Tuesday, December 29, 2009

ATV , ATV , ATV ... I like !!

Hujung minggu lepas , Linda telah mencuba sesuatu yg baru dalam hidup iaitu meredah hutan menaiki ATV . Wow ! I tell u ! Kenapalah Linda tak 'jumpa' sukan ni awal-awal dulu.. ATV ni betul2 dapat release tension Linda..

Linda habiskan masa hujung minggu 'entertain' family dan anak-anak buah yg datang dari JB. Maklumlah...cuti sekolah.. So,selain paintball,kita telah berjaya menerokai satu lagi aktiviti baru iaitu ATV.

Jom ! Linda bawak u all mengembara dengan ATV .


Destinasi? Berkelah di air terjun !! Here we gooooo !!

Petang tu , baru lepas hujan... so,keadaan tanah berlopak-lopak dan licin ye tuan-tuan dan puan-puan...
Linda ! Tengok depannnnn !
Bila dah licin, sikit-sikit ATV tergelincir... hehe... tu yg best tu...


Bawak ATV ni mencabar...kena pandai control...


...sebab kalau tak pandai control , kita jatuh gaung !!

Cehhhh....sempat posing ni.. hehe...
..k....dah sampai air terjun Kubang Gajah . Perjalanan lebih kurang 30 minit... kita konvoi 15 orang.
Huh...setelah bersusah payah meredah semak samun hutan belantara...akhirnya ini yang kita temui... Diorang gelar air terjun Sofea Jane..katanya Sofea Jane pernah shooting kat sini dulu.. Nama sebenar ialah Air terjun Kubang Gajah...

Ohh...seperti yang selalu kita kata...nak dapat sesuatu yang nikmat, perlu lalui kepayahan dulu...barulah terasa nikmatnya... So,sebelum jumpa air terjun, kita kena jalan kaki turun semak samun ni sikit... ouchhh kakiku !
Jap eh..Linda panjat jap...dah lama tak buat kerja panjat-panjat batu ni... Cit! close your eyes!

Famili ku..Seronok tak terkata !!!
Tak sangka , hanya beberapa minit dari rumah Linda, Linda temui sesuatu yang lain daripada yang lain...terasa seperti jauh dari kota KL...macam suasana di kampung. Padahal masih lagi dalam KL... enjoy....memang enjoy... Segar rasa badan!
ok... dah kecut kesejukan dah semua... Jom balik ke pangkal jalan !!
OK..kalau u all pun suka aktiviti ni , ni haaa...contact number...Linda sempat snap gambar kat trak diorang...
My cute little ATV sedang mandi...

...huhhh...nyaman betul rasanya....

Merah tetap pilihanku...

Sebelum Linda ke ATV , pagi Ahad tu , Linda ke Bukit Jalil utk acara paintball.. seperti biasa...
Bawah: Tiga benda ni perlu ye sebelum masuk padang... Mask , vest dan senapang gajahku..
3 , 2 , 1 ... WAR !!
Juara-juara melangkah keluar... kekeke..
Memang jadual Linda pada hujung minggu lepas sangat 'packed'... semua ni semata-mata utk famili...supaya bertambah mesra dan erat ikatan kekeluargaan...
Lemme' show u my new baby...
Mifdhal..

baru 2 bulan lebih umurnya... tapi penat nak layan dia.. asyik kena layan dia bercakap je.. hehe..
lepas tu dia ketawa terkekek kekek... So comel !
....dan di bawah ni... mogok umum ye... I want to go back Mummy ! Hot !!


OK, let's go home... Ciao for now !

Tuesday, December 22, 2009

PARAMESWARA

Sorrylah..lama tak update blog. Busy sangat. Kepada peminat-peminat yang hantar sms/email dok tanya kenapa Linda tak update blog, terima kasih atas keprihatinan anda.. hehe.. Kalau lama tak update,maknanya busy... Kalau busy,maknanya - BAGUS !

