Wednesday, December 15, 2010

Super Busy LO !!

Linda selalu pegang pada prinsip "Busy is Good" ... Tak busy maknanya tak diperlukan. Tak busy maknanya takde kerja...hehe.. Sejak Linda mula bekerja di usia 19 tahun...sampai sekarang, jarang sekali Linda jumpa perkataan "Tak Busy" dalam kamus hidup Linda. Linda memang busy memanjang...but i like it !! Kalau takde kerja, Linda akan cari kerja untuk busykan diri.. Bagi Linda takde istilah 'penat' atau berehat'... Macam dalam filem Allahyarham P Ramlee tu " selagi belum tutup mata..kerja..kerja..kerja.." Huhu!

Minggu lepas, Linda memang super busy ! Dah rasa macam superwoman pun ada gaks ni. Berlari kesana..berlari kesini.. Perghhhh! Sampai takde tenaga dah rasanya. Syukur juga pada Allah atas rezeki yang tak putus diberikan kepada Linda. Alhamdulillah...

Mari! Linda kongsi sama kesibukan Linda dengan u all.. Pertama sekali Linda nak cerita pasal acara pengumuman Linda sebagai duta bagi produk kecantikan SHISEIDO dari Jepun. Pada petang tu, Shiseido umumkan 4 orang jurucakapnya termasuklah Sheila Rusly.

Terima kasih Shiseido atas kepercayaan yang diberikan kepada Linda. Linda juga percaya bahawa Shiseido merupakan jenama dengan produk yang bermutu tinggi dan baik. Selepas diberi rangkaian pencuci muka & pelembap untuk Linda gunakan, Linda makin suka dengan Shiseido. Rasa bersih sangat muka selepas dicuci dengan cleanser nya. Nanti Linda tunjukkan product range tu kpd u all ok.. :-)

Bawah: Antara gambar yang sempat diambil di acara Shiseido.

(KLIK DIGAMBAR UTK IMEJ YG LEBIH BESAR)



Seterusnya, Linda nak bercerita pasal KLIMS iaitu Kuala Lumpur International Motorshow di PWTC. Minggu lepas, melalui SuriaFM, Proton menjemput Linda untuk menjadi hos di booth Proton yang juga merupakan booth terbesar di KLIMS.
Disitu, Linda dikehendaki utk memperkenalkan kepada pengunjung booth mengenai kereta2 Proton dan kereta2 akan datang yang dihasilkan oleh Proton. Antara yang menjadi tarikan ialah Proton 5 pahlawan bersaudara iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi.
Bawah : Linda sewaktu mengacara dan bersama pengunjung bertuah yang memenangi barangan dari Proton. Sebelum mengacara, ada briefing yang dilakukan oleh wakil Proton.


OK, kita tinggalkan KLIMS. Sekarang Linda bawa u all ke dunia MACP pulak.
Linda dan Halim Othman dijemput oleh MACP untuk menyampaikan anugerah di Malam Mesra MACP bagi penggiat2 industri hiburan tanahair. Di malam itulah para karyawan mengetahui lagu siapa yang paling banyak dimainkan dalam masa setahun, lagu apa yang paling popular...lagu apa yang paling manyak untung wooo !!

Bawah: HO & LO di meja makan sebelum menyampaikan anugerah & sewaktu menjalankan tugas. :-)


Bawah: Bertuah sungguh Linda malam tu dapat berjumpa dengan penyanyi2 veteran seperti Uji Rashid & Razis Ismail. Orang kata Razis Ismail ni dulu hensem dan menjadi kegilaan wanita di zaman popularnya. Waaaa...bukan cakap dulu je. Sekarang pun aura hensemnya masih ada lagi & dapat tepukan paling gemuruh waktu Abang Razis nyanyi lagu "Kepulangan".. favourite i tu..
Linda juga sempat berjumpa dengan Sohaimi Meor Hassan, Altimet & Anna Rafali. Diorang nyanyi lagu Kalau Berpacaran. Love this song! Good job, guys !!


