Tuesday, September 21, 2010

LO di malam raya..

Halloooo...

Biasanya, malam raya, Linda dan keluarga akan berkumpul dan sama-sama menikmati takbir sambil menyiapkan juadah untuk menyambut 1 Syawal.... lepas tu, duduk depan tv menonton program menarik yang disediakan.. tapi malam raya Linda kali ni berbeza sikit..sebab Linda kena kerja.. hehe.. orang lain pulak yg duk depan TV tengok Linda kat dalam TV... :-p

Ini bukan kali pertama Linda bekerja pada malam raya.. sebelum ni, Linda pernah keudara secara live untuk rancangan Sampaikan Aidilfitri bersama hos sampingan Norman KRU di TV3. Kali ni, Linda berkhidmat untuk TV2 bagi menjayakan program malam raya iaitu RAYA SAMA SAMA yang keudara jam 11 mlm - 1.30 pagi..

Kalau u all ada menyaksikan program ni, sure u all tau yang Nabil, Apek juga Hanie merupakan hos bersama pada malam itu..

aaaa... nak tau tak? program ni telah berjaya memecah 'ketakutan' Linda selama ni.. iaitu menyanyi live di depan orang ramai.. Linda dan hos lain dikehendaki menyanyi lagu Seloka Hari Raya (yg dipopularkan oleh Hail Amir & Uji Rashid) di awal rancangan. Perghhh!! I tell u!! Berpeluhlah jugak nak menyanyi live...live kat TV plak tu....almaklumlah.. kita ni bukan penyanyi.. hehe.. so, hantam sajalah labuuuu... Linda pun nyanyi... nasib baik lirik tak salah.. utk pengetahuan u all.. Linda ni memang terer bab-bab hafal lirik ni.. terer rosakkan lirik.. hehe..

Kpd u all yg ter'miss' tengok program ni, boleh tengok kemeriahan program ni dari gambar2 di bawah ni ye.. (klik di gambar utk imej yg lebih besar)

Bawah: Sewaktu menyanyi dan mengacara...

Buat julung kalinya juga, TV2 bergabung dengan TV3 secara live yang mana rancangan TV3 waktu tu dihoskan oleh Faizal Ismail dan Ally Iskandar.. Thanks guys!

Bawah: Take 5 !

Bawah: Selepas habis rancangan ... sesi foto ...

Ramai jugalah artis2 yang menjayakan show ni. Antaranya Tomok, Alyah, Adibah Nor, Aizat, Datuk Ahmad Jais dan banyak lagi...

Terima kasih TV2 kerana sudi menjemput Linda menjadi pengacara program ni.. Seronok sangat! Terima kasih juga kepada tenaga kerja TV2 yang profesional dan berdedikasi ! InshaAllah lain kali kita bekerjasama lagi ye..

Terima kasih kepada u all yg menonton ! Selamat Hari Raya !!!

2 comments:

  1. ok, ok.. i tell you.. i like~ kalau kak linda yang host, confirm i tengok sebab teringin nak jadi DJ. ouh~~~ all the best sis!

    ReplyDelete
  2. ingat lagi malam ini , me and hubby tido2kan anak ingat nak g serbu berangan dapat tangkap gambar malam raya ngan kak linda......
    tetapi....
    jalan cheras jammed kronik........!!
    jalan TAR xpyh citer la penuh sesak.......
    huhu.....

    nasib saya.......

    >teringat masa kak linda kerja kat seri kembangan area dulu tu....saya pernah cuba tunggu kak linda kat pintu luar..konon nak tangkap gambar..
    tunggu punya tunggu....
    tak jugak muncul.
    lastnye pukul 9malam..balik lah dengan hampa........

    ReplyDelete