Wednesday, October 7, 2009

Kisah di cyber cafe..

Hi semua !

Nak dengar cerita tak? Hmmm.. baca eh.

Al-kisahnya, semalam Linda ke cyber cafe,teman kawan Linda nak print kertas kerja dia. So,Linda pun masuk ke cyber cafe tu dengan muka selamba jer.. takde orang perasan Linda masuk sebab masing2 tengah sibuk mengadap komputer. Ada yang main game,ada yang chatting,ada yang layan facebook dan ada yang tengah bergosip di forum artis !

Hmmm.. nak dijadikan cerita,Linda duduk sebelah seorang budak perempuan ni. Linda duduk agak belakang sikit dari dia. So,dia tak perasan yang duduk kat belakang dia ni adalah LINDA ONN. Jadi, Linda pun sempat 'skodeng' apa yang dia gosipkan..di ruangan forum artis . Huh! Kalau artis baca, boleh berdarah jugak lah tengok apa yang dia type ! Lepas satu topik,satu lagi topik dia bukak.. dah tu..dia hentam artis baeeeeekkkkk punya ! Macam takde perasaan.

Tiba satu part ni,dok hentam tentang muka artis... antara yang dia taip ialah "eleh..takat muka jawa lubang hidung besar...nak jadi artis? hampeh! Monyet tengok pun belum tentu nak jadikan couple! Sah tak laku!"...

OK ni lagi satu.. Linda tak ingat satu persatu apa yang dia taip, tapi Linda ingat isinya.. "Paha besar macam *&^%$# . Takat muka macam dia ni,nak jadi gf mamat tu? telinga capang. Aku lagi layak lah.. Minah tu dah lah hidung macam serombong kapal! "

Lepas tu..dia boleh pulak sama-sama join 'memfitnah' dalam forum yang tajuknya 'Dagu Linda Onn runcing'. Dia taip gini -> "....cantik sangatlah tu dagu di injek..botox! Tak guna dapat duit banyak tapi semua ke dagu. Patutlah kena tinggal balak dia dulu sbb dagu tak cukup panjang! choyyy!".

Linda pun sabar je ... Rasa macam nak cekik je budak tu dari belakang. Dia tak perasan yang Linda Onn yang dia fitnah tu ada kat belakang dia. Pelik Linda tengok. Walhal dia pakai tudung. Dari sudut aurat,dia perfect sebagai seorang muslim sejati! Tapi dari sudut hati,perangai,pemikiran...dia kotor! Jijik! Jadi tudungnya itu untuk menutup jijiknya ke? Ya Allah,itu kan semua ciptaan tuhan..kenapa dia sebagai hambaNYA mengeji ciptaanNYA?

Nak dijadikan cerita,dia bangun sebab dah penat buat dosa agaknya. Dia toleh ke arah Linda dan terkejut badak!! Linda pun cuma senyum... dan sempat cakap

"..dik.. Kak Linda Onn tak buat dagu..tak percaya? peganglah dagu ni? "

Minah ni punyalah malu,dia tak terkata apa. Cuma sempat cakap "eh..hi..kak..". Lepas tu terus keluar dari cyber cafe tu. Linda dah tak nampak sangat muka dia.. yang Linda nampak cuma seorang perempuan yang rendah nilai dirinya..

DAGU LINDA ? Buat apalah nak buat dagu? Linda sendiri tak faham kenapa orang kena cucuk muka? Nampak bengkak tau tak.. But who knows..mungkin mereka ada sebab lain utk inject. BTW,my dearest blog readers...sayangku,manjaku,cintaku...dengarlah cakap Linda ni...Dagu Linda ni,dah berpuluh kali Linda katakan..nampak runcing bila kurus,cara mekap & cara senyum yang buat dagu nampak panjang. Linda tak pernah inject dagu ni.. Lillahi.. Ishhhh ..selisih!

Terus terang lah Linda cakap,budak perempuan bertudung yang dok mengata , menghina dan memfitnah artis kat laman forum gosip tu .. Linda tak berniat utk kutuk dia cuma heran,Linda expect orang yang mengutuk muka orang lain,mukanya sendiri sangat cantik bak bidadari,sangat perfect takde cacat cela tapi ..hmm. Maaf ye Linda cakap,(ni Linda nak jadi forumer punya perangai jap..hehe), wajah budak perempuan tu tak cantik ! Agaknya apa perasaan dia jika ada orang sesuka hati cakap dia punya lubang hidung besarlah..telinga capanglah,muka jawa dan segala bagai kutukan yang lain? :-)

Yang pelik,dalam forum tu,dia siap boleh suruh artis tu cermin diri... Agaknya dia sendiri lupa nak cermin diri sebelum ke cyber cafe kot. hmm...

Linda pun berlalu keluar dari cyber cafe dengan senyuman.. dan terdetik dalam hati "Orang yang mengata orang pun , dirinya sendiri tak sempurna . Tapi dia boleh mengeji ciptaan tuhan. Mungkin jugak kerana dia 'tidak sempurna' maka dia tidak puas hati dengan kesempurnaan orang lain"

So,kalau ada rakan artis yang terbaca blog Linda ni. Don't worry about what u read or what u hear from people ya ! Jangan terasa terhina atau kecik hati dgn forum2 yang tak berfaedah yang dicipta oleh manusia yang mencari kesempurnaan dari kekurangan pada diri sendiri.

