Wednesday, February 10, 2010

Singapura Oh Singapura..

Minggu lepas , Linda dujemput oleh Berita Harian untuk menyertai rombongan ke Singapura bersama-sama peminat sempena Anugerah Bintang Popular-BH .

Hmm...Bila diberitahu Linda akan dibawa ke Singapura..Linda tersenyum.. hehe.. bukan apa..Selama ni,Linda hanya ke Singapura bila Hari Raya atau atas undangan saudara mara dan melawat keluarga di sana...tapi kali ni,Linda berpeluang bercuti sambil menikmati keriangan di kota tanah tumpah darahku ini... :-)

Rupa-rupanya... Macam-macam yang Linda terlepas di Singapura ni. Cepat betul pembangunan kota ni. Bersih dan very organized. Linda ingat lagi kat sekolah dulu..."Courtesy, Cleanliness & Polite" sentiasa ditekankan sewaktu Linda bersekolah di New Town Primary School, S'pore. Ternyata anak-anak kecil dulu yang dah membesar sekarang ,mengamalkan ketiga-tiga sikap itu di kota Singa ini.

Trip anjuran BH ni turut disertai oleh Diana Danielle dan Mawi... Banyak tempat yang kami kunjungi antaranya Jurong Bird Park,S'pore Flyers,Sentosa dan banyak lagi...

...dalam flyers... Di! It's not a handphone,Di! Kat telinga kitorang tu bukan handphone tapi alat yang mengeluarkan audio memberi penerangan tentang pemandangan sekeliling...



Pemandangan dari atas... gayat...


Kitorang kat dalam ni laaa...



Then kita ke Jurong Bird Park pulak... Ingat lagi,first time Linda ke sini adalah waktu kecik2 dulu dengan ibu ayah...dan dengan rombongan sekolah... best tempat ni.



Nama pun tempat burung,so Linda ambil peluang pegang burung hantu ni..



...pelicans...



Dibelakang tu....adalah waterfall ciptaan manusia... tinggi waterfall ni..



Bergambar kenangan bersama rombongan ...



Bawah : Di Night Safari... atau zoo malam... Sebelum kita mula tengok haiwan dalam Night Safari , Linda dan Di tak lepas peluang untuk bergambar dengan 'kekasih gelapku..'... hehe..



Kami dibawa ke sebuah restoran steam bot... makannnnn !!!



Oooohhh lupa nak cakap... Mawi begitu baik hati telah membuat Ais Kacang untuk Linda... inilah hasil kerja Mawi...



Thanks Mawi... Sedap gilerrrr ais kacang Mawi !! Boleh bukak kedai laaa...

OK .. yang bawah ni... jangan tanya kenapa dan apa... Linda pun tak tau macamana Linda boleh ada kat kerusi ni...cable chair ni....tapi apa yang boleh Linda cakap...aaaarrghhhh aku teraniaya...!! Takutnyaaaaa.... macamana lah boleh ternaik benda ni...



OK.. nak tau tak ? Waktu Linda kecik2 dulu...hampir setiap hari , ayah ibu Linda bawa ke restoran Zam Zam di Arab Street untuk makan murtabak kat sini... Tak sangka , sampai Linda dah pindah ke Malaysia pun , restoran ni masih lagi beroperasi... Katanya dah 102 tahun restoran ni beroperasi...

Lemme tell u one thing... Murtabak kat sini memang WOWWW! sedap... range harganya ialah 4 dollar , 6 dollar dan 10 dollar....

Kenangan di Zam Zam...



Linda beli beberapa untuk dibawa ke KL... Alhamdulillah tak basi bila sampai KL...



Sedap...



...dah siap packing....



