Friday, January 15, 2010

Bye Bye Sinar fm..

Pada 31 Disember 2009 , Linda secara rasminya telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak sebagai penyampai di AMP Radio. Selama 10 tahun di ERA dan 1 tahun di SINAR , Linda rasakan sudah tiba masanya untuk Linda mengorak langkah keluar dari AMP untuk mengubah haluan dan mencari 'angin baru' dalam kerjaya sebagai penyampai radio.

11 tahun..terlalu banyak pengalaman pahit manis Linda lalui bersama AMP. Bagaikan keluarga.. Sayang memang terlalu sayang tapi apakan daya...



Suatu ketika dulu, Linda begitu menyayangi Era tetapi setelah Linda dipindahkan ke Sinar ,dari situ Linda telah pelajari bahawa sesuatu yang kita sayangi , belum tentu dapat kita miliki dan selepas setahun bersama Sinar , Linda mula menyayangi dan menganggap mereka sebagai keluarga tetapi setelah fikir semasak-masaknya , sudah tiba masanya untuk Linda sayangkan diri Linda sendiri dan mengucapkan selamat tinggal kepada Sinar sekaligus AMP Radio. Terlalu banyak tawaran yang datang sebelum ni yang telah Linda tolak dek kerana sayangkan Era. Kali ini , Linda takkan lakukan kesilapan dalam hidup lagi. Kata orang, rezeki jangan di tolak.. :-)

Terima kasih kepada AMP Radio dan kepada semua yang telah bekerjasama dengan Linda sepanjang Linda berada di AMP. Pastinya semua kenangan takkan Linda lupakan.

Alhamdulillah, ketika Linda sedang mencari , ada rezeki datang di depan mata. Linda telah menerima tawaran sebagai penyampai radio SURIA fm dan mula menjalankan tugas pada 18 Januari 2010 , Isnin - Jumaat, 4pm-8pm Suria Drive . Di blog akan datang , Linda akan ceritakan tentang Suria fm k..

Pada 9 Jan , Linda dijemput oleh Sinar fm untuk menghadiri makan malam bersama pemenang kuiz Sinar di Cruise Tasik Putrajaya. Walaupun tiada 'farewell party' yang dilakukan oleh AMP , namun majlis ini dikira sebagai majlis pertemuan kali terakhir Linda bersama keluarga Sinar.

Jom ! Tengok gambar !

Bersama barisan penyampai Sinar...



Then... disuruh Linda nyanyi.. Aduh...sumbang suaraku... Lagu apa? Hmm..tetap lagu favourite ! 'Ku Pendam Sebuah Duka' - Dato Khaty. Aku pendam sebuah duka ke? ye...



Ada sedikit ucapan bye bye dari bos, Pak Tam... (ohhh I will miss u..) siap suruh potong kek dengan pedang ! :-)




Thank u Pak Tam.. You're a great boss..



Dapat kad besarrrrr !!



Inilah kad yang dihadiahkan kepada Linda oleh kru Sinar..


Buat pertama kalinya Linda rasa dihargai .. :-)



Sandarkan pada kenangan... Semuanya kini hanya tinggal kenangan... Selamat tinggal Sinar fm.. Selamat tinggal kakak2 dan abang2 ku....dan abang-abang lori !! Follow me...



Baruku tahu ERA sudah berubah sekarang...
Rupa-rupanya sang SURIA yang memberi SINAR... Lalu menjadi PANAS...
Begitulah panahan cahaya sang SURIA...


Sebab tu lah Linda suka lagu Matahariku (Agnes Monica) dulu , rupa-rupanya Linda akan masuk ke SURIA... (matahari gaks tu...hehe)

It's time to move on ! Yeahhhhhh !!! Here I come SURIA ! Yeaaaaaaaaahhhh !!

23 comments:

  1. linda,

    cant wait to hear your voice at suria n of course en halim too. gandingan u berdua pasti membuatkan suria akan terus bercahaya...

