Friday, December 3, 2010

Kek 3 Malam

Salam! Seumur hidup Linda, Linda tak pernah adakan 'birthday party' untuk menyambut hari lahir Linda sendiri. Kalau ada pun, sebelum ni, ibu ayah Linda yang sambut birthday Linda waktu Linda kecik2 dulu...pastu bila dah besar ni, kebanyakannya Linda terima surprise birthday party daripada family.

Tapi...entah kenapa tahun ni Linda teringin sangat nak buat birthday party dengan kawan2 rapat. Agaknya ni tahun terakhir Linda sambut birthday 'solo' kot? huhu.. :-p

Istimewanya, Linda adakan sambutan selama 2 malam. Malam pertama khas untuk kawan2 SuriaFM. Malam kedua khas untuk kawan2 rapat & kawan2 motor yang baru Linda kenal. Tapi tak sangka pulak, rupa-rupanya sambutan harijadi Linda tahun ni ada 'malam ketiga'. Ingatkan takde surprise birthday party untuk Linda sebab Linda sendiri dah sambut..rupa-rupanya..ahauwww...terkejut i u !! LOOK (Linda Onn's Orange Klub) dengan cip masterji nya iaitu Kak Intan & Yatie telah organize satu surprise party yang memang betul2 bikin Linda terkejut!

Jom! Linda bawak u all ke birthday party di malam pertama bersama dengan geng2 yang memang sempoi..teman2 baru ku di SuriaFM yang sangat2 Linda sayangi..

Bawah: Acara memotong kek & kemudian meng'amin'kan bacaan doa daripada ayah...



Bawah: Lepas potong kek...seperti biasa...krim kek dijadikan moisturizer pipi.. :-) . Gambar sekitar birthday party. Antara orang yang paling seronok malam tu ialah waiter party.. Boy namanya! :-)

Kalau biasa dengar SuriaFM, pasti kenal Myra... Keudara dari 10am-1ptg. Myra adalah orang pertama yang dipaksa secara 'lembut' untuk terjun ke dalam kolam! Hehe.. Gambar sebelah, Linda tengah makan...errr...serius sikit...duk sebelah bos tu.. hehe.. Thank u to my boss, En Azrul kerana sudi sambut sama2 birthday Linda ! Makin sayang kat SuriaFM !! Muahh !!

Myra dalam keadaan kering. Bergambar bersama JJ, Lin dari segmen Suria Cinta & Faqrul (orang alam maya Suria) dan sudah pasti bos ku yang sorang lagi...tinggi lampai orangnya..Hawa!

Kalau Halim tak datang malam tu, memang Linda merajuk.. :-( Mana lengkap HO & LO kalau HO nya takde ? ? Nasib baik datang... siap nyanyi lagi.. thanks bro..

Lepas tu... semua basah!!! Lepas sorang...sorang di'campakkan' kedalam pool.. Gambar anak sedar Linda tengah tolak anak sedara yang sorang lagi...haha..inilah dinamakan sedara!!

Pada awalnya, Linda tak plan nak basah2 ni.. Maklumlah...birthday girl...mestilah kena kering...hehe..tapi siapa sangka..sebelum Myra merasa kesejukan malam, Linda adalah orang yang terlebih dahulu ditolak kedalam pool. Siapa tolak ? Madu i .. Kak Vee !! Ahauuuwwww !
OK. Dah habis dah malam pertama iaitu 25 Nov 2010.

Pada keesokan harinya pula, Linda ambil cuti dari SuriaFM utk buat persiapan birthday party malam kedua. Waktu tengah sibuk bersiap, Linda dengar SuriaFM dan ucapan harijadi untuk Linda datang bertalu-talu daripada pendengar Suria. Terima kasih banyak2... Terima kasih kerana mengingati & terima kasih atas doa kalian. Ameen...

Jom! Pi malam kedua!

Malam kedua, kek pun lain sikit. Bergambar kenangan dengan Jaclyn Victor (sekarang ni pun dah jadi minah motor besau) & Betty Banafe (bila nak jadi minah rempit ni Betty?).. Thanks for coming dear friends... love ya!

Kak Jee (Fauziah Latiff) telah membuat kejutan. Ingat dia tak datang... baru nak merajuk.. hehe.. tak sempat nak merajuk... datang rupanya.. sib baik.. Sayanggggg kak Jee.. :-p

Tiup Linda.. tiup... Ni kira kek kedua ni.. kena tiup dengan stylo... ok.. dah pro.

