di tangan Linda untuk makan roti.. Ada gak ikan yang salah 'budget'...jari Linda pulak digigit ! Sakit laaa weii..


Kata Halim, walaupun dia orang Terengganu, ini kali pertama dia ke pulau Redang... hehe.. Kira Linda lah yang pecahkan rekod Halim ni ye..?
Bawah: Aksi dua penyampai Suria fm di laut biru..
...peace yoooo! Linda dengan kakak Linda...
...Asyik gambar berdua je.. bergambar sendiri laaa.. :-) Sorry eh.. kat dalam air takleh senyum.. Jangan pulak cakap kita sombong sebab tak senyum.. :-p
Yang paling tak dapat Linda lupakan ialah bila Linda dapat berenang betul2 di atas penyu..
OK... Dah penat snorkeling... Jom Lim! Bergambar!


Inilah dia group kami yang ke Pulau Redang...



Fuhhh!!! Pulau Redang memang best... Linda tengah cari hujung minggu sesuai untuk adakan satu lagi 'trip' ke Redang.. 2-3 hari pun cukup... :-) Tak puas rasanya Linda menerokai Redang.

Terima kasih kepada Halim Semang, Haji Romzi, Cikgu Nasir dan abang2 yang lain yang sudi melayan Linda round seluruh pulau dan pergi snorkeling... Lain kali Linda ke Redang, kita tengok penyu bertelur plak eh...

Goodbye Terengganu !

Seminar di KT

Tujuan Linda ke Kuala Terengganu ialah untuk menghadiri seminar bersama Halim Othman yang diadakan untuk adik-adik lepasan SPM.. berkisah tentang hala tuju mereka ke alam kerjaya selepas ini dan juga mencapai impian dalam hidup.


Sekadar berkongsi pengalaman hidup bersama adik2 ini... tentang bagaimana Linda bekerja keras untuk 'hidup' selepas tamat sekolah sehingga sekarang. Linda dan Halim mahu mereka juga mencapai cita2 mereka untuk berjaya dalam hidup.


Sekitar seminar...


....antara pelajar dan bekas pelajar yang hadir...
Biarpun hanya sehari bersama.. biarlah mereka mengingati momen2 indah ini seabad lamanya..
Bawah: Bersama Haji Ramzi iaitu Ketua Pengarah Eksekutif Inforana Holding Sdn. Bhd. (selaku penganjur seminar) dan isteri
Selepas Linda dan Halim , Profesor Izi yang juga merupakan anak Terengganu memulakan programnya... Renung2kan dan selamat beramal...! - ayat famous Prof Izi..


Dari apa yang Linda perhatikan,ternyata adik2 dari Terengganu ni 'sporting' dan punya cita2 besar dalam hidup. Semoga berjaya! InshaAllah lain kali kita jumpa lagi...
Selepas seminar, Linda luangkan masa ke Pasar Payang untuk 'shopping' !


Halim kata, dulu waktu dia kecik2, dia pernah sesat kehilangan ibu ayahnya di Pasar Payang ni.. Dah dewasa ni pun, dia sesat gak... Sepanjang masa Linda dok cari dia kat dalam Pasar Payang ni.. Asyik terpisah dari group kita je...


Linda beli macam2 kat Pasar Payang ni... Keropok,dodol,beg bakul,baju utk ibu & ayah,mainan utk anak2 sedara..

Pelbagai sejarah dan latar belakang Terengganu yang Linda ketahui sepanjang dua hari di Pulau Redang dan Kuala Terengganu... Linda mesti ke sini lagi..InshaAllah. Best!

Keropok Lekor!

Walaupun cuma dua hari yang dapat Linda luangkan masa di Kuala Terengganu tapi Linda rasa cukup puas hati dengan trip 'mengejut' Linda ni...

Kalau pergi ke Terengganu, mesti cari keropok lekor!

Linda dibawa ke kedai jual keropok lekor sebelum sampai di airport utk terbang ke KL. Linda agak terkejut bila tengok ramai orang beratur dalam kedai ni...semua tunggu nak beli keropok lekor! Katanya,diorang ni sanggup berdiri berjam-jam untuk dapatkan keropok lekor... Fuhh!

Mana taknya.... Tengok je lah periuk2 utk merebus keropok lekor ni.. besar betul!



Bukan apa.. Biasanya,kalau di KL, Linda tengok orang jual keropok lekor kecil-kecilan je.. tak sangka kat Terengganu ni orang sampai beratur....Ini tandanya keropok lekor kat sini sedap!

Bawah: Cuba tengok pelanggan yang beratur...



Di bahagian dalam kedai.. Linda dan Halim di tempat memproses keropok lekor..







Bawah ni,kami bersama dengan 'tauke' kedai ni.. Abang Nazir... Tahniah bang! Usahawan yang berjaya!



Haaa...ni lah keadaan sekitar tempat memproses keropok lekor...



Seronok Linda tengok orang melayu yang berjaya berniaga macam ni.. Ye lah..biasanya kalau tengok sesuatu perniagaan yg berjaya,mesti bangsa lain.... Hidup melayu!
Bawah: Di luar kedai. Nama kedai ialah Keropok Lekor BTB.


Bila bawak balik keropok lekor ni ke KL...digoreng...perghhh....memang lembut dan sedap... tak seperti kebanyakan keropok lekor yg dijual yg kebanyakannya lebih rasa tepung dari ikan.. tapi sayang,Linda cuma boleh beli RM20 je.. katanya seorang hanya dibenarkan utk beli RM20.. Heran jugak..tapi mungkin catu diadakan untuk bertindak adil kepada pembeli2 yang lain..

Sekian kisah keropok lekor.. !