Friday, April 2, 2010

Din Beramboi dalam kenangan...

Pada jam 12.30 malam hari Jumaat 2 April 2010, seorang insan seni yang sering membuat kita ketawa telah membuat kita menangis kerana dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya..

Setelah mendengar abang Din dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke unit ICU Hospital Selayang, Linda bersama penyampai Breakfast@Suria Halim Othman, Zizi, Kak V, Suby, Hawa dan beberapa rakan lain dari Suria fm pergi melawat dan hanya sempat bertemu dengan ahli keluarga abang Din yang setia menanti di luar bilik ICU. Kami tak dibenarkan untuk masuk kerana para doktor sedang merawat pesakit2 di ICU. Walaupun tidak dapat bertemu dengan abang Din di saat-saat akhir, sekurang-kurangnya, Linda dapat juga bertemu dengan ibu dan ayahnya, kakaknya..juga ahli keluarga yg lain. Mereka juga peramah seperti abang Din..

Tiada apa yang dapat Linda luahkan selain perasaan sedih atas pemergian Din Beramboi. Ingat lagi, waktu kat tempat kerja lama, kalau bertembung dengan abang Din, kita mesti berhenti berbual sekejap walaupun tengah berkejar untuk urusan lain. Berdiri sambil berbual hal kerjaya masing2.. Ye..abang Din seorang yang bekerja keras utk mencari sesuap rezeki.

Namun yang paling membuat Linda terasa pilu bila teringatkan rakaman Wuhai Beramboi pada November tahun lepas. Kalau u all pembaca setia blog Linda, mesti u all ada terbaca kisah rakaman Linda bersama Din Beramboi.

Kini tinggal kenangan... inilah foto-foto yang sempat Linda rakamkan bersama Allahyarham abang Din...



Bukan hanya sebagai seorang pelawak. Din Beramboi adalah seorang kartunis hebat, pelakon dan satu lagi bakat Din Beramboi iaitu bermain gitar.. Waktu tu, Linda beritahu abang Din 'last minute' tentang pemilihan lagu Zombie untuk kita persembahkan... Walaupun 'last minute', itu bukan satu masalah utk abang Din bermain gitar dengan baik... :-)


Waktu interview ni, banyak bergurau dari ditemubual.. akhirnya, Linda banyak ketawa... Fun!

Comelkan? Anak Din Beramboi.. setia menemani bapanya bekerja..

Bersama producer dan 'side kick' rancangan ini...


Linda kurang pasti jika rancangan ini dah dikeudarakan atau belum di Astro Warna.
Akhir sekali, Linda ucapkan takziah kepada ahli keluarga Din Beramboi. Semoga Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Kami di sini akan merindui gelak tawamu..lawakmu.. Al- Fateha...

28 comments:

  1. takziah juga..moga arwah bersemadi dgn aman..

    ReplyDelete
  2. al fatihah semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..ameen...

    ReplyDelete
  3. thx linda for update n sharing da story... :(( arwah mmg baik...buat kita ketawa...walaupun tak pernah kenal...dpt rasa keramahan dia... al-fatihah.

    ReplyDelete
  4. takziah buat keluarga abg din..huhu..sy mula mengenali din beramboi melalui mejalah ujang..dia mmg seorg yg sgt berbakat dan mempunyai ramai peminat..bayangkan la, tgh ari td dah ade peminat yg tubuhkan fb khas untuk memperingati beliau..selepas baru beberapa jam kita kehilangannya..dan ramai yg memberikan komen, salam takziah dan menjadi ahli..termasuk sy..itu menunjukkan yg beliau mempunyai ramai peminat yg setia..huhu..satu kehilangan yg sgt besar..

    ReplyDelete
  5. al-fatihah...mmg amat terasa pemergian arwah...da x da lagik lawak di pagi hari yg dpt menceriakan pagi semua org...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aminnnnnnnn

    ReplyDelete
  6. yup..last tengok programme raja lawak, komen dia yang paling lawak..apa2 pun, al-fatihah..

    ReplyDelete
  7. al fatihah tuk allahyarham..
    x sangka beliau pergi bgtu cepat..seada tak percaya diri ini atas pemergian beliau..
    semoga rohnya dicucuri rahmat Allah yang Maha Esa..
    amin..