...dan kepada yang suka bergosip,fitnah,ngumpat... Astaghfirullah. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Bertaubatlah...

112 comments:

  1. eshk.. budak pompuan tu mesti xde keje lain.. kalo aku baik main game kat cc.. daripade mgumpat..name je pakai tudung,,prangai macm s*al

    ReplyDelete
  2. kalau aku jadi ko kan kak...aku hentak2 kepala budak perempuan tu kat screen komputer...ha ha ha...Org2 yg bertudung macam ni lah yg menurunkan nilai etika bertudung.Org makin dah tak respect dah org yg bertudung kalau perangai mcm ^%$#&^%(*&^(*&..
    Knp la akak bolee cool je kan dgn budak tu..nak je aku tempeleng budak tu.Motip!! aku yg meroyan

    ReplyDelete
  3. heheh,,biasalah tu linda..bia kan je yang penting linda taw apa yg dibuat sbb manusia kalo semua baek susah pulak dunie ni nnt :) kalo semua jahat lagi mslh jadi semuanyer warna warni kehidupan..tgk kan aje...

    ReplyDelete
  4. LOL. saya tertawa baca. memang patut kena org tu. kak linda, org macam ni usah dilayan. tapi kan, best juga bila kak linda tegur perempuan tu camtu, pasal dagu tu. biar dia sedar sikit diri tu. harap lepas ni dia insaf. saya pasti org tu baca blog ini.

    ReplyDelete
  5. sokong u linda..dh xde keje gaknye minah tu..

    ReplyDelete
  6. salam..

    hahaha...klako plak. da tuhan nk tnjuk gak kan ms tu,terkantoi jugak pompuan sengal tu depan2 linda. adoiyai..np x cepuk je skali pompuan tu linda?

    ReplyDelete
  7. tp kan k.linda rasenye xsume pmpn bertudung macam tu...

    cume setengah je yg perangai macam pmpn tu..

    n seriously,die memalukan kaum pmpn yg bertudung dan merosakkan imej pmpn yg bertudung..*sigh*

    ReplyDelete
  8. Yeahhh..
    Btol2..
    Luaran yg nmpk baik, tidak semestinya hatinya pn baik.
    Saba je la Sis Linda.

    "Mungkin jugak kerana dia 'tidak sempurna' maka dia tidak puas hati dengan kesempurnaan orang lain" - Really like this statement.
    =)

    ReplyDelete
  9. kak linda.. all the best n be urself :D
    jgn hiraukan kata org lain.. tc

    ReplyDelete
  10. salam..

    wujud rupanya insan sebegitu di atas muka bumi ni ye? mungkin dia tak puas hati sbb tak boleh jadi artis kot.. hehe.. biar apa orang kata, janji kita tak buat dan Allah tahu kebenarannya..

    wishing u selamat hari raya.. even dah agak terlewat, but still dalam bulan syawal lagi.. hehe.. good luck to u..

    ReplyDelete
  11. hehe..mcm2 la...x yah kisah psl org

    jd diri sendiri

    psl pe yg artis nk wat ke x wat ke

    kisah hal diri sendri lg baik

    ReplyDelete
  12. Slm Kak Linda~
    aduhaii.. tak tau nk ckp aper dah nih.
    kadang2 rasa pelik la juga ngan org2 biasa nih. Sampaikan dagu pun bleh jadi bahan tuk ngumpat. jealous sangat ker sebab xde dagu cantik?
    budak tu(you-know-who), rasanya bukan x pernah cermin diri, mungkin cerminnya pecah kot bila die cerminkan diri die, cermin die x tahan dgn keburukan dirinya.
    hodoh perangai.
    byk2 laa bersabar.. kpd artis2 lain pun, jgn laa layan sangat gosip2 org2 len, mereka tu semua cumalah manusia yg berhasad dengki dgn anda semua, melainkan apa yg dikatakan oleh mereka adalah suatu realiti...

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum kak linda.. memang betul fitnah dosanya lagi besar dari membunuh..sebabnye..dengan fitnah macam2 terjadi.. ummat manuis berpecah belah kerana fitnah..

    maaf..
    sebenarnya kita sebagai manusia harus sentiasa muhasabah.. memang betul apa yg kak linda cakap tu..
    manusia suka bertindak 'bodoh' sebab kita selalu tidak berpuas hati dengan apa yg kita dah miliki..

    jadi buat apa kita beterusan mengata sesama kita..lebih baik kite muhasabah balik..

    pape pun, gud luck 2 u kak linda..
    senang2 view lah page saya..
    www.assniera88.blogspot.com
    saya doakan kejayaan kak linda..n semoga kak linda snts gmbira..
    gud luck!!
    (^_^)V

    ReplyDelete
  14. haha..
    malu seyh perempuan itu..
    and yeah, u're right, kebanyakan org mengutuk sebab tidak puas hati dengan kesempurnaan orang lain.. by condemming other, they felt that they are better..

    ReplyDelete
  15. eiyooo... teruk betul eh... ade gak orang cam gitu...? keep up good work linda! jgn dilayan psiko tu... saya sokong industri muzik tanah air!!!

    ReplyDelete
  16. hahha..kn dah malu minah tue...
    cnfrm k.linda pasni ingt muke dak 2 smpi bile2 kn..terg2 alam ngate k.linda depn2...nsb2 minah 2..