Linda busy buat kerja-kerja 'dalaman'. Apa tu? Adalah..beberapa projek baru Linda untuk tahun 2010. InshaAllah kalau semuanya menjadi,tahun depan adalah tahun yang paling sibuk bagi Linda. Rasanya dah lama Linda 'leka' dalam hidup. Leka dan lalai dalam pelbagai aspek kehidupan. Kali ni,Linda nak lebih fokus. Nyahkan semua perkara negatif. Nyahkan perkara yg 'mengganggu' hidup Linda. Maju ke depan. Kita pun baru je sambut maal hijrah 1431. Harap tahun baru ni , Linda dapat memulakan sesuatu yang baru...hijrah dari kebiasaan hidup Linda selama ni. InshaAllah...
Kebanyakan masa Linda dihabiskan dalam studio. Rekod itu..rekod ini dan seperti biasa..On air..
This is me.. :-)


OK. Tak banyak yang dapat Linda kongsi kali ni. Baru-baru ni , Linda dijemput ke majlis anugerah majalah KOSMOPOLITAN. Linda tak sempat amik banyak gambar. Ini saja gambar yang ada. Linda dan Diana Danielle. Gambar ni dari BlackBerry Awal Ashaari (kami duduk semeja). Thank u Awal !



Thanks KOSMOPOLITAN..
Oh ya... minggu lepas Linda ke Melaka. Sempat singgah di restoran Ikan Bakar Parameswara kat Umbai. Punyalah ramai pelanggan kat restoran ni...fuyooohhhh ! Sampai takde tempat duduk! Linda dah expect dah.... "ni mesti makanan dia sedap.."

Linda makan apa ? Tengok bawah ni...



Nasi lemak bungkus, ikan bakar kosong..pekena dengan sambal asam (yum! yum!) dan kicap perah limau...wuuhhhhoooo.... terangkat wehhhh !!

Seperti yang kujangkakan.. makanannya memang sedap. Tip top. Servis pun best ! Stafnya peramah dan cepat ..
Tengok bawah ni.. Nak pilih ikan pun kena beratur tau... Ikan,udang,sotong semua fresh!


Sempat juga Linda bergambar dengan 'tauke' PARAMESWARA ni.. cool je brother ni... Abang Jebat namanya..



OK.. Sekian saja.. Belum cuba belum tau... sudah cuba, mau datang lagi !! OK Bro Jebat ! Nanti Linda datang makan lagi kat PARAMESWARA bila Linda ke Melaka k.. Adios !

Monday, December 7, 2009

Mustika Ratu

Pssst... Nak tau tak ? Sejak umur berapa Linda mula makan jamu ? Ermmm... Sebenarnya sejak di zaman remaja lagi Linda dah amalkan makan jamu... Kira-kira umur Linda waktu tu ialah 16 tahun. Antara jamu yang Linda makan ialah galian remaja dan bila dah meningkat dewasa,Linda makan galian singset dan lain2 jamu untuk kecantikan kulit,tubuh badan dan kesihatan. Maklumlah,wanita memerlukan penjagaan rapi... kita ada 'monthly' thing (u know). So,hormon dan aliran darah dalam badan perlu dibaiki setiap bulan.

Baru-baru ni,bila Linda diajak untuk menjadi hos utk majlis perasmian Taman Sari Royal Heritage Spa oleh Mustika Ratu di Taman Shamelin Perkasa, Linda rasa seronok sangat! Bertambah seronok bila Linda dapat tau pengasas Mustika Ratu , Ibu Mooryati juga akan datang.

Sebelum acara bermula...

Sesi berbincang.. :-)



Seperti biasa... mekap artisku yg diterbangkan dari jauhhhhh... JB! ...Nazri..


Dah siap.. Ulangkaji skrip sebelum keluar bilik..


Acara pun bermula... Dimulakan dgn tarian tradisional jawa sebagai tanda menyambut tetamu..


