Monday, August 30, 2010

Siti Jarum - Linda Onn dan Umrah

Salam. Alhamdulillah hari ni dah 19 hari kita berpuasa di bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarak. Semoga segala amalan kita diterima olehNYA.


Tadi, selepas Linda membantu staf Linda yang kesibukan waktu berbuka puasa di restoran Linda - My Asam Pedas Shop, Linda menerima kiriman bbm daripada peminat yang 'minat gila' dengan Linda.


Katanya "Ada wartawan Utusan yang tak suka u ke Linda?".


Lalu Linda pun menjawab "Huh? Kenapa? Setahu Linda,Linda ok je dengan semua wartawan dan terbaru ni pun Linda beri kerjasama dengan salah seorang wartawan Pancaindera bernama Athirah yang mintak gambar2 Linda semasa mengerjakan umrah".


Kata peminat Linda lagi " Bacalah Mingguan Malaysia - Pancaindera hari ni". Linda pun terus cari akhbar tu dan terbaca tajuk "Linda Onn dan Umrah"…



Begini artikelnya;


Kalau artis luar negara, kita selalu baca tentang penglibatan mereka dalam kerja2 sukarela termasuklah yang jadi pejuang hak itu dan ini tapi artis negara kita selalu kita baca kisah mereka pergi umrah. Ada yang kata, baik juga kalau dihebohkan sekurang-kurang menarik rakan2 mereka yang selama ini selalu pergi bercuti di Paris, London, Milan dan sebagainya beralih ke Mekah. Memang positif tambahan pula artis2 kita duit banyak. Kalau jual sebuah beg tangan pun dah boleh pergi umrah. Cuma beberapa teman Siti termasuk yang "minat gila" dengan Linda Onn kata, jangan buat macam Linda Onn yang siap bawak sepanduk memberitahu Linda Onn mengerjakan umrah. Siti teringat sepanduk yang orang guna bila kumpulan pendaki berjaya sampai ke puncak gunung yang didaki. Mereka selalu rentangkan sepanduk sebagai "pengesahan" kejayaan sampai ke puncak. Siti sependapat juga dengan mereka. Siti percaya Linda Onn tak menganggap kejayaan mengerjakan umrah sama macam panjat gunung. Cuma mungkin dia terlupa cara begitu membuatkan orang ada persepsi lain. Siti teringat kisah seorang VIP yang tak menggunakan "haji" pada pangkal namanya. Apabila ditanya, kata VIP itu, yang pentingnya kita pergi kesana. Gelaran tak penting kerana ini bukan boleh dikomersialkan. Siti setuju juga cara dia. Moga artis2 kita belajar daripada pendekatan VIP tadi.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pertama sekali Linda berterima kasih atas tajuk artikel ini yang begitu indah dan terima kasih juga atas kepekaan Siti Jarum. Tajuknya indah tapi isinya seperti menghiris hati ini. Linda agak kecewa kerana dalam bulan yang mulia ini, ada pulak cerita yang kurang enak sampai ke telinga Linda. Selama ni, ada juga beberapa wartawan dan akhbar sering memfitnah & menjatuhkan maruah Linda tetapi Linda diam saja tapi kali ini ia membabitkan soal ibadah dan soal antara Linda dan Allah. Jadi Linda rasa, ada baiknya Linda perbetulkan kenyataan Siti Jarum.


Jika diteliti, Alhamdulillah, sebelum ini sudah beberapa kali Linda menunaikan umrah tapi tak pernah sekalipun ada sepanduk memberitahu "Linda Onn mengerjakan umrah".


Untuk pengetahuan anda, umrah Linda kali ini adalah tajaan Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd. Agensi pelancongan ini memilih SuriaFM sebagai radio rasmi untuk mempromosikan syarikat mereka. Linda adalah penyampai yang dipilih untuk ditaja. Secara kebetulan, memang Linda dan keluarga sedang merancang untuk mengerjakan umrah pada tahun ini. Bukan Linda saja yang pergi malah pendengar SuriaFM yang terpilih sebagai pemenang turut serta menunaikan umrah bersama Linda. Gemilang Travel membuat promosi secara besar-besaran sebelum tarikh berangkat diantaranya iklan di radio SuriaFM, sepanduk, flyers, 'bunting' dan pemberitahuan melalui laman web rasmi SuriaFM bukan sahaja di lembah Klang malah promosi ini pernah Linda lihat sampai ke Melaka.


