Wednesday, April 1, 2009

Thanks Harian Metro !

Thank you Harian Metro ! Malu lak Linda rasa bila diajukan soalan peribadi.. tetapi sebagai menghormati wartawan yang menemubual,Linda berikan juga jawapan..

Harian Metro , Rabu , 1 April 2009

ANGAN ANGAN LINDA

Sebagaimana wanita lain, Linda juga memasang angan-angan majlis perkahwinan gilang-gemilang diadakan selama tiga hari tiga malam serta bersanding di pelamin yang indah dengan kuntuman bunga segar menghiasi segenap ruang.

Malah Linda yang terus melakar populariti di radio Sinar FM, ingin sekali mengadakan majlis perkahwinan dalam taman. Pun begitu, Linda kata tak tahu hendak buat di taman mana kerana jodohnya belum sampai. Adakah dengan impian yang menggunung tinggi itu bermakna Linda akan menamatkan zaman solonya tidak lama lagi sementelah pula dia dikatakan sudah pun menghadiri kursus kahwin tiga minggu lalu di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Apabila soalan itu diajukan kepadanya, riak wajah Linda seakan-akan berteka teki.

"Memang benar saya menghadiri kursus kahwin tiga minggu lalu dengan kawan. Saya menghadiri kursus itu kerana sudah bersedia melangkah ke alam rumah tangga. Sebagai persediaan awal, saya berkursus dulu kerana sekarang perlu ada sijil kursus kahwin.

"Insya-Allah saya akan berkahwin kalau ada jodoh, tetapi bila, tak tahu lagi. Sebelum ini tiada siapa tahu saya mengikuti kursus itu, tetapi kini ramai yang tahu apabila gambar saya tersiar di laman web pusat kursus itu sebelum ia ditarik pihak pengurusan kursus itu tidak lama kemudian."Saya tak rasa pihak pengurusan kursus itu mahu sabotaj. Mungkin niat mereka hendak mengiklankan pusat itu, tetapi memang terkejut apabila dapat tahu gambar saya digunakan dalam iklan pusat itu dan dalam laman web mereka.

"Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan, tetapi harap lain kali kalau ada artis atau selebriti berkursus kahwin di sana, minta kebenaran dulu sebelum menggunakan gambar mereka untuk tujuan apa sekali pun," katanya. Selepas putus kasih dengan Fahrin Ahmad tahun lalu, Linda dikatakan menjalin hubungan intim dengan seseorang. Paling ketara, persahabatannya dengan lelaki mat saleh bernama James Gibbs. Jejaka berasal dari Wales, United Kingdom itu mula menjadi tumpuan dan perhatian apabila hadir bersama Linda pada majlis resepsi Mawi dan Ekin di Palace Of Golden Horses, 11 Januari lalu.Sejak itu ramai menduga apakah James bakal mengisi kekosongan hati pemilik rangkaian restoran nasi ayam dan asam pedas itu?

"Setakat ini saya memang berkawan dengan dia, tetapi perkara selanjutnya saya tak berani hendak komen. Apabila sudah pergi berkursus, saya terbayangkan mengenai perkahwinan. Malah tahun lalu lagi saya bersemangat hendak berkahwin, jodoh pula tak sampai. "Apabila tiba saatnya bertemu jejaka idaman, saya tidak mahu membazir masa dan duit dengan mengadakan majlis pertunangan. Lebih elok perkara yang baik itu dipercepatkan dengan terus menikah dan mengadakan majlis persandingan sekali," katanya.Menyentuh hubungan baiknya dengan James, jelas Linda mereka berkenalan lebih 10 tahun lalu di Kuala Lumpur dan dia juga pernah mempunyai restoran satu ketika dulu. Dia ahli perniagaan dan datang ke Kuala Lumpur Januari lalu.

"Andai berkahwin nanti, saya mahukan rumah tangga yang bahagia. Tak mahu ada sebarang pergaduhan kerana penatlah bergaduh setiap hari selain dapat suami yang boleh membimbing dan melayan keluarga saya dengan baik serta mesra. Biarlah jodoh kami berkekalan sampai bila-bila," katanya.Linda yang menempa kejayaan tersendiri dalam bidang perniagaan makanan tidak menolak andaian yang dia kini berhati-hati mencari calon suami.

Wanita berjaya sepertinya ada kala sukar menelah sikap lelaki sama ada mereka jujur berkawan dengannya atau tarikan kesenangan yang dimiliki membuatkan mereka ingin mendekatinya. "Susah hendak cakap, tetapi apabila sudah terkena, saya terpaksa berhati-hati selepas ini. Apa pun saya juga manusia biasa," katanya penuh makna.

