Wednesday, March 3, 2010

Suria ke Jitra & Taiping !

20 & 21 Feb 2010 adalah dua tarikh yang istimewa bagi Suria fm kerana kedua-dua hari itu, kesemua penyampai Suria fm dapat bertemu pendengar2 setia di Jitra, Kedah dan Taiping, Perak.

Alhamdulillah, makin hari,makin ramai yang mendengar Suria fm. Setiap hari,ada saja pendengar baru yang kami umumkan di Suria.. Sekarang ni pun Suria Wheels tengah rancak ke seluruh negara sempena kempen 'Sekarang dengarlah Suria pulak...'. So,kalau u all pun pendengar baru Suria, jangan segan-segan sms kepada Linda ye untuk Linda umumkan nama u all kat radio. Selain nama, sms kan juga nama syarikat atau mungkin gerai makanan yg sedang mendengar Suria.... atau institusi2 dsb. Linda dengan bangganya dan berterima kasih akan umumkan anda di Suria! You'll be a star on Suria!!

Caranya : Hantar sms setiap Isnin - Jumaat waktu Linda keudara 4pm - 8pm. Taip SURIA (jarak) mesej anda... dan hantar ke 33988.

InshaAllah,Linda takkan ketinggalan membaca kiriman sms daripada pendengar baru Suria !

OK.. Balik semula ke Rancak Tour Suria fm.. Jom! Kita ke Kedah dan Perak...
Bawah: Haaaa... waktu ni adalah acara baling baju Suria ! Happening !


Di belakang pentas ... dengan Tuah... tunggu turn. Hehe..



Bawah ni pulak , acara berjoget dengan pendengar... Ingatkan lagu Tango...


Eh sekali kena lagu 'Goyang Goyang' India daaaaaa.... Apa lagi? Goyang bangra laaaa....


Setelah selesai acara, Linda sempat bersalaman dengan pendengar2... Janji setia dengar Suria k!



Nak saennnnn....



Linda respek betul dengan pendengar2 di Taiping... Sangat sporting dan happening...sebab tu lah semua orang suka pi Taiping... Orang Tepeng best naaa....
Makanan kat Taiping pun best.. Lepas show, sebelum berangkat ke KL, kami singgah makan di sebuah restoran di Taiping. Pekena kerang rebus,sotong kangkung,yong taufu... huh! Sedap jugak makanan kat Taiping ek? Bawah: Gambar sedang kelaparan...



Sambil tunggu makanan tiba.... Hehehe.. Linda berjaya 'picit' kepala Naim ! Yeayyyyyy!!!


Jangan marah Naim... Gurau jer... Dengarkan Naim dan Bob (takde dalam gambar sebab tak muat) setiap hari 1pm - 4pm di Suria k! Shhh... bodek...bodek... Hehe...
Akhir sekali, krew Suria bergambar bersama di depan restoran...



Puas hati...memang puas hati... Waktu show,ramai orang datang...makan pun sedap....semua pun sporting... InshaAllah lain kali kami ke Taiping dan Jitra lagi ye! Thank u orang2 Perak dan Kedah! Teruskan mendengar Suria!
Next stop is KLUANG MALL, JOHOR ! 13 March 2010 . Jam 3pm . SURIA fm Rancak Tour bersama semua penyampai Suria dan artis2 seperti Mila, Bandi Amuk, Sofaz, Jay Jay, Akim AF, Nas Adilla dan Sabhi Saddi.. See u orang2 kampungku, Johor!

4 comments:

  1. untung ek org2 yg b'ada di bandar2 yg dikunjungi suria... nak pi join, jaoh ler plak :P... bile le agak nyer suria nak dtg m'havockan alamanda, putrajaya... hmmm... detik & saat itu akan ditungguin niya & chacha + ibu diorg of course, dgn penuh sabar :)...

    ReplyDelete
  2. taiping memang best!!!!!! i the one yg naik stage ngan kak linda :p

    ReplyDelete