Bila Linda dipilih, Linda diberi tugasan untuk membuat liputan perjalanan sebelum berangkat, semasa berada di Madinah, Makkah dan sehinggalah perjalanan pulang Linda ke Malaysia. Semua itu adalah di dalam perjanjian antara Gemilang Travel (selaku client) dan SuriaFM. Jadi, Linda sebagai individu yang ditaja oleh Gemilang Travel,melunaskan tanggungjawab yang diberikan utk membuat lintasan secara 'live' di radio sebanyak 2 kali sehari bagi mempromosikan syarikatnya. Disana, Linda bekerja sambil beribadah.


Kalaulah Siti Jarum buat homework tentang umrah Linda kali ini, pasti Siti Jarum tak menulis begitu. Tak perlu jauh buat homework, dalam blog Linda sebelum ni pun, tajuknya ialah "Umrah Bersama Gemilang Travel Part 1,2 & 3". Ada 3 blog!


SOAL SEPANDUK - Sepanduk disediakan dan dibawa oleh Gemilang Travel. Bukan Linda.Tak pernah terniat dalam hati Linda utk pergi beribadah di kota Makkah dan Madinah membawa sepanduk. Buktinya,umrah Linda sebelum ini, tak pernah kelihatan sepanduk,bukan? Sebab sebelum ini, Linda pergi umrah bukan atas dasar kerja. Linda harap semua maklum bahawa tujuan sepanduk dibawa oleh agensi adalah untuk mempromosikan syarikat mereka. Linda sendiri tak tahu sepanduk itu dibawa kesana. Bila diminta bergambar, sebagai 'duta kecil', Linda pun bergambar beramai-ramai bersama jemaah yang lain. Tidak ada terniat langsung di hati Linda sepanduk itu sebagai "pengesahan" kejayaan seolah-olah sampai ke puncak gunung seperti yang dikatakan oleh Siti Jarum. Walaupun hakikatnya, menjejakkan kaki ke tanah suci bagi Linda adalah satu kejayaan yang lebih besar daripada sampai ke puncak gunung. Tiada bandingannya. Linda rasa semua orang sependapat dengan Linda bahawa tidak semua orang berpeluang untuk sampai ke tanah suci kecuali dengan izin Allah swt. Walaupun dengan menjual sebuah beg tangan boleh pergi umrah, kalau Allah belum jemput ke rumahnya, belum tentu kita sampai.


Diharap penjelasan mengenai sepanduk itu cukup jelas dan usahlah pertikaikan ibadah umrah sesama Islam. Tuhan lebih tahu, kita hanya manusia biasa. Ibadah umrah Linda hanya Linda dan Allah saja yang tahu.


Berfikirlah secara positif dan jangan ada persepsi negatif.


Terus terang, Linda tak tahu siapa itu Siti Jarum. Mungkin Tengku Khalidah atau Amirah Zawatil atau Arif Nizam atau Syed Mussaddad atau Siti Athirah. Itulah nama sidang redaksi Pancaindera.


Walau apa pun, Linda doakan wartawan yang menulis artikel "Linda Onn dan Umrah" pada tarikh 29 Ogos 2010 yang menggunakan nama samaran Siti Jarum dari Pancaindera- Mingguan Malaysia satu hari nanti dapat pergi mengerjakan umrah dengan tenang dan diredhai Allah. Semoga jari-jemarimu dapat menyentuh rumah Allah (Baitullah). InshaAllah..


Selamat berpuasa kepada semua. Kurangkan dosa, tingkatkan pahala.. Renung-renungkan dan selamat beramal !


LO: Siti Jarum, nanti kita pergi umrah sama-sama dengan Gemilang Travel eh?

64 comments:

  1. Sabar la linda . maybe SITI Jarum tak ada nak tulis ......nak lariskan colum dia kot ....atau maybe dia jeles kat awak ....yang penting peminat awak tahu hal yang sebenar.

    ReplyDelete
  2. kadang2 tak faham dengan sesetengah wartawan kat msia skang nie..ingat lagi zaman2 kegemilangan huzz,mama juwie,kak bam,kak intan zabidin..mereka tidak tergamak untuk menulis dalam bentuk sebegini kerana seperti yg kita semua tahu, artis dan wartawan saling memerlukan. Mereka akan membuat homework dulu sebelum menulis, tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya dapati artis bagaikan menjadi mangsa dan terpaksa menjadi pak turut jika tidak mahu diri di'ban'oleh golongan2 wartawan sebegini. Kami sebagai pembaca dan follower linda sendiri tahu akan pemergian anda ditaja dan promosi untuk syarikat berkenaan dan ianya bukanlah menjadi isu besar pun. Industri hiburan kita semakin hari semakin sesak dengan pelbagai isu remeh temeh.Untuk Kak Linda, be strong, you have my relentless support here..take care!!