Disebabkan jadual yang terlalu padat , kadang2 ada hajat dan niat Linda yang tak tercapai...Dah lama Linda berhajat nak ke Makam Habib Noh setiap kali Linda ke Singapura..Kali ni, alhamdulillah...berkat niat yang ikhlas sejak dari KL untuk Linda singgah ke Makam Habib Noh, akhirnya tercapai...
Makam Habib Noh ini sebenarnya tidak ada dalam program yang disediakan oleh POTO Travel...tapi secara tiba-tiba tourist guide beritahu di dalam bas yang kita akan singgah sebentar untuk solat di sini... Alhamdulillah...Allah menjawab doa Linda...
Sekarang kawasan sekeliling Makam ni dah berubah... tapi masih banyak burung merpati... :-)



Al- Fateha...


Kalau u all nak tau tentang Makam Habib Noh di Singapura ni , check it out di internet ye..
OK guys... sekian saja.. Terima kasih Berita Harian dan semua peminat yang turut sertai rombongan ke Singapura ni... Seronok tak terkata .. :-)

18 comments:

  1. waaa bestnya tgk gambar kak linda bercuti... harap ABPBH2009 nanti kak linda menang...luv ya

    ReplyDelete
  2. wahh bez nyer dpt bercuti kt singapore...sy x sempat lg nk bercuti kt sn..keje terlalu bnyk...adeiii lau dpt bercuti camni msti bez kn...

    ReplyDelete
  3. wow cik linda.. nada entry yang happy dan gambar-gambar yang amat menarik dah cukup menggambarkan yang cik linda benar-benar menghayati setiap detik di Singapura.

    I'm happy for you too..

    ReplyDelete
  4. seronoknyer kak linda..!
    lama dah xg singapore taw.;D

    ReplyDelete
  5. Best nyee kak linda dapat pergi bercuti ke singapura (: .. Sudah pasti satu pengalaman yang tak dapat dilupakan ..

    ReplyDelete
  6. Wow,sis when did u drop by?2010?

    ReplyDelete
  7. cool... nanti linda b'cuti dgn geng look lak ek... :)

    ReplyDelete
  8. wah..sonoknyer naik cable chair.. thanks for the lovely picture ye.. selalunyer gi singapore ni tuk shopping je .. ahaks..

    ReplyDelete
  9. terliur tgk murtabak zam zam tu....
    mmg my favorite gak kalo g singapore
    ape kata u bukak 1 cwgn sini. jual murtabak singaore. mesti laku punyaaaa

    ReplyDelete
  10. Salam buat Linda

    wow...seronok nyew mek ngk linda bersama rombongan cik kiah iteww..
    apa2 pun mek teringin gakss sekali berombongan dgn linda...bila tu ek?....huhuhu
    orait linda..byessss...

    ReplyDelete
  11. beshnyerr linda g singapura..
    wuwuwuwuw.. :)

    ReplyDelete
  12. fuh nampak best la.. pun tingin nak g sana.. pun last skali masa kecik gak.. pun tak tau lagi bilala berkesempatan nak g.. kak linda tak mekap up pun putih berserila.. pe rahsia ek? =D

    ReplyDelete
  13. wow syoknya klinda,teringin nk jmpa klinda lg..ari2 jmpa klinda ngan kakak kat MAPS Ampang, tp seganla nk tegur..kekekeke..ok kLO t.care..cheriooo

    ReplyDelete
  14. nice, nice... lps nih, linda pi b'cuti dgn kitorg (look members) lak ek... can't wait for the day to come... ;)

    ReplyDelete
  15. syok tgk linda g singapore. Akak dh lama nak g tp tak tercapai lg. Apa pun seromok tgk linda enjoy dgn trip tersebut. Linda berhak untuk bahagia dan gembira cam org lain. Jom sama2 undi linda di ABP nanti. Pastikan linda menang seperti dia menang di hati kita.

    ReplyDelete
  16. kak linda, i mmg minat kak linda.
    ada juga org ckp my face mcm muka kak linda.hehe
    rasa best kena puji muka mcm linda onn.

    ReplyDelete
  17. wah...bestnya kak linda gi singapura... =)
    mesti tenang rasa hati ziarah makam orang2 soleh...

    ReplyDelete