Pada hari Ahad lepas, Linda dijemput ke majlis persandingan Datuk Paduka Khairuddin dan Datin Paduka Umie Aida...atau lebih mesra dengan panggilan K.U
...tapi sebelum Linda ke majlis kedua-dua mempelai ini, Linda penuhkan dulu aktiviti pagi Linda ke kelas motor di Metro Driving Academy... dan selepas tu, Linda berkejar ke restoran Linda - My Mom's Chicken Rice di Ampang Point utk menyambut tetamu yg datang dari jauh..iaitu bintang terkenal Indonesia, Intan Nuraini.
Kebetulan Linda temubual Intan di radio Suria fm dan Intan cakap yg dia suka nasi ayam.. So, Linda jemput Intan makan nasi ayam sebelum dia berangkat ke Jakarta. Cantik Intan ni..baik dan ceria orangnya.. Kalau u all rajin tengok sinetron Indonesia spt Karena Cinta & Cinta Sinderella, sure u all kenal siapa Intan Nuraini. Dia datang ke KL utk mempromosikan album terbarunya - Seperti Coklat.
Linda dan Intan di MMCR..
Terima kasih ya Intan! Nanti saya ke Jakarta, saya bbm kamu ya!
Selepas Maghrib, Linda bersiap untuk ke persandingan K.U di One World Hotel, Damansara. Entah kenapa,waktu Linda nak keluar rumah, hujan turun selebat2nya, kilat berdentum2, penglihatan pun jadi kurang jelas dan trafik perlahan sebab jalan licin.. Hujan rahmat agaknya.. So, Linda akhirnya sampai ke dewan lewat 5 minit. Acara baru saja bermula dengan bacaan doa.
Bawah ni, Linda tengah mengaminkan doa ustaz utk kesejahteraan Tun Mahathir yg merupakan tetamu khas majlis ini...
(thank u Sam Kassim kasi gambar ni!)
Ameen..Ameen.. Moga Tun dan isteri sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah swt selalu.. Di akhir majlis, Linda tak berkesempatan bersalam dengan Tun sebab ditahan peminat untuk bergambar.. Aduhhh sayangnya.. Tau tak? Tun adalah idola Linda selama ni.. Linda nak sangat berjumpa, berbual dengan Tun..kerana bagi Linda, perspektif dan pandangan Tun adalah lain daripada yg lain.. He's a great leader!
Bawah: Inilah dia.. Bila hati berkata 'ya'...Bila minda menjawab 'inilah orangnya'...Maka,dialah yg dipilih utk duduk bersama di atas pelamin.. Kedua-dua mempelai di atas pelamin yg sangat gah..
Nanti Linda kahwin esok, taklah buat grand macam ni.. Linda buat ala kadar je.. :-) Cehhh! Dah plan nih !! :-p Pasangan pun belum ada! Adey cittt!
Ramai kenalan artis yg hadir malam tu tapi Linda tertarik utk bergambar dgn Ziana Zain.. Rasanya Ziana nampak cantik sangat malam tu... Hmm...artis lain pun cantik jugak.. cuma, 'aura' itu perlu utk kelihatan 'extra' cantik.. dan Ziana Zain ada 'aura' itu. I like!
(thank u Sam Kassim lagi..hehe..kasi gambar ni!)
Ziana juga membuat persembahan di majlis tu...
Akhir sekali, bila tetamu melangkah keluar dari dewan, yang menanti di muka pintu adalah pengantin untuk mengucap terima kasih.
Thanks Mr Red for the picture!
Linda pun sempat jugak ucapkan tahniah kepada Umie.. "Moga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat...Ameen". Yes Umie, I'm so happy for you. Doakan temanmu ini ye.. :-)
OK, ini ada cerita disebalik cerita. Sebelum Linda terima undangan drpd Umie, Linda sebenarnya dah confirmkan satu aktiviti pada hari Ahad tu. Aktiviti tu ialah Linda join lebih kurang 50 bikers berkumpul untuk berkonvoi pergi makan di tepi laut...tapi apa nak buat...jemputan perkahwinan harus didahulukan.. So,Linda ter'miss' lah konvoi dgn teman bikers ku...
