Monday, January 31, 2011

Hujung mingguku...

Linda tengah tolong siapkan Jelly Ice Cream customer..

Ingatkan, hari Ahad ni dapatlah ride kemana-mana, eh sekali dari pagi sampai malam hujan daaa...so, cancel ride!! Simpan je motor tu kat umah...hehe...

Jadi, seharian, Linda jadi pekerja di restoran Linda- My Asam Pedas Shop "Citarasa Linda Onn" (MAPS)...Alhamdulillah! Tak menang tangan melayan pelanggan yg masuk tanpa henti...syukur ya Allah!

Terima kasih kepada semua pelanggan! Kalau uols hantu asam pedas....ni asam pedas selatan k..singgah2lah makan di restoran MAPS ok...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Welcome Shiera to SuriaFM!

Selamat datang Sharifah Shahira ke Suria FM!

Jumaat lepas, satu sidang media diadakan bagi mengumumkan kehadiran Sharifah Shahira atau nama radionya Shiera ke SuriaFM yg akan berganding bersama Halim Othman dan Zizi setiap Isnin-Jumaat (5am-10am)...

Semoga Shiera dapat mewarnakan lagi Breakfast@Suria dan selamat datang ke famili SuriaFM!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Photoshoot Shiseido

Pada hari Jumaat lepas, Linda jalani photoshoot untuk product penjagaan kulit dan make up SHISEIDO...

Lama jugak shoot ni... Berjam-jam... Semuanya berjalan lancar,Alhamdulillah...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 21, 2011

Duet HO & Anita Sarawak...

Enjoy!

Ini adalah lagu duet (pendek je) Anita Sarawak dan Halim Othman untuk promo Carta Suria 20...





Jangan lupa dengar Carta Suria 20 Sabtu ni 10am-12pm dan ulangan Ahad 6pm-8pm bersama HO, LO dan Kak Nita ok!! Chalo !
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 19, 2011

HO, LO & ZZ..

HO & LO in action! Huhu!

Rasanya aktiviti bersukan setiap minggu adalah antara semangat tahun baru Linda! Yeayyyy!

Setiap minggu, Linda bersama penyampai2 SuriaFM, Halim Othman dan Zizie (kekadang Naim pun ada) pergi main badminton utk menyihatkan badan... :-) alhamdulillah setakat ni tak pernah missss... Rasa syok bila peluh keluar. Rasa sihat gitew.. Bila sihat, otak pun cergas, show kami di SuriaFM pun jadi lebih mantap!!

Nanti senang2, Linda lawan badminton dgn pembaca blog Linda plak eh... C ya!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 14, 2011

LO di Media Hiburan Masquerade Party !

Salam..

Terima kasih kepada majalah Media Hiburan atas jemputan ke Masquerade Party MH sebagai menyambut kedatangan tahun baru 2011. Majlis meriah dan 'fun' dihadiri oleh ramai artis yang berpakaian mengikut tema. Ianya diadakan di Menara KL. Huh..sebut pasal Menara KL, Linda masih rasa fobia sikit. Dah beberapa kali Linda tersangkut dalam lif kat Menara KL ni. Kali terakhir Linda tersangkut adalah beberapa tahun lepas. Ingatkan kali ni tak kena, tapi kena jugak... Selepas tamat parti MH, lif yang Linda naiki tersangkut dua kali. Kali pertama tersangkut, ingatkan dah ok, keluar lif kejap, tarik nafas, masuk lif semula....tersangkut lagi !!!! Aduhhhh... Terus Linda keluar daripada lif tu dan naik lif yang satu lagi...nasib baik tak tersangkut lagi.

Sebenarnya Linda ni ada masalah 'claustrophobia' yang mana Linda tak boleh berada dalam tempat yang kecil dan tertutup serta kekurangan udara. Ia bertambah buruk jika tempat itu gelap. Fobia Linda jika berada di lif yang tersangkut, bilik yang terkunci, kereta yang terkunci, terowong, subway trains, gua, kapal terbang dan di tempat yang terlalu ramai orang. Kalau Linda berada di tempat2 yang Linda sebutkan tu, Linda mudah diserang 'panic attack'.

