Wednesday, March 30, 2011
Photoshoot majalah SANTAI
Baru kejap tadi Linda ke Ulu Yam utk sesi fotografi muka depan majalah Santai..
Seronok jugak pergi Ulu Yam ni. Banyak resort.. Sungai pun banyak yang bersih. Sesekali boleh bersantai kat sini.
Nantikan majalah Santai keluaran Mei 2011 ye! Thank u Santai!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, March 16, 2011
Badminton with LOOKers!
Lepas lawan beregu, Linda lawan 'single' pulak, pastu beregu balik, pastu 'single' lagi....sampailah lampu court tu tutup! Lee Chong Wei pun, kalau lawan, 3 set je paling banyak dalam satu game...Linda sampai 7 set! Haha! Gaya je lebih... Main tak terer mana pun...keke...
Thank u kepada AJK LOOK dan LOOKers yang tak jemu beri sokongan pada Linda! Lain kali, kita main badminton lagi k!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, February 21, 2011
ABP Road Tour-Shah Alam
Dah lama jugak Linda tak join Road Tour yg diadakan oleh Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Bagi memenuhi jemputan Berita Harian dan sokongan yg diberikan oleh ahli2 LOOK (LOOKers) Linda pun luangkan masa utk ke SACC Mall,Shah Alam semalam.
Bila Along & Kak Engku yg jadi hos, gamat satu mall jadinya! Terima kasih kepada kawan2 Facebook, Lookers & penggemar yg datang beri sokongan. Terima kasih kerana menyuntik semangat utk diri Linda. Everything i do, i do it for u... :-)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, February 16, 2011
Bersama Datuk Mashitah Ibrahim
Apabila mendapat panggilan untuk menjadi tetamu undangan Datuk dalam rancangan yang bakal ditayangkan di Astro Oasis, Linda langsung setuju dengan tawaran tersebut.
Jadi, nantikan rancangan Bersama Datuk Mashitah Ibrahim di Astro Oasis ye.. Salam.
Monday, February 14, 2011
Jonker Walk Melaka!
Hujung minggu yg indah di kota Melaka. Linda sempat singgah di salah sebuah kedai di Jonker Walk,Melaka.
Salah seorang staf minta Linda tinggalkan tandatangan...inilah dia... :-) nice Melaka nice...i like!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, January 31, 2011
Hujung mingguku...
Ingatkan, hari Ahad ni dapatlah ride kemana-mana, eh sekali dari pagi sampai malam hujan daaa...so, cancel ride!! Simpan je motor tu kat umah...hehe...
Jadi, seharian, Linda jadi pekerja di restoran Linda- My Asam Pedas Shop "Citarasa Linda Onn" (MAPS)...Alhamdulillah! Tak menang tangan melayan pelanggan yg masuk tanpa henti...syukur ya Allah!
Terima kasih kepada semua pelanggan! Kalau uols hantu asam pedas....ni asam pedas selatan k..singgah2lah makan di restoran MAPS ok...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Welcome Shiera to SuriaFM!
Jumaat lepas, satu sidang media diadakan bagi mengumumkan kehadiran Sharifah Shahira atau nama radionya Shiera ke SuriaFM yg akan berganding bersama Halim Othman dan Zizi setiap Isnin-Jumaat (5am-10am)...
Semoga Shiera dapat mewarnakan lagi Breakfast@Suria dan selamat datang ke famili SuriaFM!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Photoshoot Shiseido
Lama jugak shoot ni... Berjam-jam... Semuanya berjalan lancar,Alhamdulillah...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, January 21, 2011
Duet HO & Anita Sarawak...
Ini adalah lagu duet (pendek je) Anita Sarawak dan Halim Othman untuk promo Carta Suria 20...
Jangan lupa dengar Carta Suria 20 Sabtu ni 10am-12pm dan ulangan Ahad 6pm-8pm bersama HO, LO dan Kak Nita ok!! Chalo !
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, January 19, 2011
HO, LO & ZZ..
Rasanya aktiviti bersukan setiap minggu adalah antara semangat tahun baru Linda! Yeayyyy!
Setiap minggu, Linda bersama penyampai2 SuriaFM, Halim Othman dan Zizie (kekadang Naim pun ada) pergi main badminton utk menyihatkan badan... :-) alhamdulillah setakat ni tak pernah missss... Rasa syok bila peluh keluar. Rasa sihat gitew.. Bila sihat, otak pun cergas, show kami di SuriaFM pun jadi lebih mantap!!
Nanti senang2, Linda lawan badminton dgn pembaca blog Linda plak eh... C ya!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, January 14, 2011
LO di Media Hiburan Masquerade Party !
Terima kasih kepada majalah Media Hiburan atas jemputan ke Masquerade Party MH sebagai menyambut kedatangan tahun baru 2011. Majlis meriah dan 'fun' dihadiri oleh ramai artis yang berpakaian mengikut tema. Ianya diadakan di Menara KL. Huh..sebut pasal Menara KL, Linda masih rasa fobia sikit. Dah beberapa kali Linda tersangkut dalam lif kat Menara KL ni. Kali terakhir Linda tersangkut adalah beberapa tahun lepas. Ingatkan kali ni tak kena, tapi kena jugak... Selepas tamat parti MH, lif yang Linda naiki tersangkut dua kali. Kali pertama tersangkut, ingatkan dah ok, keluar lif kejap, tarik nafas, masuk lif semula....tersangkut lagi !!!! Aduhhhh... Terus Linda keluar daripada lif tu dan naik lif yang satu lagi...nasib baik tak tersangkut lagi.
