Friday, July 16, 2010

Umrah bersama Gemilang Travel (Part 2)

Assalamualaikum! Sorry yang teramat sangat kepada semua pembaca blog Linda sbb Linda lewat update blog. Ada tu yang siap hantar sms ke SuriaFM suruh Linda update blog cepat.. Kat Facebook pun ada yg hantar mesej.. hehe.. OK..OK..Linda janji k, lepas ni, kalau tak busy, Linda akan selalu update blog macam dulu-dulu..

OK. Ini dia kesinambungan 'story' dari blog Linda yang sebelum ni. It's 'Part Two', baby !
Jauh perjalanan..Luas pemandangan..
Tambah pengalaman...Tingkat pengetahuan...
Share dengan kawan-kawan.. :-)

Dari kota Madinah, Linda sekeluarga bersama semua jemaah Gemilang Travel & Tours kemudian ke kota suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.


Bawah: Hotel tempat Linda dan famili menginap.. Al Safwa Towers.



Hotel ni betul-betul mengadap Masjidil Haram.. Nice..




Tiada apa yang lebih mengujakan dalam dunia ini selain dapat melihat dan menghampiri Baitullah di Masjidil Haram. Sujud syukur Linda pada Allah kerana diberi rezeki dan umur yg panjang utk menjejakkan kaki ke sini sekali lagi.

Alhamdulillah.. Syukur...



Pergilah kemana sekalipun di dunia ni.. Biarpun tempat termahal di kota Paris, Itali mahupun Amerika, pilihan hati Linda tetap kota Makkah. Di sinilah kiblat kita yang selama ni kita menghadap setiap kali bersolat.

OK. Mari tengok gambar2 lain di Makkah.

Bawah: Disebabkan terlalu panas, Linda menutup muka dengan purdah. Selain dari tu, Linda mengelak dari terhidu habuk kerana Makkah sekarang sedang menjalankan kerja pengubahsuaian. Satu sebab lagi...so,Linda takyah senyum..hehe..jadi orang tak kata kita sombong... kahkahkah!!




Bawah: Linda bersama Fifiq (Pak Aji Cinonet) sewaktu bas berhenti rehat



Gemilang Travel juga bawa kami ke ladang unta. Haa...kat sini, kita boleh tengok secara 'live' susu unta diperah dan kemudian kita terus minum susu unta ni tanpa perlu diproses susunya. Susu unta ni sedap! Lemak berkrim!

Untuk pengetahuan u all, Linda ni tak suka minum susu tapi hari tu, Linda gagahkan juga diri utk minum susu unta. Kata orang arab tu, kalau taknak minum, sapu susu ni kat muka pun bagus, kulit jadi gebu gitu! Ahauwww...

Ya Sheikh! Satu susu unta untuk ana laaaaahhh!!



Berjaya juga Linda minum 3 teguk susu..

Unta bawah ni yang pujuk Linda suruh minum susu...



Nasib baik u pujuk...


Ladang unta ni terletak di Hudaibiyah. Hudaibiyah adalah salah satu tempat untuk kita berniat ihram di miqat. Bila Linda melalui perjalanan di Makkah dan Madinah, Linda teringat semula apa yang Linda belajar di sekolah dulu... U all pun mesti ingat,kan? Dalam kelas Agama, ada cerita tentang Perjanjian Hudaibiyah... Aaaa...kat sini lah tempatnya...

Bawah: Masjid Hudaibiyah...dengan my lovely sister...baru lepas solat & niat ihram....lepas tu boleh kerjakan umrah...



OK. Now, cerita lain pulak. Kalau u all ada dengar SuriaFM waktu Linda di Arab Saudi, sure u all ada terdengar Linda buat lintas langsung dan bercakap tentang 'dinner' di rumah keluarga Arab. Inilah pengalaman yang baru buat Linda. Sebelum ni, Linda teringin sangat nak masuk ke dalam rumah penduduk di Makkah. Linda singgah di rumah kawan baru Linda di sana..