    ReplyDelete
  3. Hm..semua orang tahu Siti Jarum banyak menghentam individu tanpa homework..da banyak individu disindir dengan kata-kata kesat dengan tulisan Siti Jarum..kalau betul dia buat homework, dia tak akan berselindung dengan nama Siti Jarum kan..

    ReplyDelete
  4. sabar kak,dugaan bulan pose nie....soalan yg last skali2 mmg best,huhu...:)

    ReplyDelete
  5. Mmg sedih dgn tulisan wartawan tersebut...biarlah Allah membalas balik apa yg dia tulis keburukan org lain...dia tu manusia biasa, dia rasa diri dia je yg betul, Allah ada bersama-sama dgn kita...kita buat keje dgn ikhlas, kita tak kacau org lain...

    ReplyDelete
  6. Good answer from Kak Linda Onn. Di bulan penuh rahmat ni alngkah baiknya kalau Siti Jarum tu menulis benda-benda yang baik kan? Malu saya selaku pelajar yg belajar dalam journalism, pensyarah berkali-kali memberitahu, sensiviti harus dijaga, mata pena lebih tajam dari pisau. Siti Jarum, semoga kita sama-sama memuhasabah diri. Semalam pun siti Jarum buat hal dgn menyindir Dr.Rozmey. sudah-sudahlah tu...buatlah tulisan yang membina.....kepada Kak Linda, life must go on..GOOD LUCK!!! We r here to support U.

    ReplyDelete
  7. sampai hati siti jarum tulis macam tu.

    diorang ni tak rasa bersalah ke tulis bukan2 mcm tu

    haihhhh

    ReplyDelete
  8. hahahahaha..agak2la ye..(siti jarum)..kn da kena leh linda,(jwpn pnjg lebar tu)sbelum wat ssuatu kn elok u kaji selidik dlm2..crita yg x betul leh menimbulkn fitnah..x baik tu.. 'sebenarnya besar gak industri hiburan tanahair kita nih,tapi disebabkan segelintir wartawan hiburan yg mcm siti jarum ni,maka kecikla jadinya..(menimbulkn ketidaksenangan dlm pergaulan sesama artis,artis dgn peminat)kalau ada sifat KEINSANAN..(meskipun itu keja awak siti jarum,tapi sbagai manusia biasa diberi akal fikiran,u patut tau mcmn nak dptkn kebenaran sesuatu cerita yg u trima)keadaan ni pasti tak terjadi..ada wartawan yang berlagak
    sombong bodoh,mentang2 dia wartawan..walhal artis dan wartawan memang saling memerlukan,ko tulisla mcmn skalipn dgn niat nk kondem artis..tp klu artis pndai jaga pminat x smpai kemana crita tu..cuma, pls.. jgn MENGAIBKAN artis dgn crita yg x betul..cari makan biar ngn cara ha lam alif lam..peace..linda tenang je k..salam ramadhan..

    ReplyDelete
  9. SUka sangat dengan jawapan bernas Linda..dulu Siti jarum hentam kak Nita..kak Nita cool aje..
    Nak tanya..Siti Jarum dah dapat ke pijak 'tanah haram'?..or tanah tu haram buat orang yang suka 'memfitnah' orang??..renung2 kan dan selamat beramal!!

    ReplyDelete
  10. Salam kenal Linda Onn,

    kesian akak dengar cite awak ni..masih tak sempat2 baca paper.tak tau cite.Biasa lah kan hidup orang glamer ni.Tapi sabar ye, lebih2 lagi dlm bulan mulia dan 10 hari terakhirnya..Ujian kali.. Apa - apa pun ALLAH itu lebih mengetahui apa sahaja dlm hati kita..Biarkan lah..Lambat laun, dia akan sadar sendiri..

    ReplyDelete
  11. i x 'minat gila' kt u... in fact i bukan fan u pun... tp i suka baca blog u. bila baca artikel tu, before reading ur feedback, i mmg terfikir, bukan u gi umrah tu ditaja ke... biasa lah kalau dah ditaja, ada lah marketing dlm mcm2 bentuk... antaranya sepanduk & penulisan. then ur feedback spt yg i fikir. seriously, artikel2 mcm ni la yg buat kerjaya sbg wartawan hiburan very low. tulis ikut sesedap rasa, terang2 x buat homework, langsung x nmpk professionalism... mcm mana lah org nk respek wartawan hiburan.