Sebenarnya Linda ni ada masalah 'claustrophobia' yang mana Linda tak boleh berada dalam tempat yang kecil dan tertutup serta kekurangan udara. Ia bertambah buruk jika tempat itu gelap. Fobia Linda jika berada di lif yang tersangkut, bilik yang terkunci, kereta yang terkunci, terowong, subway trains, gua, kapal terbang dan di tempat yang terlalu ramai orang. Kalau Linda berada di tempat2 yang Linda sebutkan tu, Linda mudah diserang 'panic attack'.
So, sekarang u all dah tau kelemahan Linda huh? :-p
Linda juga nak minta maaf kepada Rabecca Nur Al Islam..kerana sepatutnya Linda mengacara di kedua-dua majlis perkahwinannya. Tapi disebabkan Rabecca adakan majlis malam kedua di Menara KL, dan kebetulan, Linda baru terkena insiden tersangkut lif disitu, Linda terpaksa membatalkan tugas Linda di malam kedua persandingannya. InshaAllah dah lamaaaaaaa nanti, baru Linda berani semula untuk naik Menara KL. Not for the time being! Sorry again Rabecca... :-( anyway, Linda akan tetap hos di malam pertama ok. Selamat Pengantin baru !!
Ok.. Panjang lebar pulak entri Linda kali ni... Gambar yang Linda selitkan ni adalah gambar ketika di Masquerade Party MH ... Chalo !!
Monday, January 3, 2011
Selamat Tahun Baru 2011 !!!
Tuesday, December 28, 2010
Ikan Baung Stim Limau di MAPS
Ikan Baung gambar atas adalah 'my first baung'...hehe...
Come! Come! Singgah My Asam Pedas Shop (sebelah Tesco Ampang MRR2 highway)...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, December 18, 2010
Inai di tangan..
Linda baru lepas habis mengacara utk malam mesra Delima Oil Products SB di New York Hotel, JB.
Di majlis tadi, ada disediakan pelukis inai berbangsa India yang menyediakan perkhidmatan lukis inai percuma di tangan... Apa lagi, i pun try lahhhh! Laju giler dia draw. Pakai inai dalam plastik aje... Professional betul!
Ok. Nak mamam dah... Weekend ni di JB.. My hometown.
Thanks Delima Oil Products! Dengar Suria Drive Isnin-Jumaat 4-8pm bersama Linda....dibawakan oleh Minyak Masak Saji. :-)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, December 17, 2010
Re: Tengah mamam kat MMCR!
Sejak beberapa hari ni Linda kemaruk makan Soto Ayam kat kedai Linda. Hehe...pekena dengan sambal kicap hitam. Perghhhh....berdesing pedasnya!
Di MMCR, bukan Nasi Ayam je ada.....macam macam adaaa! Dah! Nak mam! Chalo!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, December 16, 2010
EH! 20 Yang Anggun...
Antara yang hadir ialah artis-artis jemputan, pembaca2 majalah EH! dan sudah tentu pendengar setia SURIAfm !
Linda terpilih sebagai pengacara majlis ini. So , jom tengok gambar2 yang sempat yang Linda rakam.
Bawah: Menemubual Siti Nordiana & Imran Ajmain selepas persembahan mereka dan 20 selebriti yang paling anggun pilihan EH!
Bawah: Sebelum dan selepas Linda mengacara. Sebelum hos, sempat amik gambar utk media. Selepas hos, sempat Melodi TV3 interview... panassssss...
Wednesday, December 15, 2010
Super Busy LO !!
Minggu lepas, Linda memang super busy ! Dah rasa macam superwoman pun ada gaks ni. Berlari kesana..berlari kesini.. Perghhhh! Sampai takde tenaga dah rasanya. Syukur juga pada Allah atas rezeki yang tak putus diberikan kepada Linda. Alhamdulillah...
Mari! Linda kongsi sama kesibukan Linda dengan u all.. Pertama sekali Linda nak cerita pasal acara pengumuman Linda sebagai duta bagi produk kecantikan SHISEIDO dari Jepun. Pada petang tu, Shiseido umumkan 4 orang jurucakapnya termasuklah Sheila Rusly.
Terima kasih Shiseido atas kepercayaan yang diberikan kepada Linda. Linda juga percaya bahawa Shiseido merupakan jenama dengan produk yang bermutu tinggi dan baik. Selepas diberi rangkaian pencuci muka & pelembap untuk Linda gunakan, Linda makin suka dengan Shiseido. Rasa bersih sangat muka selepas dicuci dengan cleanser nya. Nanti Linda tunjukkan product range tu kpd u all ok.. :-)
Bawah: Antara gambar yang sempat diambil di acara Shiseido.
(KLIK DIGAMBAR UTK IMEJ YG LEBIH BESAR)
Bawah: HO & LO di meja makan sebelum menyampaikan anugerah & sewaktu menjalankan tugas. :-)
Bawah: Bertuah sungguh Linda malam tu dapat berjumpa dengan penyanyi2 veteran seperti Uji Rashid & Razis Ismail. Orang kata Razis Ismail ni dulu hensem dan menjadi kegilaan wanita di zaman popularnya. Waaaa...bukan cakap dulu je. Sekarang pun aura hensemnya masih ada lagi & dapat tepukan paling gemuruh waktu Abang Razis nyanyi lagu "Kepulangan".. favourite i tu..