Sebelum Linda terangkan mengenai gambar2 di bawah, Linda nak bercerita dulu tentang sejarah Linda dan pengambilan kolagen...
Sejak beberapa tahun lepas, Linda memang tak pernah 'miss' makan pil kolagen dari satu jenama popular. Pada satu hari, waktu Linda sedang membeli pil kolagen tu, seorang kawan menegur Linda. Katanya, tunggu minuman kolagen terbaru tak lama lagi di pasaran, ada 5000mg kandungan kolagen. Beberapa bulan selepas tu, Linda diberi beberapa sampel minuman kolagen ni. Kali ni supplement kolagen Linda bukan lagi berbentuk pil tetapi minuman. So, Linda pun try minum kolagen ni. Sejak dari awal tahun 2010, hingga sekarang, Linda masih mengamalkan minuman kolagen ni. Disebabkan nak nampak kesan, Linda begitu berdisplin meminum kolagen ni.
Sekarang, Linda adalah jurucakap NH Colla Plus. Seperti biasa, sejak dulu lagi, sebelum Linda menjadi jurucakap mana-mana produk, Linda perlu cuba dulu, kalau berkesan dan bagus untuk Linda, barulah Linda terima tawaran menjadi duta. Linda tidak sebarangan menerima tawaran tanpa mengkaji.
Ternyata, NH Colla Plus memberi kesan yang baik utk Linda. Kulit jadi semakin cerah, anjal, tegang, tak berkedut, lembut dan kulit sentiasa rasa lembap. Mungkin u all pun patut cuba jugak! Almaklumlah, semakin usia kita meningkat, kolagen dalam badan semakin terhapus dan dari situlah penuaan wajah semakin ketara...sebab tu lah kolagen sangat penting untuk Linda.
Baru-baru ni, Linda menjalani penggambaran utk produk ni.

NH Colla Plus boleh didapati di Guardian Pharmacy dan pasaraya2 lain. Baca arahan pengambilan dengan betul. Amalkan dan jangan 'skip'. Cuba dulu k! Chalo !
:-)