Ibunya adalah orang Patani/Kelantan dan ayahnya orang Makkah. Besar rumahnya. Dah berpuluh tahun kakak yang berasal dari Malaysia tu duduk Makkah. Cakap melayu pun dah pelat.. tapi bahasa arabnya..MasyaAllah !! Sedap dengar... So, Linda pun berbuallah dengan anak-anaknya yang faham bahasa melayu tapi tak boleh cakap melayu... Jadinya, kami berkomunikasi mcm itik dan ayam... hehe.. Kalam Arabia ? Adusss... takleh..

Ada sesuatu yang baru Linda belajar tentang rumah orang disana. Rumahnya ada dua ruang tamu. Bila masuk je pintu, kita akan jumpa ruang lelaki dahulu dan sebelahnya ialah ruang utk kaum wanita. So, tak boleh campur.

Satu lagi, orang Arab ni tak macam orang kita. Orang kita tidur malam, orang Arab tidur siang. Linda sampai rumah mereka untuk dinner pada pukul 11 malam. Lebih kurang jam 1 pagi, barulah makanan dihidangkan. Kita dok borak2 sampai ke waktu Subuh (lebih kurang 3.30 pagi) . Bila Linda tanya "Pukul berapa awak tidur?". Diorang kata, biasanya orang Arab tidur lepas Subuh dan bangun waktu Zuhur.. Oooo.... Macam tu ke... Berpinar jugaklah mata Linda malam tu nak tahan ngantuk! :-p

Apa yang Linda amati ialah famili Arab ni sangat menghormati tetamu. Sekurang-kurangnya seorang mesti menemani kami di ruang tamu jikalau yang lain tengah menyediakan makanan. Walaupun kami berbual saling tak faham tapi sebagai tetamu, Linda rasa sangat 'welcome'...

...dan sebelum 'main dish' sampai, kami tak putus-putus dijamu dengan manisan...



Thank u Mimi... Comelkan? Anak sedara kawan Linda..



Kami diberi manisan, jus, manisan lagi, coklat....dan kopi....dan...manisan lagi..

Bawah: Kopi kita hitam.. Kopi diorang kehijauan.. Linda pegang 'kopi'nya... Rasa macam ala-ala halia gitu... berangin...



Bawah : Tengok tu... Tetamunya 4 orang je tapi makanannya macam ada 40 tetamu! Dua dulang nasi kambing!



Ingatkan jamuan tamat disitu saja... Ohh...sangkaanku meleset sama sekali. Ada lagi !!!
Pizza.. Roti... Siap kasi packing bawak balik hotel.. hehe..



Terima kasih Linda ucapkan kepada Mus di Makkah dan keluarga yang sudi menjemput dan melayan Linda serta yang lain di rumahnya. Itu adalah antara saat yang indah & takkan dilupakan. My salam to your family, Mus !


Yang mana satu Mus ? :-) Kanan sekali berbaju kuning. Don't worry, Mus boleh bercakap bahasa Melayu. Yang berdiri di tengah ialah Hazwan, wakil dari Gemilang Travel.



Oh ya! Sebelum tamat 'story' Part Two ni, Linda nak cerita sikit pasal Pak Aji Cinonet ni..

Agak-agaknya apa yg membuatkan Pak Aji kecik ni begitu gembira dan tak banyak buat ragam kat Madinah & Makkah ek?

Adakah kerana....
a) Mood dia bagus
b) Dia dapat upah utk tak 'naughty'
c) Sentiasa kenyang



Yeapppp!! B adalah jawapannya! Tepat sekali !! ....dan upahnya (untuk tak naughty) adalah sebesar saiz katil ni.. Banyakkkk tu hadiah sogokkan! Hehe...

Senyum pak Aji.. Hahahaha! Pakcik Kayo! Kayo!!



See u kat Part 3 . Chalo !!

2 comments:

  1. pak aji cinonet tu pun g gak ke? ...Hehe...byknya dpt upah...

    ReplyDelete
  2. seronok baca pasal trip linda nie

    ReplyDelete