U all suka tak baca akhbar bahasa inggeris - The Star ?
The Star telah melancarkan akhbar sisipan Mingguan Mstar. Ini maknanya , setiap hari Ahad , jika anda membaca The Star, didalamnya akan terkandung akhbar Mingguan Mstar iaitu akhbar bahasa melayu yang berisi pelbagai cerita dari hiburan hingga ke lifestyle.
Minggu lepas , Linda dan Halim Othman telah mengacarakan majlis pelancaran Mingguan Mstar di ibu kota. Majlis ini dihadiri oleh ramai nama-nama terkenal tanahair sebagai memberi sokongan kepada Mingguan Mstar.
Jom! Ikut Linda ke acara gilang gemilang ni...temanya ialah batik.
Bawah: Berbincang dengan Halim sebelum acara bermula..
Kurang lebih jam 3.30 ptg, acara bermula..
Majlis menjunjung kasih atas kehadiran DYMM Sultan Selangor...Selepas titah ucapan Tuanku, majlis diteruskan dengan pelancaran Mingguan Mstar oleh Tuanku...
Selepas itu,majlis diserikan dengan penyanyi comel lote... hehe.. Adibah Nor ! I like!
The best stand up comedian in Malaysia pada pandangan Linda... Harith Iskandar !
Suara yang memukau kalbu.. Noryn Aziz...
Majlis selesai... dan sekarang,sesi berjumpa rakan-rakan... Gambar bawah : Linda, Halim, Sham dan bos ku - Hawa yang ayu berbaju kurung merah jambu... Ahauwww...!
Di meja makan... bersama dengan wartawan The Star dan Diana Danielle... Asal berjumpa je dengan Diana , ada aje story nak dikongsi... tak habis-habis story kita.. :-)
Halim ni.... sejak Linda kenal dia 11 tahun dulu...tak pernah nampak tua.. Awet muda selalu..
Akhir sekali, setelah semua acara tamat, Linda sempat bersalam dengan Tuanku... Patik menjunjung kasih Tuanku...
Di luar dewan... berjumpa dengan pengurus artis yang sangat dedikasi.. Sam!
Sekian saja.. Jangan lupa ! Dapatkan nashkah THE STAR anda setiap hari Ahad untuk membaca akhbar sisipan Mingguan Mstar!
Akhir sekali, kepada Mingguan Mstar, selamat maju jaya dan guna pakailah titah ucapan dari Tuanku mengenai saranannya kepada wartawan dan media cetak... kurangkan gosip dan fitnah yang akhirnya masuk ke mahkamah. Perbanyakkan tulisan dan berita yang berfaedah. Harap Mingguan Mstar menjadi akhbar bahasa melayu yang mempunya kelasnya yang tersendiri... U got class,baby!
Ciao !
Ya begitulah sepatutnya kurangkan kontroversi dan tambah kan informasi.
ReplyDeletenice dress.
ReplyDeletemmg awet muda halim othman nie kan.. same jer dr dulu..
ReplyDeleteCantiknya Linda pakai baju kebaya..hehe..
ReplyDeletewow!! meriah sangat all the events.. nak ikutttt! btw, linda nampak serasi sungguh berganding dgn HO! Sama cantik, pandai, kaya berkarya & penuh dgn vision! **Kata org kalo isteri tinggi dari suami bermakna hidup mewah segalanya & bahagia!! suka HOLO berpasangan!!
ReplyDelete