Tuesday, March 9, 2010

Lawatan Amal L.O.O.K

Seperti biasa, L.O.O.K sentiasa mengadakan aktiviti dari masa ke masa. Selepas Hi-tea,Hawaiian Nite dan Bowling, sekarang ni tiba masa untuk kami beramal pula.

Pada hari Sabtu 27 Feb 2010, Linda dan ahli-ahli L.O.O.K (Linda Onn's Orange Klub) telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Amal Nur - Zaharah di Janda Baik. L.O.O.K telah berjaya mengumpul derma dari beberapa ahli LOOK melalui permohonan dari kiriman sms dan Facebook. Alhamdulillah , walaupun apa yang kami kumpulkan tidak seberapa,Linda harap niat murni dan ikhlas LOOK beramal begini mendapat keberkatan dari Allah. InshaAllah..
Linda tak tau macamana nak berkongsi keseronokan meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini bersama pembaca blog Linda...Linda harap melalui gambar-gambar yang Linda masukkan ni dapatlah u all bayangkan perasaan Linda ketika tu..dan berkongsi rasa. :-)
Dalam bas...Hmm..pantang dapat mic..hehe..Nasib baik takde vcd karaoke...kalau tak....


...kalau tak,sure diorang semua ni stress sebab Linda nyanyi..lepas Linda...Linda lagi.. haha! Bawah: Ahli-ahli LOOK dan famili Linda..

Sampai dah rombongan Cik Kiah...

Kami disambut penuh mesra oleh adik-adik ni...


AJK sedang sibuk menyediakan makanan dari MY MOM'S CHICKEN RICE- Citarasa Linda Onn
Macam-macam cara utk kita beramal.. Tak semestinya duit dan barangan saja. Perkhidmatan percuma buat anak-anak ni juga boleh dikira beramal. Tak sangka Linda..dalam pada Linda memohon sumbangan daripada ahli LOOK, saudara Ezudean dari Kiki Salon, Desa Pandan sudi menaja dan membawa dua tukang guntingnya untuk memberi perkhidmatan percuma menggunting rambut adik2 dari rumah amal Nur-Zaharah ni... Thank u guys! Moga tuhan membalas jasa kalian...

Selepas adik2 gunting rambut, acara diteruskan dengan sukaneka.. Linda jadi makin seronok bila tengok adik-adik ni terhibur..

Pemenang dengan T-Shirt Suria fm..
Selepas tu, adik-adik ni bawa Linda melawat kandang kambing peliharaan mereka..

Tengok dari luar je tak puas, kan ? Masuk lah...

Fifiq dan Mummy nya bersama Syawal (kalau tak silap nama kambing tu Syawal...)



Linda dukung baby kambing... Waktu Linda dukung baby kambing ni, bising betul mak dia dok cari anak dia.. "Kejaplah mak oiii... Auntie Linda tengah dukung adik ni..." keke..
Pandai adik-adik ni cari duit.. Maklumlah..bak kata ustaz yang menjaga mereka , biaya satu bulan bagi rumah amal ini ialah lebih kurang RM 20,000. Sekurang-kurangnya ada juga rezeki tambahan ye...
Selain kambing , adik2 ni pun pandai berkebun gaks... Bawah: Orkid dan 4 geng bas sekolah..


Hafiz, ahli LOOK baru... "Beli sayur eh bang?..."


Setelah selesai lawatan kami, Linda sempat berbual dan bergurau senda dengan adik2 ni...


Bergambar kenangan ... ahli LOOK,anak2 dari rumah amal Nur-Zaharah dan petugas...
OK.. Kak Linda sain autograph tapi mesti janji belajar rajin2 k...
Bawah: Tau tak...? Adik ni tarik Linda tak kasi balik. Suruh Linda stay situ. Hehe..
Mana boleh sayang...kak Linda punya kambing,lembu,ayam kat rumah,takde orang jaga.. hehe.. Maybe next time, Kak Linda ke sini lagi ye..
Bye bye adik-adikku.. InshaAllah kalau ada rezeki kita berjumpa lagi...


Linda harap lawatan ahli LOOK dan Linda ke Rumah Amal Nur-Zaharah di Janda Baik ini dapat menceriakan adik2 yang tinggal disini dan sudilah menerima sumbangan kami seadanya. Ini saja yang termampu kami beri. InshaAllah kalau rezeki bertambah, kami hulurkan lagi untuk kita sama-sama menikmatinya ye.. Doakan kak Linda ye... :-)
Kepada penderma-penderma dan penaja-penaja... Shukran...

Salam.

9 comments:

  1. alhamdulillah, moga amal jariah di berkati allah dan rezeki linda bertambah slps ni dan dpt membantu sedaramara yg kekurangan. Akak amat sokong aktiviti linda buat kerna bagi akak, linda tau apa yg perlu linda buat. Jaga diri dan syg linda.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..suka tengok artis2 buat amal mcm ni..walaupun bukan ikon at least artis boleh jadi contoh teladan yang baik..harap artis lain pun ikut contoh linda...

    pandai adik2 tuh cari rezeki nak biaya kos rm20 ribu sebulan..sedih gak dengar camtu tapi takpe lah..diorang pun boleh belajar sesuatu..terfikir gak mana duitan, hartawan malaysia salurkan duit diorang...insyaAllah rezeki semakin diberkati kalu kita selalu berdamping, membantu anak-anak yatim..

    again..tahniah linda coz dapat luangkan masa untuk sedikit khidmat kpd masyarakat..!

    ReplyDelete
  3. Salam...

    anyway thx to kak Linda dan LOOK coz wat event yg besh cmni.Insyallah next time juin lagi.

    ReplyDelete
  4. waktu lawatan b'langsung, cuaca begitu terik skali... tp cuaca yg hangat x melemahkan semangat smua yg t'libat utk meneruskan acara2 yg tlh cantik diatur... lps acara simbolik penyerahan sumbangan, it was followed by lunch nasi ayam mmcr yg best (surrounding yg sgt green agak nyer tlh sbbkan nasi ayam mmcr semakin yummy rasa nyer)... sukaneka b'langsung stlh solat b'jemaah zohor selesai ditunaikan... alhamdulillah... in short, we really had a great time + a nice feeling too... hrp2 aktiviti b'konsepkan social obligation sebegini dpt diteruskan look for years to come, insya-Allah... ameeen... :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak linda...

    rumah al-zahrah ni owner dia datin norjan kan ? just nak tau je..kalo betul.. thanks for your kindness tuk visit rumah nih. :)

    ReplyDelete
  6. hai kak linda.. emm..betul la.. dah tanye kt owner umah anak yatim nih. She's very impress and thankful to u.. wow..great job !

    ReplyDelete
  7. salah k.azi sbb msgreen photography follow tu yg green sgt tu..hehe

    ReplyDelete