    P/S: agk2 ade berani x minah 2 bkk blog k.linda nie..ermmm

    ReplyDelete
  17. konon kutuk2 artis.
    tapi kalau dapat peluang bergambar sure menggedik jugak.
    apasal linda tak sergah je masa dia tgh syok2 mengutuk tu...biar dia terkejut sampai mampos.kurang sikit manusia hipokrit dlm dunia ni.

    ReplyDelete
  18. wah!! kalau sy jadik kak linda.. sy kenakan dia kaw2... nak mengata pun cermin la diri..sabar je la kak linda.. ada hikmahnya..kalau btul tak buat..ALLAH MAHA MENGETAHUI SEMUANYA..

    ReplyDelete
  19. Salam kak linda...

    tergelak saya bila baca haha~ kepada empunya badan yang memfitnah tue, bawa2 lah bertaubat. Jangan jejaskan imej muslimah. Kan dah ditunjukkan balasannya.Untuk kak linda, bawa2kan bersabar yer..

    Orang tue jeles jer tue x dpt jadi artis *tetttttt! haha* Don't worry kak linda, itu hanyalah golongan minoriti. Mostly menyokong artis malaysia kita :)

    ReplyDelete
  20. sabar je la kak linda..manusia mmg tau nk kutuk jek.dat girl tau kutuk kt tenet je..klu kutuk depan2 xberaninya dia sbb dia lg buruk rupa n prangai..hahaha.neway..nk tnya akak,cmne akak maintain slim ye?da la sntiasa bz n ade restoran plak tu.klu sy msti da xterjaga penampilan taw..:P ok..chow cin chow~~

    ReplyDelete
  21. Salam kak linda..

    hehe, lupa pula saya nak cakap.
    baru kelmarin lepas sy g tesco cheras nie.
    akak ade letak cawangan baru ke dekat foodcourt die? sebab nampak pekerja tue pakai uniform linda onn. Jadi sy pun orderla asam pedas linda hehe. Nak makan pari bakar, tp dah hbs. huhu~ selalu sy g dengan tesco ampang. kalau ade dekat cne, bgs juga. save minyak keta hehe

    pastue tadi dengar linda dekat radio, tergelak sy dengar pasal lemak lemas tue haha! sy sendiri pun dah bertambah lemak ni hehe. tue la, tengok linda maintain jer, ade petua apa2 tak? bolehlah berkongsi bersama :)

    n last but not least, harap2 dptlah menang beraya rumah akak nnt hee. nak makan kambing golek~! :P *it's one of my slogan hehe*

    ReplyDelete
  22. lea tak dapat bayangkan muka budak tu terkejut tengok linda. adui...malulah.tak tau nak sorok muka kat mana.

    ReplyDelete
  23. ehm....pedulikkan kata org..
    kdng2 org yg mengutuk tu hanya untk puas hati dia jer..
    ataupun saje untk memburukkan org..
    kdng2 kita tak sedar dalam satu jari yg menunding orang, empat lagi akan mengarah kepada kita.
    buruk mana kita kutuk org, buruk lg diri kita.

    ReplyDelete
  24. hehe sabar la linda, biasala manusia, dengki tak abis2. semoga linda tabah ye

    ReplyDelete
  25. bia je la kak oi... bnyk pahala org tu dpt kt kita.. btol x.. free2 jer

    ReplyDelete
  26. salam kak linda.. ni first time masuk blog kak linda. menarik jugak baca post pertama ni. :)

    walaupun sy tak berapa amik tahu ttg artis malaysia, tapi kak linda ada letak link ke blog kak linda kat facebook tu, jadi sy jenguk2 la. heh..

    itu la muslim girl, pakai je tudung tapi perangai mcm ape ntah. nak kutuk ni taknak la sbb sy bukannya perfect pun. tapi mcm sia2 je la kan pakai tudung klau takde akhlak.

    so kata pepatah lama tu betul la; dont judge a book by its cover.. :)

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum...
    emm mcm2 ragam mnsia nie kan...xda keje laen ka nk buat...bnyk lg bnda yg berfaedah yg blh wat...wat pa la nk bnda2 yg x brfaedah nie...
    tp bkan la nk mjthkan maruah pompuan, kebnyakan pompn yg brtdng nie...luaran sprti sejuk mata memandang...tp dr sudut dlaman...memang teruk sgt...brsbar lor yer kak linda...

    ReplyDelete
  28. salam linda....
    begitulah lumrah kehidupan ni linda...
    harap linda dapat bersabar dengan kerenah manusia2 yang hipokrit dan suka memfitnah.....
    manusia sebegitu sebenarnya dia kurang ilmu dan kurang kefahaman tentang agama......
    harap mereka cepat2 insaf dengan kesalahan mereka.....
    moga Allah ampunkan dosa2 mereka...
    amin.....

    ReplyDelete
  29. hye kak linda! huh! akak boleh tegur macam tu jer budak yg kutuk akak tu? akak ni mmg baik la dan sabar jgk la.. klu sy la kak? dah lama budak tu jadi arwah sy pantang org kutuk sy ni.... bkn ape kak? sakit ati la... klu dia kutuk sy belakang xpe la 2 antara dia dan tuhan... ape2 pun akak mmg penyabar la... sy respek la kak linda!!!