Linda ditemui pada majlis Media Hepi Hepi Nite di Restoran Asam Pedasnya yang baru dibuka lapan bulan lalu di Ampang, Selangor. Turut diadakan pertandingan karaoke dalam kalangan wartawan."Majlis ini diadakan untuk merapatkan hubungan dengan media serta memperkenalkan restoran baru ini kepada semua. Hendak mengadakan majlis pelancaran pun, restoran ini sudah dibuka agak lama. "Saya baik dengan semua orang termasuk wartawan.

Bagaimanapun, artis dan wartawan adalah manusia biasa yang mempunyai hati serta perasaan. Lantaran itu tentu saja tidak terlepas daripada sikap marah, kecil hati, geram dan merajuk. Mungkin penulisan wartawan buat artis marah dan barangkali juga ada perbuatan artis mengguris hati wartawan."Ada juga tulisan di dada akhbar atau majalah membuatkan saya menjeruk rasa, tetapi saya terimanya dengan hati terbuka dan itulah kehidupan anak seni yang tidak pernah terlepas daripada pandangan masyarakat. Biasanya setiap yang negatif saya jadikan ia positif untuk membaiki kesilapan diri dan membina keyakinan untuk terus melangkah ke hadapan," katanya.

Imbas cerita lalu, ketika Linda menerima berita akan ditukarkan ke Sinar FM, dia sedih kerana hatinya sudah terlalu menyayangi Era. Jiwa mudanya sesuai sekali dengan konsep yang dibawakan saluran radio itu.Namun, atas nama tugas dan tanggungjawab, dia meneruskan perjuangannya di Sinar dan semakin lama, jiwanya kian serasi di sana. "Selepas tiga bulan bersama Sinar, saya dapat menyesuaikan diri. Peminat yang biasa mendengar saya ke udara di Era mula beralih mendengar Sinar. Merekalah sumber inspirasi dan kekuatan saya. Jika tanpa sokongan mereka, agaknya dah lama saya 'rebah'," katanya.

Menceritakan perkembangan perniagaannya, dia kini memiliki tiga restoran nasi ayam (My Mom's Chicken Rice), dua di Ampang dan satu di Shah Alam. Dengan semangat keusahawanan yang sentiasa berkobar dalam dada, Restoran Asam Pedas pula dibuka Jun tahun lalu. "Kedua-dua restoran itu mengutarakan resipi emak. Saya suka makan asam pedas emak, jadi saya abadikan resipi istimewa emak dengan membuka restoran ini. Di sini saya perkenalkan asam pedas dengan pelbagai pilihan ikan seperti ikan kembung, pari, tenggiri, siakap dan telur ikan. Setiap hidangan itu akan disediakan segar dimasak terus dalam periuk tanah.

"Sajian kedua istimewa di sini, ikan bakar. Mereka juga boleh menikmati air bandung dan air asam boi yang menjadi kegemaran utama pelanggan apabila datang ke restoran ini. Alhamdulillah, sejak dibuka sehingga sekarang sambutan amat baik. Ada rancangan buka cawangan baru, tetapi perlu perkemaskan dulu pengurusan dan sistem restoran ini," katanya.

Klik sini untuk ke laman web Harian Metro http://www.hmetro.com.my/Wednesday/Rap/20090401092705/Article

22 comments:

  1. linda x boring ke wartawan selalu tanya pasal jodoh? saya yg membaca pn boring...neway semoga linda success slalu..

    ReplyDelete
  2. kak linda..
    duit da ad..job pn konfirm da mnjamin ms depan..kursus kawin pn da pegi..
    tggu pe lagi...

    kawin la cepat2..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. seronoknyer bc citer sal restoren tuh... musti best2 hidangannya... bilalah dpt cuba...:(

    Linda ! bukak ler caw kat sini !!

    ReplyDelete
  4. wahh..ppn kan suke brangan2 kan..syok ape

    ReplyDelete
  5. susah2 jadi madu saya je lah .wahahahaha...

    ReplyDelete
  6. kawin la cpt linda.x sabo nk tgk baby LO.sure comey.

    ReplyDelete
  7. biasala pegi kursus kahwin awal, senang. student IPT pun ramai dah pegi kursus kahwin.

    moga bertemu jodoh kak linda. amin

    ReplyDelete
  8. kak linda, ehem2 apepun benda baik.klu rasa blh, sampai jodoh sure akak kawen ye tak.thanks ade visit blog kt.tinggalkan la comment sesekali yeh.tentu kt teruja :))

    love u kak

    ReplyDelete
  9. K.Linda msty la da ade special one kan kan kan hehehe..