    ReplyDelete
  12. sabar sahaja kak linda, sekurang2 nya kak linda memang dah beritahu. siti jarum mmg tak dgr suria fm agaknya. tp hairan jg, tahu pula pasal gambar umrah tu

    ReplyDelete
  13. kecoh la siti jarum tu...buat dosa kering jer...ko minta gambar ko pula yg manupulasinyer balik..give f jer pada dia linda ...ckp kat dia linda ko hado! hado ! hado!

    ReplyDelete
  14. semoga klinda tabah dgn dugaan kecil ini.

    ReplyDelete
  15. errmmm... sabar je la. bagus jugak kak Linda buat penjelasan. tak adalah org lain percaya bulat2 pada berita


    Rindu Nak Tengok Cerita Macam-Macam Aznil

    ReplyDelete
  16. Salam Linda,

    Begitulah kalau dah jadi orang terkenal ni...
    Auntie perhatikan dah banyak kali wartawan main balun je tulis kat ruangan gosip dia orang.Perlu diingat fan sekarang bukannya bodoh...
    Macam baru-baru ni ada gosip Maya Karin dengan Remy....dia main percaya pada informer le konon...alih-alih Maya tunjuk bukti yang dalam passport dia langsung tak ada chop dia ke tempat yang dikatakan pada hari yang digosipkan.....kan ke dah MALUUUUUUUU besar!
    Lagi pun pada Auntie le, lantak le dia orang nak bercinta ke, apalah yang nak dikesahkan pun...begitulah jugak kes Linda ni...
    Agak-agak dia nak mohon maaf tak??

    ReplyDelete
  17. Adasaja yang dengki...sabar ya kak linda!

    ReplyDelete
  18. syabas kpd linda, sorg usahawan wanita yg berjaya! segala macam langkah mu, pahit & perit liku2 perjalanan mu senantiasa menjadi perhatian media... oleh kerana linda berjaya, cantik & dikenali ramai.... maka ramai yg "membenci".... sabar lah linda, janji ko tak kacou org... All the best!!

    ReplyDelete
  19. bersabarlah ye kak linda..hanya Allah je yang tahu..n harap2 kepada wartawan hiburan selepas ni..tolonglah tulis berita yang benar dan dapat membawa manfaat..lagi2 dalam bulan Ramadan..janganla asyik tulis berita yang tak betul semata2 nak menarik minat orang..tak baik..

    ReplyDelete
  20. Salam Linda!

    Saya terpanggil untuk menjawap soalan yg terakhir dari Auntie Yan.. "Agak-agak dia nak mohon maaf tak?".. First of all.. nk pkai nama sendiri pun x berani, apalagi nk mohon maaf.. budaya fitnah dan dengki mmg x dpt dielakkan lg, nie ke budaya 1Malaysia..pe pun linda i respect u coz u look cool!

    ReplyDelete
  21. Salam Linda,

    Lumrah dunia...tidak semua orang suka akan kita. Tetapi jangan dihiraukan seorang manusia yang tak suka akan Linda, i masih ramai yang suka akan Linda. Biarkan si luncai dengan labu-labunya...

    ReplyDelete
  22. Ini adalah contoh sebilangan wartawan yang memang tak ada etika & adab dlm menulis artikel. Tak ada kesahihan dan "proper research". Rezeki tak halal wooo tulis benda tak betul

    ReplyDelete
  23. Linda, nama pun Siti Jarum. What do you expect? Yang penting Allah tahu hati dan niat kita. Orang boleh cakap macam2 dan selalu yang cakap macam2 ini adalah orang yang tidak mengenali kita langsung. Kita kena hati-hati bila mendengar atau sampaikan 'hear say', kita tahu kan nama pun 'hear say' @ dalam bahasa kasarnya fitnah. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  24. salam..

    agak sedih dengan tulisan mcm tu..

    ReplyDelete
  25. sangatt suke dengan jawapan kak linda,,,
    mesti merah muke Siti Jarum toh kalo dia bace nieh,,,
    huhuhuh,,,

    always support kak linda,,,, ;))

    ReplyDelete
  26. biasa la tu..bila kita ada kelebihan, pasti akan ada yg x senang dgn kejayaan yg kita kecapi..Siti Jarum hanya menulis menggunakan akal fikiran tapi x menyiasat hal sebenarnye..biarkan org terus mengata asalkan kak linda tau kedudukan sebenar kak linda..
    all the best LINDA ONN!!

    ReplyDelete
  27. Zaman sekarang ni kalau nak jadi wartawan, tak payah belajar tinggi-tinggi kot? Dimanakah etika kewartawanan? Bukankah itu semua diajar? Atau memang ada wartawan yang 'kurang ajar' ?

