Wednesday, February 24, 2010

Camping..

OK.. Ni satu lagi aktiviti yang tak boleh Linda lupakan untuk dikongsi dengan y'all. Mesti orang ingat Linda ni lasak,kan? Tapi percayalah...Linda mula berani sejak kebelakangan ni je.. Dulu penakut! Linda dah cuba ATV dalam hutan,Paintball,Big Bike.. dan yang paling latest... CAMPING !

Sebelum ni,dah banyak kali kawan2 ajak berkhemah dalam hutan. Setiap kali orang ajak Linda camping,Linda jawab, "Gila ke?. Dah baik2 ada semuanya kat rumah sendiri,ada tv,ada air,ada katil, buat apa nak camping kat hutan pulak...?"

Rasanya waktu tu Linda takutkan cabaran. Linda takutkan perkara baru dalam hidup. Linda tak berani mencuba kelainan...

Tapi ini Linda yang baru.. dengan tema 'Hidup Mesti Berani'.. hehe.. Beranilahhhh sangat!

Minggu lepas , kami mengembara ke Bukit Tabur di Kemensah menaiki ATV melalui liku-liku jalan yang tidak rata dan berbahaya... Silap langkah , jatuh gaung!



Inilah kami di atas Bukit Tabur... Tinggi !



Pemandangan dari atas... Dari sini,boleh nampak KLCC ! Very small laaa..



Bersama dengan guide kami... Thank u guys!



Bergambar dengan ATV guide... Linda punya color merah...



Lepas tu,kita teruskan lagi pengembaraan ke empangan ... Cantikkan empangan ni?



Tak payah pergi jauh-jauh... Kat KL pun boleh jumpa pelbagai keindahan alam...
Lek lu... !!


Selepas berehat sekejap di empangan , kita ke tapak perkhemahan untuk persiapan bermalam.



Bergambar dengan kawan-kawan baik Linda di dalam khemah. Cuba tengok kat belakang tu..banyak buluh kan ? Hutan ni dipenuhi buluh ! ....seram... :-)



Alhamdulillah... tidur malam tiada gangguan makhluk halus mahupun makhluk buas.. semuanya ok ! berkat kursimu, ya Allah.. :-)
Bawah ni ... dah nak balik ke pangkal jalan dah... posing dengan curut and tongkat brother..


Dibelakang Linda adalah deretan ATV yang menunggu tuannya untuk ditunggang pulang.

Pengalaman yang lain daripada yang lain dan seronok bagi Linda.. Masa dan jadual kerja yang padat buat Linda tak sempat menjalankan pelbagai aktiviti riadah.. Mujur di Kemensah yang dekat dengan rumah ada sediakan aktiviti begini.. dapatlah rasa 'back to nature' sekejap...setelah rimas dengan udara yg tercemar di kota. Hmmmm...segar!!
Lepas ni , Linda akan adakan aktiviti ATV bersama dengan ahli LOOK pula ye.. See u guys!

14 comments:

  1. nice trip linda , your blog is interesting but .....you not interact with your fans and reader .anyway have a nice day.

    ReplyDelete
  2. waahhhh...bessttttnye kak linda!!!..ehee..=)

    ReplyDelete
  3. best :)
    memang mencabar.
    cayalah kak linda :D

    ReplyDelete
  4. Hi Linda...

    sronok tgk ativiti ATV awk.. boleh tau tak camne nak join aktiviti ATV tu.. looks like intresting laa... bape rm * hour eh??

    ReplyDelete
  5. bestnye masuk hutan..naik atv..selagi ada chance..try je la yer..kita xkan tau skill kita takat mana selagi xtry..go go power puff girl..opss

    ReplyDelete
  6. hai k'linda...wahh mesti bestkan pergi aktviti nie...
    k'linda ceut sangat2...muahhh k'linda...

    ReplyDelete
  7. ye, ye... ye, ye... jika tiada aral melintang, akak pon akan merasa b'mana nak handle atv nih... akak x sabar nak tunggu ketibaan mac 20th '10... :P

    ReplyDelete
  8. perghh..ni yang bengang ni..memang saya and geng from nikko hotel ni tak sabar nak pi 07.03.2010 for ATV ni...kak linda lepas ni boleh tak kita pi sama2??
    kak, boleh tak send e-mail to me..i love u passion lah..dah la kita sama2 orang JOHOR ..huhhuh..apa pun bace lah blog saya inibelognonor..any komen just komen lah..saya pun budak baru belajar nak memblog ni!! ini e-mail saya kasihjasmine86@yahoo.com.my TQ kak,..love u passion!! will becomes like u one day!! heheheheh

    ReplyDelete
  9. yes linda. Mulai dr 2009 hgga skrg akak tgk linda dah mencuba aktiviti baru. teruskan kerna byk manafaatnya. Akak bangga dgn linda.Godluck

    ReplyDelete
  10. noruleiknee : aloha..tp with LOOK kate tak jadi camping...tak best la...tgk camping site adventure abes..nk camping la..jom2..

    ReplyDelete
  11. kak linda..cne nk join group LOOK tu..teringin sesangat,,wanna have fun wit u..:)

    ReplyDelete
  12. Riding ATV bike mmg best giler leh release tension tau!! xcaye leh try klu ada BERANI laa...
    WELL DONE LINDA

    ReplyDelete