    ReplyDelete
  2. hye linda,
    gud luck in suria.i noe u'll be great anywhere coz u got talent.
    luv u

    ReplyDelete
  3. betul k.linda..kkta tk semestinya memiliki apa yg kita sayangi
    tapi skrg, itu bukan persoalannya
    kerana kerjaya, kita harus profesional
    pastinya k.linda sendri mengetahui yg terbaik buat kerjaya k.linda
    sbg peminat, akn trus mnyokong
    keep it up!

    love to say, suara k.linda first time dengar sampai hari ni buat saya kata saya kenal era kerana anda!

    ReplyDelete
  4. kak linda ... all the best to you !! never look back ok ... don't give a damn what people might say about you .. u still the best ... the one and only LINDA ONN ... i love LO !!

    ReplyDelete
  5. tahinah linda kerana dapat offer better.. linda tak rugi stay lama2 di ERA dulu kerana nama linda sebagai penyampai radio wanita no. 1 diraih ketika bersama ERA dulu. semoga diberkati allah sentiasa, rezeki ada di mana2 n_n

    ReplyDelete
  6. All the best LO. Betul cakap you, yg kita sayang tak semestinya kita miliki..(cewah..hehe)

    Memang i suka dengar you masa kat Era dulu. Lepas Linda pindah sinar, ada la kadang2 dengar, tapi sebab lagunya tak berapa nak up-to-date, kurang la sikit.

    Lepas ni i set kan radio kereta untuk Sinar Drive k.

    Take care Linda

    ReplyDelete
  7. sedihnyer! hahahah! :( suzana nie!

    ReplyDelete
  8. welkam to da club sis...
    meletup la SURIA lepas nie...

    ReplyDelete
  9. Chakk Chakk Chakk. Kak Lin, your darling would love listen to your show on Suria 4-8pm. Stay tuned >.< 101.4Fm ek kalao pt Singapura ?

    ReplyDelete
  10. hai linda. tak sbr akak nak dgr voice linda ke udara. Moga hijrah linda memberi impak maksima pd kerjaya linda. Akak ttp folow linda dan akak yakin fan linda kan terus setia, WE WILL FOLLOW U, linda.Moga SURIA kan terus terpancar dgn LINDA dan HALIM. Good luck.

    ReplyDelete
  11. salam k.lindaa...
    gud lukkkk yaa..in wateva u dooo..
    smoga suksesss slalooo..
    'senyum seindah SURIA..yg mmbawa CAHAYA..senyum la dari hati..DUNIA MU berseri....'

    ReplyDelete
  12. yeaaahhhh sayep akan folow linda ke suria plak..aritu dr kul 2-6 sy dgr sinar jek...so skrg sayep berubah ke suria plak...linda sayep akn folow linda di suria plakssss...yeaahhhh i folowwwwwwwwwwwwwww

    ReplyDelete
  13. 4 sure kak linda rasa terharu kan..
    tulaaa.. saya rasa keputusan kak linda betul
    tak salah go for a better prospect
    lagipun kak linda dah lama sangat kat tempat lama tu kan.. ^_^

    ReplyDelete
  14. yay! i always follow linda. gitulah... sebelum ni pun kadang2 saya layan jg suria fm, so lepas ni akan ikut pula dgr suria drive. all the best kak linda. mainkan lagu2 urban ya.hehe

    ReplyDelete
  15. salam...k.linda...
    me n my mom will mish u la...
    slalu dgr k.linda kat sinar...
    xde lagi a.jam nak tin2 pon2...huhu~~
    neway,gud luck 4 da new station.
    wishing u all da best in ur life~:)

    ReplyDelete
  16. All the best to u and keep up a good job!!!

    ReplyDelete
  17. follow, jgn x follow, insya-Allah... :)

    ReplyDelete
  18. betul tuh..
    msti kak linda kecik hati dgn keputusan era fm memindahkan kak linda kat sinar..amek tu sbgai pgjaran..mmg tk ptut erafm buat gitu..habes madu sepah dibuang..ish3..
    tkpelah..life must go on..gudluck in ur carier..:0

    ReplyDelete
  19. lepas nie rindu nk dgr kak linda mlayan abg2 lori tin2 pon2 tu..hehe..niway wish u all the best kak linda..yg lepas tu jadi kenangan..buru pengalaman n kejayaan di tempat baru...i follow...hehe

    ReplyDelete
  20. wah nk fllow suria plak. hehe
    linda onn awez da bez..

    ReplyDelete