    Adakah akhbar & majalah sekarang semakin berleluasa penggalakan fitnah,gosip (mengumpat),mengaibkan dan melagakan ? Forum di internet pun satu jugak! Dah buat story,siap kasi pembaca ruang untuk komen,mengutuk dan menghentam sesuka hati tanpa ditapis & dijaga sensitiviti individu.

    Betul kata Linda,buat homework lah wahai wartawan Malaysia. Jangan cemarkan nama wartawan atau anda akan tidak maju dalam hidup serta kerjaya sampai bila-bila. Ingatlah para wartawan,jika hari ini anda mengaibkan artis yg juga manusia biasa, di masa akan datang, tuhan membalas perbuatanmu dengan pengaiban yang lebih besar. Mungkin keatas dirimu sendiri,keluargamu atau anak-anakmu.

    ReplyDelete
  28. Alahai Siti Jarum! Jangan la jadi wartawan "bodo"... Apa ke jadahnya Linda Onn tu nak bawak sepanduk pegi umrah... tak logik langsung... Dah ditaja, tentu la travel agency tu nak buat promosi company dia... Lain kali kalau nk tulis apa-apa pasal artis atau orang, cuba usul periksa dulu. jangan main ckp je... jangan main sedap mulut je... Ntah la mungkin gak Siti Jarum ni dari spesis bukan manusia kot sebab tulis pasal orang lain tak fikir perasan orang lain dan yang paling takut lagi Siti Jarum ni tak takut dosa... Guna lah akal sebelum berkata-kata atau menulis... Akal jgn letak kt lutut ok!!!...

    ReplyDelete
  29. memandai aja siti tu. tampar kang..

    ReplyDelete
  30. Salam Linda? Linda tak kenal siapa sebenarnya Siti Jarum? Azwan Ali sangat mengenalinya dan akak boleh agak siapa Siti Jarum, yang akak pasti dia bukan perempuan. Linda boleh baca apa yang AA tulis tentang dia dan apa yang berlaku padanya selama ini. Sabarlah kerana sabar itu SEBAHAGIAN dari iman. Tiap yang baik, baik balasannya dan yang tak baik tu....

    ReplyDelete
  31. bawak2 la bertaubat siti jarum..cukup2 la menyakitkan hati org!!
    tak kan tiap minggu nak cari dosa kering kot!!
    bulan2 posa ni elok sgt la hijrah..

    ReplyDelete
  32. Sabarlah kak linda.biarlah org bercakap mcm2 pada kita,kita jangan buat jahat pada org.Wartawan hiburan hari ini lebih banyak membuat dosa dengan memfitnah dan menyebarkan keaiban artis terutamanya apabila menulis.Bukankah lebih elok bertanya dahulu kesahihan sesuatu benda sebelum menulis?salahkah?terus terang saya sudah hilang minat untuk membaca majalah2 hiburan dan juga artikel suratkhabar berkaitan hiburan kerana kebanyakkan lebih berbentuk gosip dan ingin menjatuhkan artis!sabarlah kak linda.kuatkan hati dan iman anda..!

    ReplyDelete
  33. sabar kak linda, i setuju sangat dengan jawapan kak linda tu. siapalah kita ni nak persoalkan ibadah orang lain, ibadah kita sendiri ni cukup ke tak entah...

    all the best to u!

    ReplyDelete
  34. Hi Linda! love reading ur blog.. semua kata2 positive.. Linda, tdk perlu layan kata2 negative tu.. penuh dgn hasad dengki, kutukan, fitnah, batu api, berniat jahat utk mengaibkan org.. semua statement tu akan reflects balik pada siti jarum tu..

    DO NOT CONCERN WHAT OTHER PEOPLE THINK ABOUT US BUT DO CONCERN WHAT GOD THINKS ABOUT US.. LET GOD HANDLES THOSE PEOPLE.. GOD IS FAIR.. HE KNOWS WHO IS RIGHT AND WRONG..

    i think siti jarum tu TIDAK TAKUT akan balasan Tuhan terhadap dia kan?? biarkan la, mayb hari ni hari kita, entahkan esok2 hari dia.. there’s up and down.. hanya Tuhan saja yg tahu.. wahai siti jarum BERTOBATLAH sebelum rezeki kamu ditarik balik..

    Walaubagaimanapun linda, org2 seperti siti jarum ni TIDAK akan INSAF dan BERTOBAT selagi mereka belum menghadapi ujian dari Tuhan..

    so linda, just say THANK YOU VERY MUCH to siti jarum for talking bad about you coz she/he is giving u more and more PAHALA actually... may GOD bless u SITI JARUM... ;)

    Dear God, pls bless and forgive those people as they don’t know what they do..

