Monday, August 31, 2009

Gambar,gambar,gambar....

Hellooooooo!! Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52 Malaysia ! Walaupun tahun ni tidak ada acara sambutan kemerdekaan di sana sini kerana menghormati Ramadhan, tapi sebagai anak Malaysia , hari merdeka tetap dirasai. Kita kena teruskan semangat 1 Malaysia !! Melayu...jangan layuuuuu....

OK,pertama sekali,Linda nak ucapkan terima kasih kpd u all kerana tinggalkan soalan di dalam ruangan 'comment' dalam entri blog yg sebelum ni "TANYA LINDA". Harap berpuas hati dengan semua jawapan Linda.. :-)

Kali ni, Linda nak share dengan u all aktiviti Linda minggu lepas.. Linda dijemput dalam rancangan AC? musim baru. Tetamu undangan yang lain ialah Hafiz dan Diana Danielle...



Mulut AC ni memang macam bertih jagung... pot pet pot pet.. Tapi syok..enjoy.. Tak kering gusi kita dibuatnya..



Then Linda dijemput untuk menjadi pengacara bagi forum Nespray One Plus di Carcosa Sri Negara..

Bawah ni , Linda tengah discuss dengan Datuk Sheila Majid sebelum forum bermula..



Sewaktu forum sedang berlangsung...



Linda bergambar kenangan dengan ahli panel forum setelah selesai acara..



Selain aktiviti2 di atas, Linda jalani beberapa photoshoot utk akhbar ..Tunggu ye paper mana yg akan keluar story :-) Sorry takde amik gambar waktu photoshoot...so,takleh nak share ngan u all..

Hmmm...sebut2 tentang gambar , waktu Linda godeh2 laptop ni, ada beberapa gambar yang Linda nak kongsi ceritanya dengan pembaca blog Linda ni...

Tengok gambar bawah...

Gambar ni dirakam waktu Linda ke Muar utk majlis persandingan sedara Linda. Anak sedara Linda (Fifiq) punyalah romantis...dia kiss seorang budak perempuan kat pelamin.. Baby girl tu kira sedara jauh Linda lah.. So cute :-)



Eh... ke budak perempuan ni yang kiss Fifiq ? Who kissed who????



Comel betul melihat gelagat bebudak ni.. Sayang menyayang...

Bawah ni pulak , Linda bergambar dengan pengantin ...Baby tu pun kira anak buah juga lah..



Then...Dah alang2 kat Muar.. kawasan kampung.. Kita pun ke kebun 'grape' pakcik Linda.. Hehe.. Rambutan daaaa....

Fifiq , si budak comel dari bandar kaku KL ni agak terpegun bila dapat petik sendiri rambutan dari pokok.. Sekurang2nya dia dapat merasa suasana hidup di kampung.. best!


OK... gambar apa lagi ek Linda nak share ngan u all..?
Oh ye.. Linda dah beritau sebelum ni kan yang Linda ada beli drum set ? Hmm..drum ni Linda ketuk untuk release tension.. Kalau ada kesempatan , Linda nak masuk kelas drum.. Best tau main drum... kedua-dua tangan dan kaki bergerak dalam satu masa yg sama.. Otak kena balance..
Seperti biasa.. akan ada makhluk halus yang akan cuba membinasakan harta bendaku... hehehe... can u see him ?



More pictures ? Adaaaaa....
Tengok apa yang dapat Linda rakamkan di Johor baru-baru ni.. Dengan begitu lena , abang misai ni tidur di tepi tayar tanpa menghiraukan sesiapa...

AMARAN : Perbuatan ini adalah merbahaya. Jangan amalkan ini di rumah..

Zoom out !



Hehehe.. nyenyak betul kucing ni tidur.. Paparazzi amik gambar pun dia tak sadar.. :-) Don't worry,lepas amik gambar , Linda dah kejutkan dia dan Linda suruh dia tidur kat tempat lain.. Dia kata "Ngeowwww"... Maknanya "Thank U"...
OK guys ! Selamat berpuasa dan Salam Merdeka dari Linda... Nak gi sahur ni.. Kawan dah tunggu.. :-p
Chalo babuji..