    ReplyDelete
  30. uiyo.. mesti minah tu takut gile mase tu. series takde keje minah tu kan!

    ReplyDelete
  31. hi linda akakku... i like u lah.. huhu.. nak wat caner eh? ;p 1stime bukak blog u ni.. like ur attitude.. gud luck!

    ReplyDelete
  32. itu le manusia linda...suke cari kesilapan org...tak pnah tgk diri sendiri...

    have a great day linda..smoga terus suksess..:D

    ReplyDelete
  33. salam kak linda....saya setuju sgt apa yang kak linda cakap...tak semestinya org yang pakai tudung tu baik 100% n perfect...dia org nie ada yg hipokrit...entah la,bukan dunia artis jer org yg kena fitnah...org2 biasa pun sama...kita buat baik salah, buat jahat apa lagi...apa yg penting bukan dia yg tentukan dosa pahala kita...dan bukan kita minta duit dia org pun nak buat itu ini...

    ReplyDelete
  34. linda, sabar je bebanyak..slalunyer orang yang tak sedar diri yang hingat deme tu chantteekkkk tu yang slalu dok mengutuk mengeji orang..tu la..skang ni kan...jangan sebab die pakai tudung ingat perangai tak keji..kekadang orang yang dedah sini sana lagi mulia ati tak mengata hal orang dari orang yang bertudung bagai ni...ape2 pun i tetap sokong u linda...

    ReplyDelete
  35. astafirullh...x malu gila minah itu huhuhu xpe la semua org x sempurna..mayb dia cemburu kot tu yg dok buat fitnah tu kak linda..dia lom rasa lagi cam mna kena fitnah dah terkena nanti br tau..

    ReplyDelete
  36. salam k.linda..this is my 1st time comment on ur post..b4 this i just read them all..ain sokong sgt ape yg k.linda buat..biase la manusia..x pernah lari dari cemburu n mengumpat..walau baik mcm mane skali pun tetap ade dua perasaan ni...its just human nature..for u all da best k...n for all artists in malaysia..just behave like ur sefl no need to stereo type others...imej kite baik cume perlu jg diri sendr dan sokong antara satu sama lain..:)..

    ReplyDelete
  37. Biasa la manusia bila rasa diri dia kurang utk menaikkan diri dia ..dia mengutuk la org lain pulak..
    Tapi ok la tu Linda atleast awak masih vouge kalu tak takkan dia pilih nak kutuk awakkan!
    Gud Luck girl!

    ReplyDelete
  38. dlm hidup ni kak linda janji kita xbuat t**k kat org sudah lah kan .
    actually nak tau 1 perkara x ,sy pernah termimpi kak linda mse tu sy jmpa kak linda di klinik .
    xtau sb pe padahal waktu tu kte sihat .
    mse dlm mimpi tu org2 yg dekat dgn sy mengumpat pasal kak linda .
    tp mse sy tegur n borak dgn kak linda ,sikit pun xsme sikap kak linda ngan ape yg org ngumpat.
    pastu keesokan hari nya sy happy sgt smpy rse mcm nak gtau semua org yg sy jumpa n jln2 borak2 ngan kak linda .
    mimpi yg pelik kan .
    huhu .
    jnji dpt jumpa dlm mimpi okla 2.
    lme dah ..
    ape2 pun dlm hidup xkira artis o x ,mg ade dugaan NYA .
    apa yg penting diri kita sendiri .
    klu kte asyik amek port ape yg org ckp ,smpy ble nk kita nak bahagia ....
    k take care .

    ReplyDelete
  39. Percaya atau tidak kebanyakan wanita ari ni, pemakaian tudang bukan lah atas tuntutan agama tp lebih kepada tuntutan feshion.. maka kejadian yg menimpa linda pasti akan berlaku... tudung tu tidak dpt menghalang dia dr melakukan kejahatan. Tak usah gusar linda.. sah2 pahala budak tu dpt ke linda...Sabar byk2 linda.. Dlm segelintir yg benci masih ramai sayang... makin murah rezeki linda... go girl!!!

    ReplyDelete
  40. mmmm...mana2 pun same je kak linda...nak wat camne..kita tokleh nak tahan jari2 die dari menaip kan..

    ReplyDelete
  41. Hi Linda,

    Biasalah tu, kebanyakkan yg kaki gossip ni budak2 tak matang, hingus x kering lagi. Dah xde apa nk dibuat, tu yg diaorang suke wat gempak. Walhal diaorang pun kecut gak!

    Don't worry Linda, hanya org yg 'sempurna' saje yg tak layan cite2 merapu kaki gossip nih.

    ReplyDelete
  42. Hi Kak Linda..saya selalu baca blog akak..best cuma kali ni terpanggil utk komen, really nice post, i totally agree every single thing geram jugak..teringin nk tgk org asli afrika tu..hehe..

    ReplyDelete
  43. wah thats so bad...ada gak orang mcm tu...pergi ke cyber cafe bayar duit just for that...buat la benda2 berfaedah..kalau free sgt,gi la ke jobstreet..cari kerja berguna...for me i feel the same...before talk about other pls do look about urself first...