    Kita tdk akan merdeka selagi sikap2 (mengutuk, dengki, fitnah, batu api) org seperti siti jarum tu masih wujud di dunia.. EVERYBODY, LET US PRAY FOR PEACEFUL.. SEMOGA TUHAN AKAN MEMBETULKAN PEMIKIRAN ORG2 SEPERTI SITI JARUM..

    ReplyDelete
  35. teringat plak ayat zubir..... xnak langgar etika kewartawanan...konon... same la kes ngan siti jarum ni.... kaki fitnah... hasil duit yg dia mkn tu xtau la halal ke x

    ReplyDelete
  36. Good Job Linda! Penjelasan yang tepat bagi orang yang 'PHD'. Paling bagus dlm Article ni, bandingan antara tanah suci dan puncak gunung. Memang tepat apa yang Linda tulis. hmmmm heran kenapa Melayu suka jatuhkan Melayu... Sedih. Tak boleh tengok orang lebih sikit...! Apa2 pun Linda... GOOD LUCK and SUCCESS Selalu!

    ReplyDelete
  37. emosi banget LO ni sabar kak biarkan siti jarum dengan jarumnya.suka sangat jarumkan orang nanti dia yang terkena jarum.bukan jarum kain tapi jarum picagari..

    ReplyDelete
  38. Salam Linda..harap banyak2 bersabar,kerana inilah dugaan apabila membuat kerja-kerja kebaikan dijalan Allah.

    ReplyDelete
  39. Salam Linda!

    Ni luahan hati saya k.. dalam pemerhatian saya banyak benda yang Linda buat tidak berpihak kepada Linda nampaknya, seperti dilupakan, diperlekehkan, diperkotak-katikan..benda yang baik pun dijadikan isu bodoh.. Kalo sipolan tu menangis2 nk saman sampailah x jdk saman x der pun kena kutuk, solat tarawih masuk suratkhabar pun x d pun si Siti Jarum,Marilyn & Kak Pora nk kutuk2, siap bervideo2 lg ke umrah x d ape2 pun kutukan diterima.. mmg nampak sgt wartawan hiburan nie berat sebelah, maybe yg pkai nama2 pompuan ni "bapok"..sorry la Linda, saya mmg geram sgt2 dengan wartawan yang dangkal dan cetek pengetahuan (ayat DR Rozmey)..kenapa saya cakap wartawan siti jarum ni dangkal dan cetek, kerana si dangkal ni x buat homework sebelum menabur fitnah(penghuni neraka tu)......dan memang kerja membuka pekung ni dah jadi punca rezki dia, sesame lah kite doakan agar siti jarum ni dapat panggilan Ilahi untuk mengerjakan umrah bersama@ dgn u dan membawa sepanduk "umrah linda dan siti jarum" tajaan Gemilang Travel & Tours

    ReplyDelete
  40. Salam kak linda,

    Saya rasa kalo ada kesempatan dan peluang baik, ada baiknya akak bersihkan nama akak thru other media alternatives(printed). blog shud be fine, tp x broad enough kak. makcik2 yang xde intenet pon msti nak tau crita sebenar akak. when it involves a very personal matter, and the article is like insulting you as a Muslim, i think you should extremely clean up ur name and Gemilang travel. after all, this is the way 'akak beribadah'.
    promoting gemilang travel is a part of ibadah akak, being a duta for that is a pride. jgn takot kalo akak di jalan yang benar. nasihat saya, bersihkan nama akak. supaya anasir2 kat luar tak berani lagi nak bermain dgn isu agama mcm ni.
    all da best kak.

    ReplyDelete
  41. Hi Linda! Saya sokong ckp Marissa Irish tu. mmg "pondan" la Siti Jarum tu. tau nk fitnah org je. dia betul sangat ke? Apa2 yg linda buat semua dia nk komen dan kutuk. Niat Linda yg baik dipusing citer jd tk baik dan fitnah tanpa selidik. Saya pun terbaca kisah Fahrin tu buat solat terawih siap masuk surat khabar gambar tengah sembahyang, pastu video umrah siap upload dlm FB, pastu dia nangis cakap nak saman Linda tapi tak jadi saman, tak pulak Siti Jarum tu komen apa2 ?