So, sekarang u all dah tau kelemahan Linda huh? :-p

Linda juga nak minta maaf kepada Rabecca Nur Al Islam..kerana sepatutnya Linda mengacara di kedua-dua majlis perkahwinannya. Tapi disebabkan Rabecca adakan majlis malam kedua di Menara KL, dan kebetulan, Linda baru terkena insiden tersangkut lif disitu, Linda terpaksa membatalkan tugas Linda di malam kedua persandingannya. InshaAllah dah lamaaaaaaa nanti, baru Linda berani semula untuk naik Menara KL. Not for the time being! Sorry again Rabecca... :-( anyway, Linda akan tetap hos di malam pertama ok. Selamat Pengantin baru !!

Ok.. Panjang lebar pulak entri Linda kali ni... Gambar yang Linda selitkan ni adalah gambar ketika di Masquerade Party MH ... Chalo !!

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 !!!

Alhamdulillah, dapat kita berjumpa lagi di tahun baru ni.
Kebiasaannya, di tahun baru, ramai yang menanam azam. Ada juga yang tak kisah pasal azam. Bagi Linda, azam tu tak semestinya pada tahun baru je. Anytime je boleh...tapi kalau ditanya apa perancangan Linda untuk tahun 2011, hmm...hmm...hmm....BERDERET !!!!

Antaranya untuk memajukan lagi perniagaan restoran MY MOM'S CHICKEN RICE yang kini sedang dalam proses menjual konsep perniagaan kepada yang berminat (ala francais).

Meningkatkan perniagaan restoran MY ASAM PEDAS SHOP yang kini sedang melalui proses penambahan menu dan perubahan.

Menjadikan SURIA FM stesen radio dengan jumlah pendengar tertinggi dan stesen radio terbaik negara!

....dan yang terbaru untuk tahun 2011 ialah....

Linda baru saja mendirikan 3 syarikat yang mana syarikat pertama akan menguruskan kerjaya Linda , syarikat kedua menguruskan studio yang bakal didirikan dan yang ketiga ada kaitan dengan rancangan TV.

InshaAllah bila masa yang sesuai nanti, Linda akan umumkan kepada semua tentang semua perancangan ni. Diharap pihak2 tertentu dan kerajaan juga menyokong langkah Linda untuk memajukan dan mewarnai dunia seni hiburan tanahair.

Ada 2 lagi perniagaan yang berkaitan makanan dan dekorasi rumah yang bakal Linda usahakan. InshaAllah...

Sememangnya tahun 2011 ni memberi Linda semangat baru di dekad baru. Semoga segala airmata yang pernah mengalir dipipi ni, semua kesakitan hati ini dan semua kesedihan yang Linda lalui menjadi pendorong kekuatan untuk Linda terus maju dan berjaya. Pedulikan orang yang dengkikan kita. Asalkan kita jangan dengkikan orang. Fokus Linda hanya mahu berjaya dan bahagia. Semoga segala doa dimakbulkan dan segala cita-cita tercapai. Ameen.

Kepada pembaca2 blog Linda, teruskan membaca blog Linda di tahun baru ni ! Semoga azam u all juga tercapai ok !

Pegang prinsip ni - Biar orang kata kita ni kuat berangan... Siapa tahu dari angan-angan itulah yang bakal jadi kenyataan.

All the best, my friends !!!

p/s : I know u guys akan komen pasal 'jodoh'... paling tak pun komen macam ni --> Cik Linda, asyik dok cakap pasal bisnes je, bila nak kawin? Hahaha!! Kan ? So, sebelum u all komen, biar Linda jawab dulu "Terima kasih atas keprihatinan semua. Kalau Linda tahu bila, Linda boleh bagi jawapan tapi 'aku juga manusia biasa sepertimu'. Ingat ni- Jodoh, ajal maut, rezeki...semuanya di tangan ALLAH. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha...selebihnya adalah kuasa ALLAH"... so, don't deny kuasa tuhan ok.. :-) Sentiasa berdoa..

Chalo ! ...and Halloooo 2011 !!