Hmmm...sebut2 tentang bikers... Minggu sebelum ni, Linda sempat test ride motor kenalan Linda. Model BMW. Woooo... I tell u.. Motor ni best gilerrr...
Dah jadi confuse dah Linda.. nak minat superbike ke atau easy rider.. pastu mcm2 pulak jenis motor yg ada.. naked bike lah..sportster lah...Pening Mummy!
Cehhh....Padahal, lesen pun belum dapat.. hehe..
Posing jap...
Kalau u all dengar Halim Othman dan Zizi waktu pagi kat Suria fm , mesti u all perasan yg Zizi ada cabar Linda.. Dia kata, Linda takkan lulus amik lesen motor B full minggu depan.. Hishhh Zizi ni... Dah ku kata, aku ini jangan dicabar.. takut kamu (lelaki) menangis nanti...
OK, kita tengok je minggu depan macamana eh.. Nantikan pengumuman oleh abang JPJ kepada Halim dan Zizi nanti .. Kalau lulus, yeayyyyy!! Kalau tak lulus, apa ada hal...repeat test lerrr! hehe.. but this is a new challenge for me.. InshaAllah I can make it happen!
Chalo! :-)
Linda mesti lulus tau..pagi tadi pun Halim & Zizi kata Linda tak leh lulus..sahut cabaran tu..all the best for u
ReplyDeletewow..1st.intan..sempoi.
ReplyDelete2nd nice wedding
3rd semoga berjaya dpt B full..er bab moto tu..test la dlu yg mna best n suka bawa..nk yg tonggek or rilex..
sport touring,sport racing..er..yg penting maintanence kn tau..moto kita,kena faham la perangai moto tu mcmna..lain moto lain perangai :) dh tau perangai,bila dia kena penyakit,boleh la ubatkan..safety beb..ada member,dia leh dgr bunyi tick tick tanda2 rantai moto nk putus ms tgh ride..
ok, linda. ambik cabaran tu dan BUKTIkan mereka tersilap beri cabaran pada org cam linda. Akak ttp bersama linda. Bila dh LULUS, jeritkan kemenangan atas cabaran meke kat SURIA ya. Akak teruja nak dgr jeritan kemenangan tu linda. Godluck, linda.
ReplyDeleteerk. i jadi pembonceng pun cuak, nak bawak motor..lagilah. hampeh. ahahaha. anyway, intan memang cantik. lesung pipit dia..pergh! dalam woo
ReplyDeletesy ada dgr cabaran dari zizi pagi tadi.... jangan risau la, kak linda pasti boleh punya dapat lesen B Full tu.... ramai yg akan mendoakan kak linda lulus....
ReplyDeletemotor kawan kak linda tu best...beli yang itu lah :D
ReplyDeleteselamat pengantin baru buat umi aida & suami...kak linda as usual always CANTIK..=)
ReplyDeleteanda cik linda onn,
ReplyDeletesemoga berjumpe dengan Mr. Right anda ye!!!
sooner or later, he will come!!!
nway, gud luck untuk lesen motor tuh!!!
Linda....apa lagik..pasal motor tu...kalau susah2 pikir tu.. sambar je satu Ducati..hehehe...