    ReplyDelete
  44. salam kak linda...(wah aku owg 1st komen nih!!)

    harap kak linda byk2 sabar ttg ape yg k.linda baca, nampak dan dgr pasal mlm tadi.

    kalau k.linda nak tahu mmg byk manusia mcm tuh dlm dunia nih. itu yg k.linda nmpk..yg x nmpk?

    adessss...

    saya mmg mnt dgn k.linda..hrp k.linda tabah dan kuat tuk mghadapi segala dugaan dan cabaran dlm dunia glamour yg pnh dgn onak duri.

    harap bdk yg pakai tudung tuh baca entry k.linda nih dia insaf.

    tuk dak pakai tdg tuh:..

    cermin diri sendiri dulu baru nak kutuk owg len. dan bersyukur ape yg TUHAN cipta tuk diri kita. if ada kekurangan tuh jgn la nak mrh pd owg yg TUHAN bagi dia kelebihan.

    bersyukur la...dan insaf la...

    adesss

    ReplyDelete
  45. Yes! suka sangat Linda dpt traps mereka. Itu la dunia siber, malah org berani buat lebih dari itu pun. Mostly org yg berani berkata @BURUK, @BAIK Leeya percaya mereka adalah sebahagian dari kehidupan itu.. Linda setuju kan?

    P/S - Linda dh cukup cantik! syukur, hrp bila dh menjelang 40+ jgn la pulak terdgr nk ++lekuk nnti. :pp -Jaga diri baik2.

    ReplyDelete
  46. salam Linda..bersabar lah linda..itu allah nak tunjuk kan sebenar nya...malah lebih ramai lagi yg mcm tu punya perangai...
    kita ni manusia linda..x terlepas dari iri hati org terhadap kita kan...
    tp mek tetap minat suara linda..sumpah x tipuuu..mek menag minat nak jadi dj..tp cuma terkubur kew lahhhh..apa2 pun linda tetap no 1...
    i likeeeee!!!pinjam suara bolehhh,,kalau pinjam badan lagi mek nakkkk..hehehhe,,bye lindaaaa

    ReplyDelete
  47. My God! This is flattering yet sickening. She's just plain jealous that her life tak interesting mcm artist. It's totally creepy and I can't think the motive for people who goes all the way just to fitnah and do this awful+insane+sick things. I cant say which out outweighs the other. Maybe she try to live in a world she never had.

    ReplyDelete
  48. org suka mengutuk & mengeji mmg sesuatu menyeronokkan...krn ianya telah dipengaruhi oleh syaitan.....

    ReplyDelete
  49. caya la kak linda .... azreen suka cara pemikiran kak linda ... tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni ...

    biarlah apa pun org nak cakap pasal kita yang penting kita tak wat dosa dan tak perangai macam org yang sempurna sangat tu ...

    ReplyDelete
  50. hish...ap r budak pempuan 2...betul ckp kak linda klu nk ckp suluh dri sndri...x bleh tahan kak linda kato budak 2 cam org africa.huahuahuahua..mmg kureng ajar r budak 2.....artis2 kene sabar je ap je fitnah dr org luar..semoge kak linda bjayo apo jue bdang d ceburi...assalammualaikum....

    ReplyDelete
  51. Salam..hi Kak Linda. Probably 'mangkuk-mangkuk' ni dah takde keja lain kot. sabar eh kak. Allah Maha Mengetahui. Take Care kak. Saya doakan kak linda sukses selalu.

    Xoxo. Miss PinkJamboo

    ReplyDelete
  52. kantoiiii...pdan ngan muka bdak 2...baeeeekkk pnya mngata org..last2 kantoi la jgk...org mcm nie mmg sntiasa x sdar diri k.linda, sbb 2 dorg best2 je ngata org..dia x puas ati sbb dia x lawa sbb 2 keje nye asyik ngutuk org laen je..

    ape2 pon k.linda mmg lawa la..jgn ksah la ape org nk kata...

    ReplyDelete
  53. huhu...dasat btol la minah tuuu..
    nmpak sgt x bersyukur ngan ciptaan Illahi pada die..
    dh ckup bagus la die tu leh hidup smpai skrg..
    apa la hak die nk pertikai ciptaan Illahi pada org lain???
    haisshh... macam2...

    peace kak Linda.. (^_^)v

    ReplyDelete
  54. alah kak linda..nak heran ape..orang macam tu tak pernah kenal dunia..dan juga dosa...takat dengar je tanpa selidik nak wat per...
    dapat kan kesahihan nye baru lah hentam kalau tak betul...ni tak???
    kalu saya dah berdepan dengan kak linda..saya pegang dagu kak linda..hehehhe...budak tu tak tahu TUHAN nak tunjukkan kebenaran.

    ReplyDelete
  55. mesti ..budak tu ngelabah abis..nak lari 100m kalo leh ..

    ReplyDelete
  56. Yup tol tu Kak Linda...Alah buat apa yang nak kisahkan org lain jaga diri suda....Buat tambahkan kayu api dalam api NERAKA jer....jauhkan lah

    ReplyDelete
  57. kuang ajaq nye budak pompuan..kak linda sound jela...best nye dok ngumpat artis ye dik

    ReplyDelete
  58. kak linda..bila mau approve saya sbg kawan dalam FB..lama dah menunggu ni.Tapi takpe saya faham kesibukan mu.Bestnya kalau dapar berfacebooking dgn kak Linda.....

    ReplyDelete
  59. geram lak baca en3 ni..
    ada gak org mcm tu ek Linda..?
    bagus gak Linda ckp mcm tu..mesti "terbakar" dah kena sedas ngan Linda..hehehe..
    nasibla Linda ni sabo je ngan minah tu..