Shhhh... Linda start keje dah...


Acara turut diserikan oleh Puteri Indonesia 2009. Korie namanya. Baru berusia 18 tahun. Uhhhh....so Ratu !!


Acara dirasmikan oleh YB Senator Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil . Selepas acara , Linda berkesempatan bergambar dgn Dato Sri. Linda berterima kasih kepada Dato' Sri kerana sudi bergambar dan yang paling utama , terima kasih atas dorongan agar kaum wanita berjaya dalam hidup dan dalam bidang keusahawanan.


Bersama pengasas Mustika Ratu. Ibu Mooryati.


Puteri Nasi Ayam bersama Puteri Indonesia.. kekeke...


Nak tau tak apa dan siapa yang mengganggu konsentrasi Linda waktu Linda sedang mengacara di atas pentas? Wanita di bawah ini...


Hehe... Siapa tak kenal...Datin Normala Samsudin. Huh! Berdegup sekejap jantung Linda bila mata Linda terpandang idola Linda di bawah pentas sedang menyaksi (or should I say 'meneliti' ?) percakapan Linda. Nasib baik Datin tunjuk tanda OK pada Linda..barulah rasa lega.

Utk pengetahuan u all, dulu, Linda tengok Buletin Utama TV3 semata-mata nak tengok Normala Samsudin...hehe..bukan nak tengok berita! Waktu tu Linda nak tengok baju apa dia pakai,rambut dia fesyen macamana...mekap dia..dan cara persembahan dia. Linda kagum dengan gaya penyampaian Normala Samsudin. Very clear and smooth. Plus cantik! Idolaku? Yes..

Datin,thanks sbb sudi bergambar dgn Linda.. Kata-kata pujian dari mulut Normala Samsudin buat Linda akan Linda jadikan pendorong untuk menjadi hos sehebat dia..
Seterusnya , Linda ucapkan ribuan terima kasih kepada penaja pakaian Linda pada petang tu.. iaitu AZ SALON dari Johor Bahru.. Terima kasih atas rekaan pakaian yang cantik ni.



OK... Akhir sekali... acara Mustika Ratu ni diakhiri dgn persembahan Tarian Topen Kronong.. To tell u the truth , I don't quite like this! Linda memang tak suka topeng-topeng yang menakutkan. Kalau ada orang pakai topeng macam ni, Linda lari jauh2.. So,no topeng near me , ok !!



Pastinya Spa MUSTIKA RATU ini akan menjadi salah satu tempat lepak Linda.. untuk lulur badan , urut, rawatan muka , mandi susu dan sebagainya. Spa yang terletak di Taman Shamelin Perkasa ni besar dan sangat selesa..

Sekian saja bapak-bapak ibu-ibu... Hehe.. macam lagu Cari Jodoh Wali Band plaks... Notty seh lagu tu... :-p
Selepas acara tu, pada malamnya , Linda ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater Natrah..
dengan ibu , ayah & kakak.. Bila bercakap pasal Natrah , rupa-rupanya ibu Linda pernah kenal Natrah dan maknya Mak Minah sekejap waktu di Singapura dulu. Ibu Linda pernah bermain-main dengan Natrah dulu.. Seronok dengar kisah zaman kanak-kanak ibu Linda... :-)
Kisah Natrah yang menyayat hati... akhirnya menimbulkan rusuhan.. antara mempertahankan agama , cinta dan kasih seorang ibu...
Thanks Kak Erma Fatima ! :-)

Tuesday, December 1, 2009

The Best B'day!