    ReplyDelete
  8. Linda....im a big fan of him...opkos u oso...sgt2 terasa kehilangan...dia byk menceriakan hidup saya setelah kematian ibu saya 3 bulan lalu....sgt2 terasa kehilangan dia...dia slalu buat saya ketawa dlm kete otw to school...pak nil mesti lagi terasa kan?apa2 pown...smoga allahyarham ditempatkan bersama2 org yg beriman...~al-fatihah~

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah utk arwah.. semoga rohnya senantiasa dicucuri rahmat & tergolong dikalangan org beriman.. AMIN....

    ReplyDelete
  10. Allah lebih menyayanginya , moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman...

    ReplyDelete
  11. ye kak linda...kita akan merindui gelak tawa abg din...AlFatihah

    ReplyDelete
  12. yana pun terasa Kehilnagn juga..
    sedih tau..cm tak boleh terima Kenyataan..
    tapi apa boleh Buat AJAL&MAUT dITANgan Tuhan..
    bila2 masa pun Kita BOLEH mati kan

    ReplyDelete
  13. siti yuzaida md yazidApril 3, 2010 at 12:19 PM

    salam takziah utk keluarga Allahyarham....

    ReplyDelete
  14. takziah kepada keluarga din beramboi..pasti ramai yang terasa kehilangan beliau..

    ReplyDelete
  15. mmg terperanjat bile dgr berita ni
    Saya dpt tahu pun pagi Jumaat sblm ke tpt kerja

    Ape pun TAKZIAH pd keluarga ARWAH
    Moga roh DIN BERAMBOI di cucuri rahmat NYA
    AMEEN

    ReplyDelete
  16. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

    Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)

    Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar.Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.

    Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.

    Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

    Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

    Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

    ReplyDelete
  17. SAYA HARAP AGAR ROHNYA DISEMADIKAN DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH..AMIN

    ReplyDelete
  18. takziah tuk keluarge din beramboi..dari khairul

    ReplyDelete
  19. din beramboi...hebat...lagenda lawak...
    kami amat menyayangi din beramboi....

    ReplyDelete
  20. alfatihah wat semua ahli keluarga arwah. Dan moga arwah di tempatkan di golongan yang beriman. Dlm kita semua rasa kehilangannya tp ambillah iktibar bahawa kita semua kan melaluinya hanya masa dan situasi je yg belum kita tau.

    ReplyDelete
  21. kehilangan arwah din beramboi amatlah dirasakan..beliau pergi meninggalkan kita hanya dalam sekelip mata..Allah lebih menyayangi beliau..semoga arwah din beramboi ditempatkan di kalangan org-org yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  22. saya memang terasa yang amat atas pemergiannya..kerana saban pagi celotehnya lah yang membuatkan pagi2 saya bertukar ceria..maklumlah bergelut saban detik utk ke tempat kje n menyipkan anak ke sekolah n sorang lagike pengasuh..memang berpeluh...tapi bila dgr lawaknya di radio..terus...aman n damai di hati...terus menerusla menghadiahkan ALFATIHAH utk beliau..amin!

    ReplyDelete
  23. al fatihah.....semoga rohnya dicucuri rahmat.....dan semoga linda onn kawin dgn fahrin....amin...

    ReplyDelete
  24. salam kak linda,
    al-fatihah untuk abg din..

    kak linda, semalam saya gi MAPS. sayang nye tak dapat jumpa kak linda.. kak linda dah balik awal..huhu..sedap nye asam pedas ayam tu.. saya ada cerita di blog saya, kalau free, jemputlah singgah:-)

    http://suliana-mylittlesunshine.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Hello linda,Allahyarham Din byk menghiburkan I dgn lawak dan sebagainya.I rasa kehilangannya sukar utk cari ganti.terima kasih kerana berkongsi gambar2 yg menarik dgnnya bersama you.Semoga Allah SWT yg lebih menyayanginya mencucuri rahmat keats rohnya.I hadiahkan Alfatihah kpdnya dan bersama kita sedekahkan pada rohnya.Terima Kasih.Muzany

    ReplyDelete
  26. al-fatihah kpd kluarga almarhum din beramboi... sesungguhnya tiada yg kekal di alam yg fana nih... smoga roh almarhum ditmptkan di kalangan mrk yg b'iman & b'amal soleh, insyaAllah, ameeeen...

    ReplyDelete