Sunday, January 17, 2010

PC SURIA fm...

Rabu lepas , secara rasminya Linda diumumkan sebagai penyampai radio Suria fm di sebuah sidang akhbar yang diadakan di Jalan Tun Razak.

Terjawab sudah teka teki tentang desas desus Linda ke Suria.. Bukan sengaja menimbulkan teka teki tetapi Linda diminta untuk merahsiakan berita ini sebelum tiba waktu pengumuman.. :-)

Dengan bangganya Linda menyarungkan t-shirt Suria fm yang tertera nama Linda... Bermula disini...



Majlis yang ringkas tetapi cukup meriah... Alhamdulillah selepas Linda membuat keputusan untuk meninggalkan AMPRadio, rezeki Linda beralih ke Suria fm. Linda terpikat untuk memberi khidmat kepada Suria fm kerana melihat kesungguhan dan semangat berkobar-kobar Suria yang ingin meletakkan stesen ini setaraf dengan stesen gah yang lain.

Sebagai memulakan langkah, Linda dan Halim diberi tanggungjawab untuk mengendalikan segmen masing2 di Suria fm bermula 18 Januari 2010 (Isnin) .

Linda akan keudara dlm segmen SURIA DRIVE dari hari Isnin - Jumaat (4pm - 8pm) .


OK.. Kalau u all nak tahu apa frekuensi Suria fm, sila lihat di sebelah kanan blog Linda ni.. Linda dah senaraikan frekuensi2 nya... ------->

Jom ! Kita tengok gambar2 yang sempat dirakamkan sekitar sidang akhbar...

Bawah : Sebelum PC bermula... Snap! Snap!



My new boss... Encik Yusry... Yeay! Let's rock the station !!



Barisan penyampai Suria fm... Famili baru Linda.. Harapan Linda agar hubungan baik ini berkekalan... Ameen. U guys r cool !



Linda masih ingat lagi... Kira-kira 11 tahun lalu, buat pertama kalinya, Linda digandingkan bersama Halim Othman untuk pelbagai sesi fotografi..

Tak sangka, setelah lama terpisah...akhirnya sekarang kami sekali lagi bergandingan bersama tetapi untuk stesen radio yang lain pula.. Terasa semangat dan aura 11 tahun lalu kembali lagi untuk sama-sama menjayakan stesen baru kami ni.

Secara peribadi, Linda menganggap Halim Othman sebagai penyampai radio lelaki terbaik walaupun penyampai baru silih berganti.. Halim is a genuine radio announcer. Dia punya cara tersendiri pikat pendengar. Cara berfikir dan percakapannya smart. Kehilangan Halim selama 2 tahun dalam industri penyiaran adalah sesuatu yang besar. Kini Halim kembali.. Moga berterusan... U go Bro !



Yeaaahhhh !! Halim Othman dan Zizi keudara dalam SURIA BREAKFAST (6am-10am) .

OK. Selepas sesi foto, kita ke sesi soal jawab.. Akakkk nervous lahhhh...

"...betul bang... tak tipu... " . Hehe...





"OK Halim.. I dah jawab.. U punya turn plak.."



Oooooo...my new baby...



Interview lagi... "..kan i dah kata... i tak tipu tadi..betul..."



Laaaaa...baru nak terlelap jumpa bantal...



OK.. inilah team sebenar Suria fm.. Ada bos.. Ada program director... Ada penyampai2...



Alhamdulillah.. Linda ketemu keluarga baru.. Payung baru... Kawan2 baru.. Linda harap semua pendengar2 dan pengikut2 setia Linda mendengar Suria fm dan jadikan stesen pilihan k!
InshaAllah Linda akan buat yang terbaik dengan sokongan team Suria , management dan pendengar2... Moga Linda lebih dihargai disini..
So guys ! Have fun and listen to SURIA FM !!
SURIA fm... MUZIK TERBAIK TANPA HENTI...
Ciao !

7 comments:

  1. go go go linda..gud luck..
    usop calats

    ReplyDelete
  2. all the best sis!!! dgn niat yg murni beserta keikhlasan setinggi gunung, sya pasti "YG TERBAIK" tuh akan b'terusan, insya-Allah... yg pasti, sokongan akan trus b'ada di sisi... ameeen... :)

    ReplyDelete
  3. linda, dont worry. We all followwwwwwwww. Buktikan linda boleh lakukan yg TERBAIK membantu menaikkan SURIAfm ke persada nya sendiri. Sokongan kami kan berterusan pada linda. Godluck, linda. Sampaikan slm akak wat semua team SURIAfm.

    ReplyDelete
  4. terbaiikkk la kak linda...arini 1st time kak linda on air kt suria...sy dr tnghri lg tngu akk on air..sy akn folow walau dmna kak linda berhijrah.....( ^_* )

    ReplyDelete
  5. congratulation Linda!! rezeki mu tak kemana - kerana bakat & pengalaman mu tiada tolak banding nya!! Lepas ti pasti Suria FM meletop gilerrrr!! Dah lah Pemenang Anugerah Penyampai Radio Malaya Terbaik selama 4 tahun berturut2 Halim Othman pun ada, dashyat & Hebat!! He's handsome, rich, educated, very Talented & SINGLE!! Kalo Linda dijadikan Sang Puteri cukup SERASI!!! Amennnnn!! Anyway, All The Best Guys!!

    ReplyDelete
  6. wow linda..harap2 pas ni bertambah ceria lah suria fm ni nanti..abg halim pun ada...perhhh memang meriah uolzzz...ni mek nak kena tukar siaran lah pulok ni yeww..sebab linda pun dah beralih arah..huhuhuhu..tahniah sekali lagi

    ReplyDelete