    ReplyDelete
  60. betul tu kak linda..
    kita x boleh puaskan ati org lain..
    so xyah amik pusing kata2 umpatan tu..=)

    ReplyDelete
  61. Salam adik kak yg manis,

    begitulah lumrah alam... sentiasa tidak puas dengan kelebihan serta kecantikan orang lain. ok fine.. tak puas tak pe.. yg duk fitnah tu yg tak elok... semoga mereka2 yg suka memfitnah atau buat cerita yg tak elok tu.. bertaubat la sebelum masanya.
    Buat linda dan mereka2 yg sentiasa kena fitnah.. bersabar dan berdoa.. semoga Allah sentiasa bersama kalian. Amin

    Salam sayang dari kak ita

    ReplyDelete
  62. kak linda...

    tuhan lebih mengetahui semuanya...stay the way u r..

    ReplyDelete
  63. salam linda,

    moga linda bersabar dan sentiasa ingat Allah. Mmg sy tak setuju dgn sikap pompuan yg mcm tuh. Lebih sudu dari mangkuk. memalukan kaum hawa. merosakkan imej gadis bertudung. tp, itulah asam garam hidup ini. ramai org suka kita, tak kurang juga yg membenci.

    so girl, just stay the way u r... Ingat Allah, ingat ibu ayah....moga hidup linda diberkati...amin ya rabb !!

    ReplyDelete
  64. ehehehe...akak,salunye cmtu la kn manusia ni..yg paling kuat mengata tu la sbnrnye yg bnyk kelemahan..huk2..psl yg btudung tu...kite xde komen la..sbb tdung tu mmg x menjamin kebaikan seseorg...tul x kak?so..baek kite hormat je dgn sume org pn...x kesah la pki tdung ke x..sbb human is not a perfect creature..:D

    ReplyDelete
  65. kaklinda..mel rase sure lepas nie budak pompuan tuhh nyesal seumor hidupp..kahhhhhh...moga2 dia dah bertaubat lepas nie tak buat lagikk gosip2 nihh..

    ReplyDelete
  66. sabo2 je la ye kak..lam dunia nie mmg de owg yg dengki kat kita...ish..ish..ish......

    ReplyDelete
  67. kau boleh diam ya lin klu aku dah lama muka di tinggal sebelah jer

    ReplyDelete
  68. haha
    patotnye kak linda bedok dy kaw2
    =)

    ReplyDelete
  69. budak pompuan tu tekanan perasaan..Allah kurniakan paras rupa yang hodoh sepertinya ada tujuan..supaya die memperbaiki akhlak dan budi pekerti..doakan die berubah...tudung bukan shj sekadar menutup auratnye..tapi ia juga menutup kehodohan wajahnya..die tak bersyukur..walaupun hodoh tp die tak cacat...die betul2 manusia tak bersyukur...

    ReplyDelete
  70. salam. Wah ! pasti terkejut gila pompuan gosip tu kan bla linda ada kat blkg dia. Tulah org tua2 ckp, siang2 pandang2 bila malam dengar2.kan dh KANTOI. Kalo pompuan tu tak ambik iktibar lg atas kejadian ni, tak tau lah. Dia tak bayangkan kalo dia kat tempat org yg di gosipkan. Apa pun kta doakan moga dia bertaubat. Dan pd linda, jgn risau, akak ttp setia dan syg pd linda biarpun di kejauhan. Take care, linda.

    ReplyDelete
  71. SALAM KEPADA SEMUA.....

    DAGU KAK LINDA XDA SUNTIK2....
    AKU CABAR KORG YG CKP TU...BUKTIKAN DAGU KAK LINDA ORI... SERIUSS....LAU BRAN SGT KAN....AKU BRANI BTARUH BRAPE PON KORG NAK....!!! NGATA BLAKANG2...DEPAN2 CAM LIPAN...NASEB AKU XDA!!!!!

    KECOH AR MINAH TU....
    MINAH TU SBNRNYE...XMAMPU NK BELI CERMIN...TGGU GAJI NT...AKAN KU BELIKAN DAN LEKATKAN CERMIN DI SEKELILING UMAHNYE...SUPAYA DIA AKAN NAMPAK PANTULAN DIRINYA YG LABAHAU ITU...

    KAK...BIARLA DIA NK CKP APA PN....KITA BILA PNDANG WANITA AYU AURAT BTUTUP...KITA HARAP DORG NI ADA SIFAT KMANUSIAAN DAN KEPEREMPUANAN... TP MOSTLY PON UNTUK CUKUP SYARAT JE... (GERAM KT POMPUAN TU) TP XSEMUA CMTU...

    APA NK JD DGN ORG ZAMAN SKRG...SUKA SGT JUDGEMENTAL...BERINGATLAAA....KAMU TU TIADA LAYAK TIADA KUASA NK JATUHKAN HUKUMAN....KT DUNIA NIH HANYA HAKIM JE YG LAYAK JATUHKAN HUKUMAN KPD MANUSIA...TU PUN SETELAH DPERTIMBANGKAN...LAU SUKA SGT NK MHUKUM ORG... BLAJA PANDAI2 AMIK UNDANG2 JADILAH HAKIM NEGARA!!!! TP TGGU KAT AKHIRAT HAKIM JUGA AKAN DPERHINTUNGKAN...