ReplyDelete1st of all, congratulations utk datin paduka umie aida & hubby... may their marriage lasts 4 ever... may they also be in love always, hingga ke akhir hayat, that is... insya-Allah, ameeen :)
ReplyDelete2ndly, yup, it's true, jemputan perkahwinan mmg perlu diutamakan... so linda, u hve made a wise decision in honouring the wedding invitation... ttg acara b'konvoi moto beso plak, if i'm not mistaken (w'pon x pernah join), mmg amat kerap dijlnkan... in short, there'll always b the next time for u ;)... pastu kan, geng moto beso nih pon kebanyakkannya t'diri drpd individuals yg sempoi & relax jer... mcm org2 biasa yg lain, as long as any cancellation being made dgn se-appropriate yg mungkin serta penuh ketelusan, insya-Allah they won't make a fuss out of it :)
ke-3, mmg ho & zz (kak v skali kot) sgt suka sakat linda... dr keberanian linda terbang menaiki belon panas, ke ucapan "ye sayang" si tuah & yg t'kini yr ability to actually pass the riding test esok (khamis, 1/4/2010) (based on the date mentioned by them of course)... tp kan linda, not to worry sbb we know u can do it... abg2 jpj esok pon nanti konfem akan b'usaha b'sungguh2 utk pastikan linda pass dgn cemerlang nyer... hehehehehe... apa pon, as u said, klo fail, blh jer amik lg & lg & lg &lg & lg & lg sampai ler b'jaya ye x? bak kata org tua2, usaha tangga kejayaan... hehehehehehe ;)
Seterusnya, chopper ker, superbike ker @ lain2 ker, smua ada keistimewaan msg2... just don't get yrself overwhelmed with the available options ek... ponder dgn tenang, tepuk dada tanya selera... smoga mana 1 yg t'pilih kelak = pilihan yg plg best dgn kemungkinan utk dikesali in the future adalah seminima mungkin :)
lastly, kitorg in general & myself secara khususnya senantiasa m'doakan agar linda dip'temukan dgn jodoh yg bisa m'bawa kebahagiaan kpd linda baik di dunia mahu pun di akhirat kelak, insya-Allah, ameeen... in short, what makes u happy, will definitely make us happpy too... take a gud care of yrself ek :)
(p/s: btw linda, response crafted by niya & chacha is not ready yet... klo dah ada nanti, i'll hv it posted a.s.a.p.)
hehehe..alah kenyit mata je gan abang jpj tu..kalau yang perempuan kak linda cakap lah cantik u make up..( walaupun kureng ) heheh, tp macam kita orang yg bukan artis ni, muka dia orang serius poyo jek..lg2 yang pempuan.ermmm nasib saya lulus kat metro driving masa test gan jpj tahun lepas, coz bayar mahal beb!!..paling cuak lalu titi kecil tu..T-T but actually best dan puas hati lah..apa pun chayok kak linda!!
ReplyDeleteha ha,,
ReplyDeletetd dpt call Linda @Suria FM
Sowie la, tertaye soklan cepu emas masa call tue..
(Free ke kene byr belajar tu?)
Jgn mare ye Linda di sana!! nnt Linda disini belanja cupcakes!!
Anyway Good Luck tuk Driving Test ~ B FULL ~
Chaiyokk2!!
I tingin nak hadiahkan custom blog header untuk blog linda ni...kasi nampak gempak...tp camner nak mail ye...my mail: aspcreativework@gmail.com
ReplyDeletealo kak linda...smgo berjaya dengan lesen B full tuh...ha siapla nnt abg2 jpj bermuka ketak2 dok jage test....seram sejuk wooooo...hopely the best for you from JB +KL
ReplyDeleteTO ASPRAGINA..
ReplyDeletewah ade custom blog header.
cantik2
erm, meh la hadiahkan kt Lind acupcakes ni
he he
boleh blahhhh..dulu rasa boleh tahan u ni. skrang ni tak cun langsung. bila hati penuh dendam kat muka pun nampak hitam. bersihkan hati la beb..tak yah tempek bedak tebal2.
ReplyDeleteKak Linda....
ReplyDeleteYou look so sweet time wedding tu.
InsyaAllah, ada jodoh you nanti, cuma masa je yang menentukan. Jgn putus2 berdoa agak dikurniakan pasangan yang baik ok? Baik = beriman dan dpt membimbing kita ke jalan yang benar dan lebih baik dr segi segalanya...
Cuma, Kak Linda, if possible, jgn la seksi sgt yeah. Saya tahu, bdn kak Linda mmg cantik + u get the chance to wear all the nice clothes, tapi, if possible, jgn la seksi-meksi sgt or ketat sgt pakaian ok? Seksi = mendedahkan aurat...(sekadar teguran sesama Islam).
All d best in ur career and life allrite...