    Hai Siti Jarum ni pantang tgk lelaki badan sasa ke sampai apa si polan tu buat tak sanggup nk komen apa2. Apa yg Siti Jarum dan wartawan2 yg suka membuat fitnah ni dapat bila artikel diaorang terpampang dlm surat khabar? Agaknya diaorang ni puas dan happy giler dpt fitnah dan kutuk org. Sedarlah wahai Siti Jarum dan rakan2 wartawan yang berfikiran seperti Siti Jarum, fitnah yg korang taburkan itu balasannya amat pedih tau!!! Adalah elok tulis yg baik2 tentang diri org lain dan selidik dulu sebelum menulis dan berkata2. Saya percaya Siti Jarum mesti "panas telinga" bila baca komen org pasal sikap buruk Siti Jarum. Ntah la, kenapa la wujud org bernama Siti Jarum ni dlm dunia wartawan. merosakkan nama wartawan2 yg tau etika kewartawanan je. Nasihat saya kpd Siti Jarum, kalau teringin nk glamour pun jgn la buat citer buruk pasal org tp buat la citer yg positif dan jd la wartawan yg bijak dan peka ok. bukan jd wartawan yg sengal!!!

    ReplyDelete
  42. Yang heran tu, macamana suratkhabar yang sama yang mintak gambar umrah dari Linda dan masukkan citer umrah Linda, tapi suratkhabar yg sama juga hentam balik Linda pasal gambar umrah tu. Linda dah kasi kerjasama dgn suratkhabar, lepas tu boleh pulak suratkhabar tu buat fitnah pasal Linda. Nampak sangat wartawan ni tak bole dibuat baik. Diaorang ni memang talam bermuka-muka. Linda BOIKOT je suratkhabar tu. Linda tak perlukan mereka. Nama u dah cukup besar.

    ReplyDelete
  43. if i am not mistaken, siti jarum is ku seman

    ReplyDelete
  44. xpelah kak ..apapun akk dah buat keterangan. Mgkn dia terlepas pandang. pk dr sudut +ve heheh :P..apapun selamat berpuasa

    ReplyDelete
  45. Aikk!!! Linda u nk tau tak, si Fahrin tu dh kelam kabut kuarkan video umrah dr FB dia tu..He shuld nt be worry coz ape pun yg dia buat x akan dipertikai,dicerca,difitnah,dihina oleh wartawan2 yang dangkal nie..Si CT Jarum akan buat x tau jer.. cuba masa u g umrah siap ada video mau pecah panggung 40juta org kutuk u nnti.. chill yo!

    p.s.. I rasa si fahrin nie ikuti perkembangan blog u kot!

    ReplyDelete
  46. salam Linda...

    i rasa btul gak ckp marissa Irish tu..:) klu org lain elok je..kalu u asyik kne hemtam..x phm gak kdg2..hmmmm...tp xpe,org menilai luaran..ganjaran Allah yg beri..nk takut pe..stakat Cik CT tu..jgn la nk d ambil peduli sgt,da terang2 x buat hmwork..bt malu geng wartawan je..biaq p la ngn dia..jgn dok buang msa pk bnda x pekdah gu tu k..

    berzikir sampai waktu sahur
    meredakan rasa terguris hati
    maafkan org sebelum tidur..
    insyaAllah tenang esok hari
    Salam Ramadhan... :)

    ReplyDelete
  47. Ish! tak patot la wartawan tu wat camtu.. dieorang ni takda etika kewartawanan ke? Jalankan tugas pun agak2 la. jgn sampai fitnah orang.. dosa tau.. Kak linda COOL!

    ReplyDelete
  48. sis.. be strong.. coz we know wat we r doing =)

    ReplyDelete
  49. A'kum...
    Maaf Nyibukkkk.....
    Nak Buat Cemana, SITI tu pon nak isik perot jugak, dah khoje die nulih 'paper', Cuma yang tak berapa bestnya adalah Tak buat homework dulu, Khoje tu khoje jugak, tapi harus diingat, kalau buat khoje tak betui, tak elok gak duit pendapatan...

    ReplyDelete
  50. Harap Kak Linda bykkan bersabar. Kalau kita di pihak yang benar, insya Allah Allah akan tunjuk akhir nanti...

    ReplyDelete
  51. TU LA KERJA WARTAWAN SEKARANG ...JRG YG BETUL2 BERJIWA 'WARTAWAN' YG SEBENARNYA ... SEMUA CERITA YG DIPAPARKAN KALAU LG BNYK PASAL KRBURUKAN ORG LAIN LG BAGUS AGAKNYA .... SAYA DAH LAMA JELAK DGN SESETENGAH WARTAWAN HIBURAN NI TAK HABIS2 BUAT FITNAH ... LAIN KALI SELIDIK DULU JGN MAIN HENTAM KEROMO LAST2 DIRI SENDIRI JUGA YG KENA ... TP TAK DINAFIKAN ADA JUGA YG BAGUS ...NTAH LA KDG2 PERNAH JUGA TERFIKIR PATUT KER WUJUD KERJA2 WARTAWAN YG MCM NI ...INGAT LA DOSA MEMFITNAH LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH ..SEMOGA PARA WARTAWAN DI MALAYSIA MENGGUNAKAN PELUANG KERJA UTK MEMBUAT SEBANYAK MUNGKIN KEBAIKAN ..INSYAALLAH RAHMAT SENTIASA BERSAma...BILA ADA RAHMAT MAKA JIWA JUGA AKAN BERSIH ..DAN BILA JIWA DAN HATI BERSIH TAKKAN KELUAR LAGI ARTIKEL2 FITNAH TU ... KPD K.LINDA HARAP BANYAK BERSABAR ..SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI ...SAYA DOAKAN SEMOGA K.LINDA CEPAT BERTEMU DGN JODOH YG BAIK DAN BERIMAN ...