    ReplyDelete
  10. kak Linda kalau kahwin jangan lupa jemput kami semua ok muahh

    sayang kak Linda

    Ikhlas dari
    Lyn Kepong

    ReplyDelete
  11. relax laa linda...jodoh pertemuan di tangan tuhan...tp kita jugak kena berusaha..kalau dah ada di depan mata tu...heheh pepaham jek laa
    teringin nk merasa asam pedas tu huhuhu...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak linda,kita yang mencari dan merancang,tetapi Tuhan (Allah) yang menentukan segalanya...Jodoh kak linda sudah ditulis dan belum sampai masanya lagi untuk dijodohkan,semoga berbahagia selalu. :)peace.
    "Jemput dtg melawat my blog".:)

    ReplyDelete
  13. Hi Linda..I suka tgk kalau u happy..sbb sinar sure bertambah ceria kalau u happy..kalau sinar ceria i pun ikut ceria..tak tau esok kalau u dh tk jd DJ nnti..mendung aje. Linda..I doakan u bhg slalu esp dgn Mr Gibb..all de best key..

    ReplyDelete
  14. Kak Linda,
    Honestly dulu sy mmg tak suka kak Linda. Lebih2 lagi lepas isu baju masa Award dulu. Tapi walaupun tak suka sy follow juga blog Kak Linda sbb nak tau... apa yg orang suka sangat ttg Linda Onn ni.. Hari ni sy rasa Linda Onn mempunyai hati dan keinginan yang sama mcm wanita lain dan sy mula belajar mengenali Linda Onn dari blognya.

    ReplyDelete
  15. honestly..
    saya memang menyampah gile dengan linda onn.. tak tau lah kenapa.. kalau dengar era mesti tuko stesyen lain kalau linda yg on air.. now kat sinar.. aduhaiii.. kenapalah minah ni tuko kat sinar pulak.. spoil betul..

    klu apa2 cerita psl linda keluar kat paper or majalah.. mmg x amek port... lebih2 lg pasal cite ngan x ehem2 tue.. pasal baju time jd pengacara kat obersea tue..

    huh!!! abes kata... all about linda ni mmg x ske nak tau n bace..

    but.. sejak jumpe blog linda luangkan byk masa selak2 entry2 yg lepas.. tetiba.. rasa bersalah pulak..

    for linda sorry..
    betul kata org..
    'TAK KENAL MAKA TAK CINTA'...

    t care linda...

    ReplyDelete
  16. laaaaa.. hingat aku sorang cam ko ...errrr ape lah name ko taruk... si tedi yang gomuk ke?... sebab tgk linda ni cam perasan bagus jek... bile dah jmpa blog nih.. rase cm bersalah ek... tak pelah.. bagus gak ade blog nih... org leh kenal linda lagi rapat... sori for everything... semoga sukses dlm hidup...

    ReplyDelete
  17. samekum. Akak mmg dr best 104 minat dgn linda. Bila linda kat ERA, akak setia gila dgn linda. Bla linda di rehatkan pas kes baju kat oversea, tension akak tak dgr suara linda ke udara. Rinduuuu. Pastu bla linda di rehatkan lg sblum ke SINAR, lg demam rindu suara linda. Akak tipon era, tanya hal linda. pastu akak dgr linda ke SINAR, akak tunggu harinya tiba. Sejak tu akak tak pernah lg dgr ERA, akak layan SINAR hgga kini. Akak hrp linda jgn lari2 lg ye. Akak faham situasi tu. Linda dh ada fan tersendiri.

    ReplyDelete
  18. asyik2 sebut pasal kawin je ni..pasal ekk linda..dah tkde sape nak ke...tawakal je..semua ni kerja allah..lg satu tkyah pilih2 sgt..ada org teman tidur sudah la...hehehehe

    ReplyDelete
  19. Hi Anonymous.

    U kena faham. Bukan I sebut pasal kahwin. Wartawan yang tanya dan wartawan yang tulis. I sedaya upaya tak nak kecoh2 tapi tempat kursus kahwin yang bijak sangat tu telah mengiklankan TANPA IZIN gambar i di laman webnya. Sebab tu jadi kecoh. If i don't answer,i will be pushed aside (boikot lah tu). If i answer...this is what happen. Tell me how?

    Ini hal peribadi. I would love to keep it low and not make it public. But what can i do.. some people just love the personal stuff. So long as u guys are not busybody,the reporters won't bother... k ?

    ReplyDelete
  20. dengar sini linda...org kata jodoh ditgn tuhan kan..tp kalo kita tk usaha mane nk datangnya jodoh ni..ajal maut pasti satu hari akn dtg menjemput,rezeki mgg melimpah ruah utk linda skrg ni..cuma jodoh???insyaallah pertemuan kali ini akan menamatkan zaman bujang linda..berdoalah ye...

    ReplyDelete
  21. Linda...just move on with your life. I would recommend you to read The Secret by Rhonda Byrne. Be positive about "jodoh" . I think you are on the right track about that!

    ReplyDelete