Setelah sebulan kita berpuasa.. Syawal datang menjelma.. Alhamdulillah kita bertemu lagi di Syawal ini.. Harap kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan di tahun hadapan.. Ameen.
Hmmm..Hari raya tahun ni agak 'relax' bagi Linda.. Relax sebab Linda stay beberapa hari di rumah Along di JB. Rasanya kalau kat rumah sendiri di KL , haru biru jugak lah eh.. maklumlah rumah sendiri..ada aje nak mengemas itulah..alih meja tu lah..alih kerusi ni lah..
Cuma bulan puasa je kelam kabut sikit..sebab Linda sibuk nak penuhkan ruang2 kosong di teratak baru Linda. Sebenarnya azam Linda adalah utk beraya di rumah baru tahun ni. Alhamdulillah.. cita-citaku tercapai.. walaupun barang dalam rumah tak begitu lengkap tapi sekurang2nya dah selesa utk beraya..
Jom ! Linda bawak u all round kehidupan Linda sekitar hujung Ramadhan dan awal Syawal...
Bawah : Haaa.. jangan ingat Linda Onn main campak je duit upah orang pasang langsir eh.. kita pasang sendiri tau... Langsir di bilik tamu..
Tapi kat bawah ni memang kena upah orang laaaa...
Hehe.. mana kuat nak angkat frame tu sendiri.. Itu merupakan ayat Kursi di ruang tamu Linda yang dipasang 2 hari sebelum Syawal..
Senyum sikit Wan.. :-)
Wan (kiri) adalah bos di syarikat menjual frame ayat2 suci.. Cantik-cantik semua.. Linda 'berjumpa' dengan Wan melalui Facebook.. Hmm...berguna jugak eh ada FB ni.. Thanks Wan!
Nak raya.. macam2 nak buat.. macam2 jugak nak beli.. tapi kalau nak jamu tetamu dgn minuman , mestilah ada gelas..kan ? hehe.. nama pun rumah baru.. gelas pun takde !!
Bawah: Disebabkan pihak management di rumah baru Linda ni 'bijak' sangat berjanji begitu lama utk meninggikan tembok antara rumah Linda dan hutan belukar di belakang tetapi tidak ditunaikan janjinya, maka Linda terpaksa gunakan duit sendiri utk meninggikan tembok ni. Hmm..biasalah.. janji-janji pemaju rumah..
Linda sangat pentingkan keselamatan . Takut jugak kalau ada orang masuk rumah. Tau-tau esok TV hilang,radio hilang... Tu kalau barang hilang, kalau orang hilang? Camne ? Naya! Sebelum ni, orang boleh melangkah dengan begitu mudah saja utk masuk rumah Linda.. Sekurang2nya kalau tembok dah tinggi, payah sikitlah orang nak melangkah masuk..
Ni keadaan belakang rumah Linda 2 hari sebelum raya..
InshaAllah sebelum Linda buat open house, tembok ni siap.. :-)
Jom raya !
Seperti biasa.. di pagi Syawal, semua adik beradik dan keluarga masing2 berkumpul di rumah.. Waktu ni lah Linda rasa hidup Linda 'lengkap'.. semua orang yg Linda sayang, ada.
Cuma bila tengok gambar famili, baru Linda perasan.. Eh! tak lengkap lagi lah.. Pasangan Linda tak ada! Hmm... Mana you ni.. Ahauwww... hehe..
Bergambar kenangan Aidilfitri bersama adik beradik dan ibu ayah..
Tak lupa utk bersalam dengan ibu.. minta maaf zahir dan batin.. kalau ada perbuatan anakmu ini samada yang disedari atau tidak yang telah mengguris hati dan perasaan ibu.. Mohon direstui perjalanan hidup ini dan mohon hidup ini diiringi doamu , ibu...
Ampun maaf dipinta dari ayahandaku yang tercinta.. Walaupun ayah Linda ni nampak ganas tapi dia seorang yang lembut hati dan pemaaf. Ayah sangat mengambil berat hal Linda terutama bila Linda berduka.. dialah pengubat hati. Kasihmu ayah kubawa di hati...
Adik beradik Linda.. Along , Udali dan Kak Intan... Love u guys!
Then... acara yang ditunggu-tunggu oleh anak buah Linda.. setiap tahun pasti ada penambahan! Anak buah ada 13 orang tahun ni! Seronok bila tengok diorang kira duit raya..
Biasanya , Linda siapkan satu sampul yang ada extra duit. Kalau salah seorang anak sedara Linda memilih sampul duit bertuah , dia akan dapat duit raya double !
Pemenangnya... si comel ni... (gambar tengah) Fifiq !
Hehe.. anak buah Linda yang paling kecik...
Bawah : Raya kedua. Famili Linda suka bergambar.. Sampaikan program Pelangi Kasih yang Linda hoskan keluar kat TV pun diorang nak amik gambar.. hehe.. seronok gaks..
Sah... kitorang adik beradik dapat darah 'photographer' dari ayah... Dulu ayah CID Police photographer kat Singapore.. So,sekarang anak2 semua suka fotografi..
OK... that's it ! Sedikit sebanyak kisah Syawal Linda.. Linda harap u all pun bergembira di hari mulia ini. Ingatlah mereka yang kekurangan..
Oh ya! Satu lagi ! Linda akan adakan open house pada 17 Oktober nanti. Di Sinar fm ada kuiz sms ke rumah terbuka Linda dari 24 Sept - 14 Oct.
Hantar sms ;
Type VIP ...slogan 'sebab nak beraya bersama LO..' dan hantar ke 32660
5 pemenang bersama pasangan akan dijemput ke rumah terbuka Linda.. Kita makan kambing golek k ! :-)
Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari Linda kepada semua!!! Muahhhhhhh !!