    ReplyDelete
  52. tp kan linda..nape linda asyik buat umrah jer..bila terbuka hati nak mengerjakan haji plak? linda kan kemampuan utk ke sane..

    ReplyDelete
  53. sabar laa kak linda.. ni semua dugaan hidup... kami tetap sokong apa yg terbaik utk kak linda.. utk kwn2 yg lain tu x yah laa jd batu api melaga2kan kak linda ngan ex dia, yg sudah tu sudah laa lg pun kak linda pun seorg usahawan yg berjaya so no hal la benda remeh-temeh ni...org yg berhasad dengki jee yg buat kak linda mcm ni.... insyaAllah Allah tu maha mengetahui....

    ReplyDelete
  54. bagus sekali jawapan balas Linda .. syabas! Next time, wartawan buat homeworks dulu sebelum tulis apa2 artikel .. always ingat : apa awk dh jd wartawan, ada kesempatan menulis bole sesuka hati nak tulis ke?

    ReplyDelete
  55. ntah aper2 je wartawan nie.....pakai hembos jer...xde citer..tu yg nak kontroversikan....bg laku....saman jer..bia die mam...hahahaha...xske owg mcmni..nmpk xbleh tgk owglen snang..walaupon sye bkn fan fanatik linda..but im proud with u..becoz u anak johor y bjaye!congratz!

    ReplyDelete
  56. camner lah bodo2 siti jarum dapat jadi wartawan jugak..gamaknyer majikan lagi bodo kot pi bayo wartawan bodo gtu..heran aku..1 hal lae..kalo mmg dah jenis jarum tu x elok perangainya..LO buat sejuta mender elok pun mmg dia x kan nampak elok..sebabnya hati dah hitam,perut dah busuk,jiwa x tenang..tpi kalo ada yg jarum tu suka..mender x betoi pun dia puji..tak muhasabah diri jenis ni...siap guna nama SITI..memalukan!!!siti tu maksudnya ratu..bodo RAtu Jarum ni!!nanti2 org suntik ko ngan jarum HIV baru padan muka..jgn pulak nak bertaubat mintak sponsor kat LO..sakit ati beno membacanya..Wartawan bodo penah dengar SITI JARUM!KUI KUI..X SAKIT ATI KO BACA NI SITI JARUM...untuk LO..adalah hikmah yg baek menanti kalo kena fitnah ni..

    ReplyDelete
  57. siti jarum tu nak glamer..
    tumpang la nama kak linda....

    biarlah..kak linda baik..
    meh ramai ramai tumpang glamer......

    ReplyDelete
  58. ala die nk lariskn surt kabar die jek tu dgn cite2 gempak mcmtu..tu memang dunia wartawan kn??

    ReplyDelete
  59. mulut jahat...nnt Allah tarik rezeki dia..sampai bila2 pon tak merasa ke Mekah..cam akak cakap... tetamu Allah akan sampai hanya dgn izin-Nya

    ReplyDelete
  60. ntah2..siti jarum tu takde sape pon...mmg ade jadual tugasan sidang pancaindera utk isi kolumn siti jarum tu...yg buat cerita umrah akak tu...tiap minggu orgnya tak sama..

    ReplyDelete
  61. be cool sis, me antara yg ikut umrah with Gemilang dgn k linda. hanya kt yg pegi tau d story...SJ jealous lah tu :P

    ReplyDelete
  62. mcm bodoh siti jarum tu..paneh hati aku baca artikal dia..nak jerk aku cucuk2 jarum kat jari jemari dia yg menulis crita bkn2..

    ReplyDelete
  63. Kak Linda,
    dia kutuk-kutuk akak tapi tak kemana pon kerjaya dia tu..akak juga yang maju ke depan.. :)

    p/s: orang tak dengki dengan manusia yang tak berjaya...

    ReplyDelete