Hi! Linda ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh lahir Linda.. Terima kasih atas ucapan melalui sms di Sinar fm,Facebook etc. Terima kasih juga atas kiriman jambangan bunga dan hadiah.. Yang paling utama ialah ucapan terima kasih Linda atas doa kalian sempena hari lahir Linda.. Moga segala doa yg baik2 dimakbulkan oleh Allah .. Ameen. :-)

26 Nov 2009 merupakan antara hari lahir yang tak dapat Linda lupakan.. Sejak 25hb,sebelum detik 12 malam,Linda dihujani ucapan oleh sahabat handai,keluarga dan peminat2... :-)

...dan yang paling 'terkezut'! ialah panggilan kejutan pada pagi 26 Nov daripada kru SINAR PAGI iaitu Kak Engku , Abang Saleh Yacob dan Khairil...Kalau u all terlepas dengar , klik bawah ni utk audio rakaman Sinar Pagi yang menelefon Linda yang sedang lena dibuai mimpi ...













Thank u Kak Engku , Krill dan Abang Jemmmm.. ahauww... tin tin pon pon.. Abang Jem datanggggggg! Lariiiiii....

Pada malam 25 Nov , Linda dijemput oleh Murai.com utk ke tayangan perdana sambungan filem Twilight... New Moon.. Mula-mula , Linda jatuh cinta pada drakula ni... tapi lepas tengok movie ni... Linda....

....jatuh cinta pada serigala jadian pulak.. Badan serigala tu cukup vitamin!! Go and watch! Sorry Mr Drakula..cintaku beralih arah...hehe..

Lepas tu,kakak Linda buat surprise birthday party utk Linda...di tempat Linda lepaskan suara sumbangku.. mana lagi.. karaoke laaa.. my favourite!



Paling tak tahan ialah bila kawan-kawan beli kek yang bertulis LO... siap ada gambar! Woooo





..and they know what I like... OYSTER !!!

Pastu ... nyanyilah... lepas Linda...Linda lagi...pastu Linda..and then Linda lagi.. kekeke..


Bersama dgn kakak kesayanganku... :-)

Thank u kak ... kerana menjadi orang yg paling sibuk menyempurnakan sambutan hari lahirku... :-)

Bawah ni orang2 yang 'sibuk' jugak.. hehe.. Orang sibuk nyanyi,kita sibuk posing ye.. :-) Thank u babes...



Diorang suruh Linda potong kek.. tapi Linda taknak potong sebab Linda sayang and suka sangat kek tu.. lagi pun , ibu ayah takde waktu Linda nak potong kek... rasanya lebih lengkap kalau Linda potong kek disisi ibu ayah..

So, birthday party Linda berlarutan hinggalah ke rumah..



..ada extra kek lagi... kek coklat! I like!!


..antara jambangan bunga kiriman teman dan peminat2...serta hadiah yg Linda terima... Yeayy!



...dari yang tersayang cik abang?...takde...sorry eh... I single and available !!

Persembahan malam tu tak diserikan oleh mana2 artis undangan... tetapi diserikan dgn gelagat pembantu kakak Linda.. namanya Bik Yem.. dialah artis residen kita.. hehe..

Bik Yem ni pelatah orangnya.. Pantang kita sakat.. mesti dia joget.. hehe.. Tengok bawah ni , Linda tengah kacau Bik Yem..



OK...OK.. penat... Linda yang penat... dia ok lagi...



Haaa...jangan main-main.. Bik Yem joget lagu Pussycat Dolls sexyyyy tau! Hehe..

Sorry Bik Yem..gurau-gurau aja.. bikin hati gue happy di hari jadi.. Tapi sayang , bik yem kena pulang ke Indonesia Disember ni sebab suaminya sakit. Will miss u Bik Yem !!
Birthday girl...



OK, sekian sahaja cerita di hari lahirku... party yang sederhana... yang penting keikhlasan doanya.. Alhamdulillah masih bernafas sehingga 32 tahun... Alhamdulillah syukur dengan kurniaan rezeki dari Allah... Alhamdulillah hidup Linda dikelilingi oleh insan2 baik hati dan keluarga yg sentiasa menjadi penguat semangat... Moga berterusan kebahagiaan ini dan diberkati hidup ini serta dipertemukan diriku dgn orang yg baik2... Ameen Ya Rabbal Alamin...