    (APE LA YG AKU MBEBEL NIH....)

    XKESAH LAAA....WRONG TIMING BACA BLOG AKAK NI TGH UNHAPPY...LEPAS DAH...MAKASEH YEEE.....

    KAK...ALLAH KAN SENTIASA MLINDUNGI HAMBA-NYA...

    P/S: KORG YG MASIH BLM MDAFTAR MJADI AHLI LOOK DAN BMINAT TOK MDAFTAR ,BOLEY ISI BORG DMANA2 CAWANGAN MMCR @ MAPS OK!!... MUAAHHH...MUAAHHHH..

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum,kak linda.fatehah ni baru je darjah lima.Kak linda tak de ke tempat nak follow.Kak linda,saya doakan agar orang yang mengutuk dan menghina artis lain termasuk kak linda kan di balas oleh Allah Yang Maha Adil.Ameen.

    ReplyDelete
  73. MasyaAllah kak Linda..
    Teruknya bdk perempuan tu,kutuk2 org x tentu psl dosa bsr,dia x sdr ke?Segala kekurangan dan kelebihan tu dtg dari Allah betul tak?Manusia x berhak menyoal atau menghina atau buat apa saja pd kurniaan Yang Maha Esa.Teruklah bdk perempuan tu...saya malu bila tau yg buat kerja tu bdk yg bertudung dan nmpk baik(secara luaran).
    Secara x langsung,dia dah beri imej buruk pd gadis2 bertudung yg lain..ya Allah. :(
    Sabar je lah kak linda eh?Kita memang x mapu puaskan hati semua org dgn jawapan kita.Yg penting,kita tau saper diri kita dan masih berpijak di bumi yg nyata.betul tak? ;)

    ReplyDelete
  74. kak linda sabqlah budak2 jenis mcm tu betoi mcm kak kata..., xdak moral langsung pakai tudung tutup kapla jerk tapi ati busuk!!!!!!!!

    ReplyDelete
  75. Salam Linda. Kak J terang2 cakap kadang2 yang bertudung ni "plastik" jer. Dpa biasa g sekolah bertudung, so dpa jadikan tudung tu trend atau fesyen. Kak J nak merayu pada sesapa yang pakai tudung, kalau x ikut syariat Islam betul2 bukak jer ler tudung tu. Wat malu orang muslim jer. K Linda, all d best

    ReplyDelete
  76. wah2..forum mana die type tu :D..nak baca..keke

    ReplyDelete
  77. SALAM.
    Sabor je la Linda. Kan umpat keji tu asam garam kehidupan manusia biasa. Lantak la dia. Dia yang tanggung dosa. Kita yang terima pahala. Cukup time dah penat mulut, senyap la dia. K stay cool & stay cun.....

    ReplyDelete
  78. biarla kak... dah tak de keje sangat la tu..
    kak kita tukar link buleh

    ReplyDelete
  79. btul tu kak linda..kte jgn amek pusing pe org ckp kn..klo asek pk org...xke mana la kte

    al,
    http://alikastyle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  80. lain kali ambik gambo.. siap masa dia menaip.. kasi pengajaran

    ReplyDelete
  81. ki..ki..ki, lwk je la kak linda ni...

    ReplyDelete
  82. smart laa kak linda..
    bagus jgak kn kdg2 pegi cyber cafe,,
    dapt taw hal sebenar..
    you are TOO beautiful..
    die jeles!
    huhuu//

    ReplyDelete
  83. akak cyg..org yg suka mengata org slalunye jeles ngn ape yg org tu ade..biarla die..akak x rugi ape2 pon...die tu yg btambah dosa..huhu..anyway...akak cantik..die jeles la.huhu

    ReplyDelete
  84. sokong...nak kata biar la cermin diri dulu..dok sedap mengata aje apa kes?...siannya budak pompuan tu, tensen kot sebab tu dia melepaskan geram dia, layan jala kak linda...nak buat camana, sabar aje la ya...kalo sya pun kena cakap gitu, sure i meet her, let her touch my dagu kot..biar dia tau..kompom malu...ahaksss...

    ReplyDelete
  85. HA! AMIK KAU!

    Isk..tp kira linda ni kuat gak sifat sabar. kalau aku la...eeeeeeeeeeeee!!! awal2 aku sound budak tu! mau aku geget2 skali kepala dia! hish!

    ReplyDelete
  86. nk buat cmne kn korg...biar lah kt die...yg dpt dosa, die..so kite xkn nk tmbh dose gk kot ngumpat die???hehe

    ReplyDelete
  87. TQvm k.linda...
    akhirnya k.linda paham mksud sy..
    hope k.linda tidak di pandang rendah spt perempuan tu..
    luv u...

    ReplyDelete
  88. Salam kak linda...nk off topik jap..
    suke tengok kak linda..
    warghh..skang nih kak linda semakin cantik dan berseri-seri...bleh tak kalo kak linda kongsi ape rahsianya? produk ape kak linda pakai yer?
    bleh tak kak linda bgtau saye..sbb jeles ler tengok kulit muka kak linda putih berseri.hehe.kulit saye kusam..kalo kak linda tak keberatan harap kak linda dapat kongsi dengan sye..(effara@gmail.com)

    ReplyDelete
  89. sabar je kak linda..
    orang kutuk kita selalunya sebab mereka jeles ngan kita..

    dia kutuk kita,kita dapat pahala..masa yang sama boleh berbangga ada orang jeles ngan kita..

    kan..kan..