18 comments:

  1. Assalamualikum linda...igtkan linda yg naek plamin...hahaha...nmpak cam dh jth cinta ngan drum...bgus2 hobi yg menyeronokkan...

    ReplyDelete
  2. ahaks.. klakar la cat tu buat aksi ngeri..huhu

    salam ramadhan n salam kemerdekaan utk kak Linda (^_^)v

    ReplyDelete
  3. bestnye baca blog kak linda ni..best sgt2..

    ReplyDelete
  4. kalo men drum mmg bes,sbb saye pon ad drum...
    kalo da stat men,x igt ap da....
    citer Ac? 2 kuar ble ek??
    rakaman mse puasa ni ke?!?!
    anyway...hapi merdeka day!!! n slmat berpuasa!!

    ReplyDelete
  5. Salam Linda,

    I salute you sebagai seorang wanita yang kuat dlm mengejar cita-cita dan kejayaan diri walau ditimpa pelbagai dugaan namun you tetap bangun dan terus berjuang tanpa mempedulikan mereka-mereka yang ingin menjatuhkan semangat you. Inilah ciri-ciri wanita masa kini yang kita perlukan, kuat, tabah dan berjaya.

    Bulan depan I balik Malaysia I akan berkunjung ke restoran Asam Pedas you..dah lama tak makan masakan Malaysia.

    Teruskan perjuangan Linda bolehhh!!!

    ReplyDelete
  6. Salam Linda,

    Teruskan berjuang, I salute you sebagai seorang wanita yang kuat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi, semangat ini la yang kita mahu. Kekalkan ye..

    Bulan depan I balik Malaysia I nak try Asam Pedas you...owhh..I likeee!!!

    ReplyDelete
  7. sempoi giler. sukalah baca blog linda ni..
    teruskan yea....

    ReplyDelete
  8. Hmmm...Kak Linda, Diana Danielle ni nampak tinggi le...tinggi ke dia ni?

    ReplyDelete
  9. Hak3. Klaka part 'makhluk halus' n 'abang misai' tuh. XDD

    ReplyDelete
  10. hey kak linda! i'm your daily singapore reader. hees. so keen to read about your life as an artist. it seem interesting ye? hees. admire your perseverance, confidence and intelligence. ((: sis, you're the best. ((: stay up with more updates aye? ((: take care. loved.

    ReplyDelete
  11. anyway, ii wish you get in contact with you. do email me at beachrunway@live.com .. ((:

    ReplyDelete
  12. wah!!! akak mmg suka tgk linda pukul drum msa konsert ari tu, so kalo linda nak belajo main drum, akak lah org pertama yg SOKONGGGG. Gempak, linda. Tp AWAS, jgn smpai krem tangan udah lah. Linda lah pemain drum yg akak suka dan minat selepas MAZUIN HAMZAH. Linda mmg bestttt. God luck.

    ReplyDelete
  13. Hai kak linda, comel betul le budak tu. baby yang kak linda dukung tu lagi comel. malah, lagi comel kalau itu anak kak linda... ( jangan marah ye, gurau je)

    ReplyDelete
  14. em kak linda ni memang best r...hehe..first time sy tgok blog akak dah hilang bbosan..huhu...thanx

    ReplyDelete
  15. bile linda nak dukung baby sendiri? ha3

    ReplyDelete
  16. salam kak linda..

    da nampak pelamin tu ingatkan kak linda punya wedding. bila lagi.?

    *ala. selamat kak linda kejut abg misai bangon tdo.kalau x. da 'arwah' da..hehe.;)

    ReplyDelete
  17. comel la anak sedara linda,hehe

    kucing tu nak bunuh diri kut,hehe

    ReplyDelete