OK. Tamat sudah cerita birthday party selama dua malam yang Linda plan sendiri, Linda susun sendiri & Linda adakan sendiri untuk diri Linda sendiri...yang memang sendiri... Sendiri ? Uwaaaaaaa!!! uhuk.. Hehe...

Yang bawah ni merupakan cerita yang tak kusangka boleh masuk blog. Surprise Birthday Party daripada ahli-ahli LOOK!

Macam ni ceritanya.. rupa-rupanya diorang ni dah plan nak adakan surprise party ni sejak sebulan lepas.. So, Linda ni diberitahu oleh salah seorang kawan motor untuk 'book' Linda pada 27 Nov untuk satu meeting motor yang tak boleh dielakkan. Penting sangat katanya. So, Linda pun terpedayalah.. Maklumlah..ingatkan takde dah surprise surprise ni semua.. Jadi, Linda pun pergilah berkonvoi motor dgn kawan ke lokasi kejadian.. Masuk2 je bilik 'mesyuarat' tu, habis Linda kena sembur dgn benda alah pancit2 tu...& terdengar suara bom kecik meletup serta orang ramai menyanyikan lagu Happy Birthday ! Perrghhhh... Nasib baik jantung melekat kuat, kalau tak, sure dah gugur.. :-)

Muka terkejut... Waktu ni Linda tergamam kejap sebab tak sangka depan mata bebudak LOOK.

Dibawah inilah ahli-ahli LOOK yang telah memperdayakan diriku.. :-)

Thanks Kak Lon.. Cantik coklat. Ada gambar Linda lak tu.. sayang nak gigit..

Dengan kakak kesayangan Linda (perancang utama). U know i love u kak..



Waaa...colorful & sangat meriah petang tu.. Rasa macam sambutan birthday budak umur 9 tahun.. Where's my Barbie Doll ?? Uwaaaaa!!! Eh... Teddy Bear oso can..

Bawah: Don't try this at home ok, adik-adik. Ducati ni tak lepas dari tangan Fifiq. Comel je.. :-) Nomma (kawan baik Linda) pun datang gaks dgn anak dia Faiqa... Mifdhal pun ada gaks.. Stay away from that cigarette, Mif !!


Thanks LOOK !!

Pengalaman pertama mengadakan & menyiapkan birthday party sendiri memang menyeronokkan. Begini rupanya rasanya...hmm... dan pengalaman menerima surprise party daripada LOOK juga lain drpd tahun2 sebelum ni.. Pastinya birthday tahun 2010 takkan Linda lupakan.

Linda bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur. Bersyukur juga punya famili yang menyayangi Linda, kawan2 yang baik dengan Linda & peminat2 yang ikhlas menyokong Linda tanpa rasa jemu. Kehadiran u all buat Linda rasa tidak kesunyian lagi & rasa sangat disayangi. Terima kasih juga atas doa2 yang baik buat Linda. Semoga dimakbulkan olehNYA. Ameen.

That's it ! See u 26 Nov 2011 ! InshaAllah !

10 comments:

  1. Wow! Meriah...happy birthday kak linda

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday..wish u all the best

    ReplyDelete
  3. Cute pics!

    xoxo,

    colormenana.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wow!!! sangat2 meriah woo!! anyway, happy belated bezday kak linda ;)

    ReplyDelete
  5. tahniah kak linda. happy birthday!!! untung jd org femed amos ni sambut birthday 3 kali.. hehehe.. saya sekali pon kira nasib baik.. hehehe.. semoga rezeki makin murah dan dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh yang baik baik.. all the best kak linda..

    ReplyDelete
  6. Awesome & meriah sungguh birthday Linda.apa maksud celebrate birthday"solo"?????Maknanya tahun depan Linda da "berkeluarga"kahh adoiaaii...Hopefully u will tie the knot soon.....jgn tunggu lama2..:-p

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday, linda. still follow linda tanpa give up dan tak mudah terpedaya dgn spekulasi org about linda. godluck linda.

    ReplyDelete
  8. Thanks Linda..masuk kan gmbr coklat tu.. Terharunya...kalau sayang nak makan..nnt expired....hehe...boleh buat frame, awet kan...

    ReplyDelete
  9. Wow happening birthday party Linda....great. Happy Belated Birthday,doa saya semuga linda dipanjangkan umur dan dumurahkan rezeki serta cepat mendapat jodoh...Amin

    ReplyDelete