OK. Now, cerita pasal ASTANA pulak.
Baru-baru ni, Anita Sarawak dan kru produksi ASTANA datang ke rumah Linda untuk rakaman rancangan ASTANA. Rancangan ni banyak menceritakan tentang rumah, minat Linda pada pengubahsuaian rumah, design, lifestyle Linda dan macam2 lagi..
Bersama Kak Nita dalam 1-2 jam dah cukup buat Linda rasa 'hyper'...rasa 'energy' datang dari entah mana. Melihat kecergasan Kak Nita di usia 50an...begitu energetik membuatkan Linda rasa mahu seaktif dan seligat Kak Nita dalam bekerja. Linda tengok Kak Nita seorang yang sangat professional dan dalam masa yang sama tegas bila bekerja. Sebab tu lah dia adalah ANITA SARAWAK sekarang...
Bawah: Sewaktu rakaman ASTANA
Rancangan ASTANA ditayangkan di Astro RIA pada setiap hari AHAD 7.30pm.
So, dengan aura dan semangat yang datang dari Kak Nita... Lepas ni, Linda akan jadi super duper extra hyper busy lah ! Hahaha... Sekian saja kisah super busy ku...

10 comments:

  1. time muda la kena busy kan kak.
    keep it upp kak.
    mana tau satu hari boleh dapat DATUK
    :)

    ReplyDelete
  2. Hi Linda. Wow, super duper bz u! Anyway, nanti Linda citer pasal product Shiseido please. All the best, beb!

    ReplyDelete
  3. Ok lah LInda. Kalau selalu bz gitu akak nak wish good luck, well done & all the best atas apa jua yg. dilakukan.

    ReplyDelete
  4. Wahai Linda Onn yg cantik manis,jgnlah extra hyper busy sangat coming pada tahun 2011, fikirlah masa utk de "family" pulak HUK HUK HUK!!!!! (sowwyyy klau soalan sentitive ya) Gggrrrrr ... LAYANNNNN :->

    ReplyDelete
  5. salam...linda onn....binti apa ek???kan sedap kalau sebut nama pnuh...apa2 pun slmt hari lahir...moga anda terus maju ke depan dengan di iringi rahmat dan mahabbah allah..amin...sanah hilwah ya jamilah...(selamat hari lahir wahai si cantik manis)-blh nyanyi ikut lagu hpy besdy-maf lmbt wish...saya sukala moto2 tu...saya kalu blh nak bawak gak,tapi lesen pun xde..lesen basikal adala..nak naik moto awak 1 blh??sekali pun blhla,pastu esoknya jmpa kat hospital ek..heheheh...melalut lak..saya sbnrnya nak tnya,nak dgr suria online cm ne ek???sy bljr kat luar ni,sbb masa blk mly hari tu,dan la jap dgr suria,best..saya suka..tnya org lin,tak jawab2 pun,nsb bik sy ni penyabar dlm ms beberapa jam ni,tp skrg dah xpnybr,ahsan(lbh bik) saya tnya kat dj dia trus...jgn lupa gtau nama pnuh awak dgn binti skli ek...

    ReplyDelete
  6. linda onn...asif(maaf),saya lupa 1 lg bnda nk tnya,bila ye tuah nagn k.vee tu on air??ok..slmt bbtugas..kim slm pada sambal tumis petai udang...kim salam rindu,sayang..mmmuuuahhhh...ohhhhh petai...

    ReplyDelete
  7. terharu pulak rasanye bila bacakan kisah hidup kak linda...
    walaupun takde pertalian darah..saya tumpang berbangga dengan kejayaan kak linda sekarang...

    yang paling buat saya rasa terharu yelah walaupun dah berjaya macam nih..kak linda tidak tergolong dalam kelompok yang sombong...

    saya sayang kak linda...

    ReplyDelete
  8. Pak Onn tu la ayah nye.. hehe.. Rozlindah Binti Onn..

    ReplyDelete
  9. shiela rusli tu makin cantik.. :)

    ReplyDelete
  10. wow!! best & secocok sekali HOLO.. bagai pasangan merak kayangan!.. btw, adalah lebih tenang & selesa telinga bila Linda turnoff music box kat blog nie...all the best & semoga dipercematkan jodoh linda dgn insan yg menghargai & menghormati mu!!

    ReplyDelete