Monday, May 24, 2010

Bikers & ATViers Weekend!

Hallooo !! Yep! Yep! Yep! Ahad lepas merupakan hari yang penuh dengan deruman enjin motor buat Linda..

Pagi - Linda & group marshall bikers pergi ke Port Dickson.. Yang seronoknya, Fauziah Latif pun ikut.. My idol ! Hehe.. Kak Gee pun tau Linda minat dia dari zaman sekolah dulu.. Sebelum Linda jadi DJ pun dia memang dah tau yg Linda ni peminat no.1 dia.. Linda pun tak sangka jugak..bila jadi DJ dapat jumpa Kak Gee.. Makin tak sangka bila dapat spend time dengannya... Kak Gee, ur so cool, sis... :-)


Menambahkan 'coolness' Fauziah Latif ni ialah...she can ride...wooo...she can really ride.. Memang Linda respek tengok orang perempuan (yg sering dikaitkan kaum yg lemah) boleh bawak motor berkuasa tinggi.. tabik spring aaa!! "jangan pandangku sebelah mata...",kata Anita Sarawak.


Group bikers kami berhenti di Blue Lagoon dan Eagle Ranch, Port Dickson..


Jom! Kita tengok gambar di Port Dickson sebelum Linda cerita apa yg terjadi di petang hari..






Yep! Walaupun cuaca panas sepanjang perjalanan.. tapi cool bro... cool...

Pada mulanya agak susah jugak utk Linda meyakinkan group 'tayar dua' ni utk bermain ATV dgn Linda... Maklumlah..diorang biasa merempit guna dua tayar je.. ATV ni lain sikit.. merempit dalam hutan dengan tayar empat! Kalau guna tayar tiga, sure diorang bantai gelak.. Tak gitu Kak Gee ?

So... disinilah bermulanya aktiviti ATV kami... entah kali ke berapa agaknya Linda main ATV ni... tapi yang pastinya ia merupakan kali yang pertama bagi sesetengah kawan bikers ku... :-p

Kak Gee memang seorang yg lasak.. So, I guess, ATV ni kira kacang aaa untuk dia..



Yang penting ATV ni bagus untuk menjadikan kita lebih fokus...sebab bila kita ride ATV, hanya kita yang 'control' diri kita dan ATV tu... Kalau kita silap langkah, ke gaung lah jawabnya.. Selain fokus, ia juga salah satu aktiviti lasak yg bagus untuk kecergasan badan...sebab hampir keseluruhan badan bertindak mengawal pergerakan ATV ni.
Peace y'all !



Merentasi tanah lumpur yang bertakung air selepas hujan bukan satu perkara yg mudah.. Kalau silap percaturan, tayar boleh 'stuck' !

Come on Linda!!



...dan...kalau dah lepas dari lumpur, beginilah caranya ye tuan-tuan dan puan-puan...

Bawah: Cara Fauziah Latif menyambut kemenangan.. Yepppaaaaa!! keke..



Yang pastinya, bila sampai ke penghujung jalan, kita akan menemui air terjun di dalam hutan...

Bawah: Jap... sebelum basah, amik gambar dulu eh...


Bawah: Nampak tak seluar Linda dan ATV kitorang? Penangan lumpur!


Bawah: OK..OK.. takyah tarik.. memang dah basah pun... hehe.. Sejuk tuuuuu...



OK! Dah basah kuyup dah semua.. Sebelum balik , one last pose, guys!


Kalau u all pun nak rasa gak betapa enjoy nya main ATV ni, tak jauh pun dari kota KL (utk org KL lah)..Kat Kemensah belakang Zoo Negara je. U all boleh call bossnya bro Mas 0123775005 ...hehe.. free promotion ni.. Mas! 25 percentttt! :-)

Balik dari ATV, kitorang makan2 kat MY ASAM PEDAS SHOP (ehem..Citarasa Linda Onn) di sebelah Tesco Ampang MRR2 Hiway.. Pekena ikan tangkap hidup2..

Bawah: Balik dari PD ride ... Sebelum pi ATV pun kita makan2 kat MAPS gak...


ALL rite ! Terima kasih kpd semua kawan2 bikers utk ride yg cukup seronok ke PD.. Thanks to Kak Gee sebab sudi makan kat restoran Linda... & thanks jugak kepada marshall2 utk kedua-dua motor tayar 2 dan tayar 4.. :-) Lepas ni, kita plan camping plak eh...So,get ready guys!
Pack your things! <-- eh macam pernah dengar je ayat ni kat LA dulu..(yg faham..faham aaa..) haha!!

Chalo babuji !

12 comments:

  1. fuhhh bestnya.... thanks kak linda sebab sudi share tempat dan no telefon yer...

    Entri yang anda patut baca Antivirus yang berguna

    ReplyDelete
  2. nak join ATV jom la join LOOK..macam2 aktiviti ada

    ReplyDelete
  3. wahhh dah lama tak tgk kak fauziah bawa motor besar. dulu pernah dgr juga

    ReplyDelete
  4. Wahhhhhhhh..best gilerrrr...yg lg best sbb ada FL..huhu...awat tak habaq, kalau tak leh g serabng MAPS...huhu...

    ReplyDelete
  5. salam kak linda
    jom ikut saya pergi rafting. lagi best. syok habis////

    ReplyDelete
  6. cool, cool... bila pihak yg meminati & pihak yg diminati b'gabung, the moment pasti manis gila babas... mcm masa kitorg layan atv dgn linda dulu... perrgghh, bes tuh... justeru, kegembiraan linda b'kongsi moment dgn fauziah latiff t'amatlah difahami... t'ingin tuh nak layan atv dgn linda lg... msh ada chance kah? B-)

    ReplyDelete