    ReplyDelete
  90. andailah saya jadek kak linda kn tau x sye akn buat ape dkt cik adeq tudung tu... sye akan tanye nama ape..ajak dia g makann..pastu anto dia blik umah sampai di depan rmah cik adeq b'tudung tu saya akan ckp dkt dia terima kaseh kerana memberi pahala pada saya ari inih..hee

    ReplyDelete
  91. ish. budak2 zaman sekarang ni xde keje
    laen yg lebih berfaedah ke nak buat
    selain bergosip burok pasal org laen.
    kot cantek xpela.. ni..ish3..

    kak..tahniah. sbb pandai akak perli budak tu! haha.

    ReplyDelete
  92. Ishh...ishh, sian kak linda kan? x memasal jek budak pompuan tu nak memPITNAH akak.. n akak bole lg nak COOL je ngan minah tuh?! kalo saya la jd akak, da lame da budak tu makan penampar.. huh!! sabar jela kak linda eh,luv u kak..

    ReplyDelete
  93. bila nak bloggin pasal open house? :D ...

    ReplyDelete
  94. I suka Linda...my idola & motivator!...

    Umie dah jumpa calon...I suka tengok Linda kalau bercouple semula dengan Fahrin..maklum lar both of u dah single...Linda & Fahrin mcm match jer...

    JGN MARAH...Ini pandangan I jer

    ReplyDelete
  95. salam....
    whatever they said bout u...u r still no.1 for me...love u so mouch...i like....tin tin pon pon..

    ReplyDelete
  96. salam to all malaysians....
    tergelak juga bila baca artikel linda di atas. memang begitulah adat dunia....luaran aje nampak baik, tapi hati, ya Allah...aduyai!!!
    [walau apa pun, bertudung tetap menjadi kewajipan kepada kaum wanita!! jangan lupa tau!] (*_*)

    ReplyDelete
  97. "takde orang perasan Linda masuk..."

    "dia tak perasan yang duduk kat belakang dia ni adalah LINDA ONN..."

    macam poyo je ayat2 tu..

    ReplyDelete
  98. nak baca citer panaz?? ni haa..the very the panas, macam2 ada..
    http://www.ohbulan.com/ atau
    http://ohartis.com/ atau
    http://www.ridzuanrichie.com/

    itu antaranya la.. bg sy, dorg ni leh tahan tak takut dosa, sbb kononnya dgn crita2 artis ni leh tarik ramai org tuk masuk web / blog dorg.. pd masa sama leh dpt duit (sbb dah ramai pengunjung, dorg iklankan mana2 website yg jual produk tuk masuk lam web dorg).. mm..keji tak keji, tp dah jadi trend tau..

    ReplyDelete
  99. h0h0h0h0!!
    i l0ve u kak linda!tk smestinye bertudung tu baik!!wat malu je!!kal0 kt jadik kak linda, bukan setakat kt suruh pgg dagu je..pehhh dengaN die2 sekali kt ajak g jumpe doktor nak sahkan dagu tu ori ke tak!wawawawaawa...kuatkan smgt yer kak linda!!h0h0h0 sinar FM mant0pp...j0m YM kak linda..
    virus_luv88
    ehehehe salam!

    ReplyDelete
  100. hai la bdk...cm2 pny org pun ade ek,hurm tp xpela.2 la ade yg ckp org yg brtudung nie baek la ape la,tau la kte nie xpkai 2dung xttup selubung tp skrg org yg pkai 2dung lg la brselindung dsebalik 2dung.
    p/s:kpd bdk 2 klu la die bce i want to said 'jagalah diri sndiri dlu...sblm org laen yg judge diri u 2'

    ReplyDelete
  101. akk linda...jgn pdulikn ape bdk senget 2 ckp.1 malaysia,kte brsatu,pulaukn je org cm2,bia die sedar diri

    ReplyDelete
  102. kak linda... sy pun penah terkena gak mcm akak... sy tahu yg sy ni cikgu yg garang...tp dalam ketegasan sy tu, mmg ade aje murid yg anti especially murid perempuan...same la kes ngan kak linda.. tgh2 die dok ngutuk sy dpn kwn2 die, sy pun terdgr la...mmg die termalu sendiri..tp malas nak amik port.. sbb kalau org yg kutuk kita tu sah2 lawa xpe.. setakat bebudak hingusan mcm tu, baik buat2 xtahu aje..

    ReplyDelete
  103. waaa...ckp mcm2 tue dah lah kan...xpay0h laa kutuk sana sini letak dlm blog ker forum ker..apa apa ker kan ??? ^_^ aduiii...ckp mcm angin lalu dah laa...hehhe sbb apa yg kita ckp kan tue akan datang kat kita balik hehheheh ^_^

    ReplyDelete
  104. HAHAHHAHAHAH!!! SAYA JAWA KOT KAK LINDA! APE LAH MASALAH BUDAK TUH! ORANG TAK LAWA MEMANG SUKA NGUTUK ORG! DAH LA MUKA BURUK! HATI BUSUK! EEE! GERAM!!!

    ReplyDelete
  105. sabau jer ler linda...harap2 tak betol per dia kata...

    ReplyDelete